CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1134|Reply: 0

[Pahang] 21 tahun rindu ayah...

[Copy link]
Post time 6-11-2023 02:25 PM | Show all posts |Read mode

RYAN menunjukkan gambar bapanya yang terpisah 21 tahun.

Kuantan: Usaha pemuda ini menjejaki bapa kandung sejak lima tahun lalu ternoktah apabila lelaki yang dirinduinya selama ini akhirnya berjaya dijejaki selepas terpisah selama 21 tahun.

Ryan Iskandar, 24, mengesan bapa tersayang dikenali sebagai Syopian, 50, seorang warga Indonesia melalui Facebook (FB) pada awal bulan lalu sebelum mereka berhubung di aplikasi WhatsApp.

Kisah 'pertemuan' mereka walaupun hanya melalui telefon saja membuatkan netizen hiba dan meraih perhatian ramai selepas video pendek memaparkan balasan mesej antara dua beranak itu dikongsikan Ryan Iskandar di akaun TikToknya.

Menurutnya, bapanya berasal dari Jambi, Sumatera Utara, Indonesia merantau ke negara ini untuk mencari rezeki.



Katanya, lelaki itu kemudian berkahwin dengan ibu yang juga warga tempatan sebelum dia pulang ke negara asal kerana permit kerjanya tamat tempoh.

"Ketika itu saya baru berusia tiga tahun, manakala emak pula sedang hamil adik saya. Mereka ada berhubung melalui surat tetapi terputus hubungan," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Katanya, biarpun dia ditinggalkan tanpa khabar dan ibunya berkahwin lain selepas 10 tahun, dia tetap mengenali bapa melalui gambar yang selalu ditunjukkan wanita berkenaan.

"Saya mula mencari ayah ketika berusia 19 tahun di Twitter sebab adik nak berkahwin (untuk urusan wali), tetapi usaha itu tidak berjaya. Pada bulan lalu saya tergerak hati mencarinya di FB dengan menggunakan ejaan nama sedikit berbeza.

"Tak sangka jumpa dan terus menambah kenalan kerana saya yakin itu adalah ayah melalui gambar di akaun itu.

"Cuma dia nampak berusia tetapi tiada respons sebelum saya berusaha meninggalkan komen pada gambar kenalan FB ayah iaitu adik perempuannya sebelum wanita itu membalas saya," katanya.

Menurut Ryan, ibu saudara memberikan nombor telefon bapa kepadanya sebelum mereka berhubung di WhatsApp dan dia mengakui perasaannya sebak ketika mereka berbual.

"Kami bertukar gambar dan ayah cakap dia masih ingat wajah emak dan emak juga cakap gambar dikirimkan itu juga ayah kami. Ayah beritahu dia tinggal di Jambi dan sudah berkahwin serta mempunyai empat anak," katanya yang tinggal di Kuantan, Pahang.

Menurutnya, sehingga kini mereka masih berhubung dan dia tidak pernah bertanya alasan kehilangan tanpa khabar lelaki itu kerana kejadian sudah lama berlalu biarpun pada mulanya dia pernah berasa geram dengan tindakan bapanya.

Katanya, keluarga bapa di Indonesia juga sudah mengetahui mengenai dirinya dan adik perempuan serta mereka juga sudah membuat perancangan untuk bertemu pada tahun depan.

"Lagipun masing-masing sudah ada kehidupan sendiri dan ayah juga minta maaf, malah dia juga mengakui serba-salah kerana sepi tanpa khabar. Saya buang ego kerana dia tetap bapa kami dan saya carinya kerana dia ayah saya.

"Saya gembira dapat jumpa dan tahu ayah masih ada. Ingat lagi zaman kecil saya selalu cemburu melihat orang lain ada ayah, malah selalu juga kena perli sebab saya tiada ayah dan sekarang saya sudah buktikan saya juga ada bapa," katanya.

https://www.hmetro.com.my/utama/ ... 21-tahun-rindu-ayah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2024 07:50 AM GMT+8 , Processed in 0.058510 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list