CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1975|Reply: 0

[Pahang] Buruh maut ditimbus: CIDB arah henti kerja di tapak projek

[Copy link]
Post time 13-12-2023 12:04 PM | Show all posts |Read mode

KERJA di tapak projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) Pakej 4 di Lipis dihentikan, susulan kematian seorang buruh Indonesia akibat ditimbus tanah, Isnin lalu. FOTO Ihsan PDRM

Kuantan: Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) mengarahkan kerja di tapak projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) Pakej 4 di Lipis, dekat sini dihentikan, susulan kematian seorang buruh Indonesia akibat ditimbus tanah, Isnin lalu.

Ketua Eksekutif CIDB Malaysia Datuk Mohd Zaid Zakaria berkata subkontraktor terbabit diarahkan menghentikan kerja penggalian sehingga kawalan mencukupi terhadap kerja itu dikemukakan kepada CIDB dan kontraktor mematuhi arahan keselamatan kerja penggalian tanah daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP).

"Siasatan awal CIDB mendapati subkontraktor terlibat tidak mengisytiharkan projek itu di sistem CIDB dan tiga pekerja binaan termasuk mangsa yang maut tidak mempunyai perakuan pendaftaran personel binaan CIDB manakala seorang lagi mempunyai perakuan pendaftaran tamat tempoh.

"Selain itu, penyelia tapak binaan bagi projek itu juga didapati tidak diakreditasi sebagai Penyelia Tapak Bina," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.



Mohd Zaid berkata siasatan terhadap insiden itu dijalankan mengikut Seksyen 34B (1) Akta CIDB (Akta 520) berkaitan kewajipan kontraktor yang antara lain mengemukakan maklumat berhubung kerja pembinaan, memastikan keselamatan dan memastikan kerja dijalankan mengikut peruntukan Akta CIDB.

Seksyen 34D pula menyatakan kematian yang disebabkan oleh pelanggaran kewajipan olehkontraktor, boleh didenda sehingga RM500,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagi kegagalan mematuhi keperluan memiliki perakuan personel pembinaan, individu terlibat boleh didenda tidak melebihi RM5,000 seorang.

Pada Isnin, polis mengesahkan Khairul Anam, 28, dari Jawa Timur maut selepas ditimbus tanah menggelongsor ketika mengukur kedalaman longkang yang baru digali di tapak projek yang terletak di Kampung Berembang, Kuala Lipis.

Mangsa difahamkan baru lima bulan bekerja dengan syarikat subkontraktor bagi kerja pembinaan laluan itu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... rja-di-tapak-projek

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2024 09:56 AM GMT+8 , Processed in 0.062238 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list