CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7256|Reply: 0

[Pahang] 'Hana' selamatkan tuan

[Copy link]
Post time 4-12-2023 11:51 AM | Show all posts |Read mode

PEMILIK kucing, RUHAIFI dan Siti Aishah Zainul bersama sebahagian 65 ekor kucing yang tinggal bersama mereka Perumahan Bukit Rangin Perdana Satu. FOTO Mohd Rafi Mamat

Kuantan: "Saya bersyukur apabila kucing betina bernama 'Hana'mengejutkan isteri seolah memberi tahu rumah tempat mereka terbakar," kata Ruhaifi Isyraf Saad, 45.

Dalam kebakaran pada 4 pagi kelmarin itu menyebabkan beberapa peralatan elektrik dan perabot terletak dalam bilik di rumah Ruhaifi Isyraf dan Siti Aishah Zainul, 41, di Perumahan Bukit Rangin Perdana Satu di sini, musnah menyebabkan kerugian lebih RM5,000.

Ruhaifi berkata, dia memiliki 65 ekor kucing yang ditempatkan dalam beberapa bilik rumahnya, cuma 'Hana' sahaja yang berada dalam bilik tidur mereka setiap malam kerana haiwan berkenaan tidak berminat tinggal dengan kucing lain.

Menurutnya, ketika kebakaran berlaku 'Hana' mengejutkan isterinya seolah memberi tahu kebakaran berlaku, ketika itu bekalan elektrik terputus selepas berlaku litar pintas


yang dipercayai berpunca daripada televisyen.

"Saya dan isteri segera bangun apabila terhidu bau asap daripada bilik, kami cuba memadam api dengan cara menyiram dengan air. Isteri menggunakan kain basah bagi mengawal api pada televisyen yang berasap.

"Tindakan pantas membolehkan kami memadam kebakaran dalam masa beberapa minit, saya dan isteri sentiasa bertenang sepanjang kejadian berlaku," katanya.

Siti Aishah pula berkata, semasa kebakaran berlaku dia hanya ingat pada 65 ekor kucing, sambil memadam api dia berdoa semoga Allah membantu selamatkan nyawa haiwan peliharaan mereka.

Menurutnya, dia tidak dapat bayangkan sekiranya kebakaran tidak dapat dikawal, kejadian memilukan pasti berlaku pada 65 ekor kucing peliharaannya yang berada dalam dua bilik termasuk ruang dapur.

"Saya dan suami tinggal bersama kucing sejak sembilan tahun lalu, sebelum ini kami pernah memiliki 80 ekor kucing jalanan yang dijaga dengan penuh kasih sayang.

"Kami membelanjakan lebih RM3,000 sebulan untuk menyediakan makanan, perbelanjaan itu tidak termasuk kos rawatan sekiranya ada kucing yang sakit dan memerlukan rawatan," katanya yang bertugas sebagai guru sekolah menengah di sini.

Beliau menambah, hidup mereka suami isteri sentiasa ceria dan gembira bersama 65 ekor kucing walaupun masih tidak dikurniakan zuriat, kucing menjadi penyeri rumah tangga kami yang memiliki kasih sayang begitu mendalam pada haiwan manja itu.

Siti Aishah berkata, dia dan suami banyak berkorban dengan menyediakan semua kemudahan pada kucing peliharaannya itu tanpa bantuan mana-mana pihak.

"Semua kucing umpama anak kami yang menjadi penyeri rumah tangga.

"Kejadian banjir besar pada 2021 juga sukar dilupakan apabila saya dan suami mengambil masa tujuh jam untuk menyelamatkan lebih 80 ekor kucing mereka dengan bantuan Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

"Kini, saya dan suami terpaksa menumpang rumah saudara kerana bekalan elektrik di rumah kami masih belum dapat dibaiki, hanya kucing sahaja berada di rumah," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ana-selamatkan-tuan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2024 11:01 AM GMT+8 , Processed in 0.051802 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list