CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7037|Reply: 0

[Melaka] Tak sempat jamah mi kari, pesara maut dirempuh kereta

[Copy link]
Post time 7-2-2024 10:28 AM | Show all posts |Read mode

Mohamed Khairulnizam terkilan hasrat bapa mentuanya untuk bersarapan mi kari kegemaran tidak kesampaian apabila maut dilanggar kereta, pagi semalam. Foto Meor Riduwan Meor Ahmad.

Melaka: Hasrat pesara kerajaan mahu menikmati mi kari kegemarannya tidak kesampaian apabila maut dirempuh kereta di Lebuh Alor Gajah - Melaka Tengah - Jasin (AMJ) berhampiran persimpangan lampu isyarat Lee Rubber di sini.

Menantunya, Mohamed Khairulnizam Mustapha, 28, berkata, sebelum kejadian bapa mentuanya, Abu Hussin Kadir,66, yang juga pesara Jabatan Kerja Raya (JKR) Melaka menunggang motosikal dari rumah di Bukit Cina menuju ke sebuah gerai di Bachang di sini.

Katanya, arwah amat menggemari mi kari dan akan bersarapan di gerai berkenaan tiga kali seminggu termasuk bersama ibu mentuanya, Saiha Elias, 55.

"Namun, pagi semalam saya dan isteri (Siti Nurhanim, 26) difahamkan arwah mahu membungkus sahaja (mi kari) untuk dibawa pulang. Tidak sangka dia kemalangan maut tidak lama kemudian," katanya sebak ketika ditemui di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Melaka di sini.



Katanya, arwah yang bekerja sambilan sebagai tukang kebun selepas bersara adalah seorang yang menyukai kanak-kanak dan gemar makan.

"Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Cina," katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kemalangan maut berlaku kira-kira jam 8.55 pagi kelmarin, membabitkan motosikal Honda ditunggang mangsa dan kereta Perodua Bezza dipandu wanita berusia 47 tahun.

"Siasatan dijalankan mendapati kedua-dua kenderaan ini dari arah sama iaitu, Melaka Sentral menghala ke persimpangan lampu isyarat Lee Rubber.

"Kemalangan dipercayai berlaku apabila penunggang motosikal dirempuh kereta Perodua Bezza hingga terjatuh. Mangsa disahkan maut di lokasi oleh pasukan perubatan," katanya dalam kenyataan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... aut-dirempuh-kereta
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2024 02:00 AM GMT+8 , Processed in 0.052572 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list