CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12052|Reply: 0

[Pahang] Lelaki ditemui mati di bilik hotel, warga asing ditahan

[Copy link]
Post time 23-12-2023 02:39 PM | Show all posts |Read mode
Lelaki ditemui mati di bilik hotel, warga asing ditahan

OlehROSILAWATI ROSEDI
23 Disember 2023 12:37pm




Gambar hiasan - Foto 123RF



BENTONG - Seorang lelaki warga asing ditahan bagi membantu siasatan kes seorang lelaki yang ditemui mati di dalam sebuah bilik hotel di Genting Highlands di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superitenden Zaiham Mohd Kahar memberitahu, suspek berusia 45 tahun itu ditahan di lokasi berdekatan pada hari sama.



Menurutnya, mangsa iaitu seorang lelaki warga tempatan berusia 51 tahun ditemui mati di dalam bilik tersebut kira-kira jam 9 pagi.

"Mangsa bekerja sendiri dan hasil semakan memiliki 23 rekod lampau termasuk dadah.



"Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Ujar Zaiham, suspek pula direman selama tujuh hari bermula 23 hingga 29 Disember ini," kata beliau dalam kenyataan pada Sabtu.

Jelasnya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, Zaiham memohon kerjasama mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tersebut untuk tampil bagi membantu siasatan.




Tambah beliau, orang ramai juga boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong di talian 09-2222222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

"Kita juga ingin memohon kerjasama orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi memandangkan kes masih dalam siasatan," jelasnya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2024 04:31 AM GMT+8 , Processed in 0.049489 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list