CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 925|Reply: 0

[Pahang] Ibu tunggal rugi RM170,000 ditipu Love Scam

[Copy link]
Post time 20-11-2023 04:03 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR HIASAN

Kuantan: Seorang ibu tunggal kerugian RM170,408 ditipu sindiket Love Scam selepas berkenalan dengan seorang lelaki menerusi laman sosial Instagram.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman, berkata berdasarkan laporan, pada Oktober lalu, wanita berusia 40 tahun yang bekerja sebagai pembantu tadbir itu melayari berkenalan dengan seorang lelaki bernama Fahad Ramzan di Instagram.

Katanya, mangsa dan lelaki terbabit kemudiannya berhubung melalui aplikasi WhatsApp.

"Lelaki terbabit dikatakan berjanji untuk berkahwin dengan mangsa yang membuatkan mangsa mempercayainya.



"Beberapa minggu kemudian, suspek meminjam wang RM1,500 daripada mangsa dengan alasan untuk membuat pembayaran bil hospital dan berjanji membayarnya semula.

"Sejak itu, lelaki terbabit berterusan meminjam wang mangsa lagi dengan pelbagai alasan. Mangsa membuat sembilan transaksi bermula pada 24 Oktober hingga 14 November lalu dengan jumlah keseluruhan RM170,408.50.

"Siasatan mendapati wang itu adalah daripada simpanan mangsa sendiri serta pemberian keluarga. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan kes itu, Yahaya menasihati orang ramai supaya tidak melayan individu tidak dikenali dan tidak mudah mempercayai kenalan di media sosial.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... 00-ditipu-love-scam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2024 01:30 PM GMT+8 , Processed in 0.408826 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list