CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4118|Reply: 0

Neuer kembali berlatih bersama Bayern

[Copy link]
Post time 29-9-2023 11:14 AM | Show all posts |Read mode
Neuer kembali berlatih bersama Bayern



MANUEL Neuer. FOTO Agensi


Munich, Jerman: Ketua pasukan Bayern Munich, Manuel Neuer kembali menjalani latihan selepas 10 bulan tersisih ekoran kecederaan patah kaki dialaminya yang terbabit dalam satu kemalangan ketika bermain ski.

Jelas Neuer, dia gembira dapat kembali berlatih dan tidak sabar untuk merebut tempat dalam pasukan.

"Ia satu perasaan yang hebat untuk kembali ke padang bersama rakan sepasukan. Saya sudah menantikan saat ini cukup lama," jelas penjaga gol itu.

Neuer menyertai latihan bersama dua lagi penjaga gol pasukan, Sven Ulreich dan Daniel Peretz serta seorang pemain luar.

Neuer yang memenangi kejuaraan Liga Juara-Juara pada 2013 dan 2020 bersama Bayern, mengalami kecederaan patah kaki pada Disember lalu. Bayern terpaksa mengenepikannya bagi membolehkan dia menjalani proses pemulihan.

Bayern tidak menyatakan bila Neuer akan mula beraksi tetapi Pengarah Sukan, Christopher Freund berkata, "ia hanya beberapa hari".

Neuer yang memenangi Piala Dunia bersama pasukan Jerman pada 2014 lalu, adalah ketua skuad kebangsaaannya sehinggalah dia mengalami kecederaan itu.

Dia kini bertarung dengan masa bagi kembali beraksi dengan Neuer mahu memperkuatkan Jerman tahun depan dalam saingan Euro yang akan berlangsung di negaranya.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... atih-bersama-bayern

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2024 11:48 PM GMT+8 , Processed in 0.061719 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list