View: 4760|Reply: 0
|
PSG akhiri rekod tanpa kalah Marseille di laman sendiri
[Copy link]
|
|
Pemain Paris Saint-Germain, Vitinha membuka jaringan ketika aksi Ligue 1 menentang Marseille di Stade Velodrome, Marseille. - Foto AFP
MARSEILLE: Vitinha dan Goncalo Ramos menemui sasaran di babak kedua ketika Paris Saint-Germain yang beraksi 10 orang meraih kemenangan 2-0 ke atas Marseille dalam saingan Ligue 1.
Kemenangan itu mengukuhkan kedudukan PSG di puncak liga kepada 62 mata, 12 di depan Brest yang menghuni tangga kedua, manakala Marseille tewas buat pertama kali dalam aksi liga di laman sendiri musim ini.
"Saya gembira dengan keputusan ini, kerana ia sangat klasik. Kami sedar ia istimewa buat penyokong kami. Kami sedar tekanan di stadium yang mereka tidak pernah tewas," kata pengendali PSG, Luis Enrique.
PSG mengharungi babak pertama yang hambar di Stade Velodrome apabila tuan rumah berjaya mengekang peledak berbisa pelawat, Kylian Mbappe yang kemudian ditukarkan di babak kedua.
Lucas Beraldo dibuang padang lima minit sebelum rehat, selepas mengasari Pierre-Emerick Aubameyang.
Vitinha membuka jaringan pada minit ke-53, bermain satu-dua dengan Ousmane Dembele sebelum melepaskan rembatan berhampiran titik penalti.
Marseille menyangka mereka menjaringkan gol penyamaan enam minit kemudian apabila Luis Henrique berjaya menembusi gawang PSG, tetapi jaringannya tidak dikira kerana ofsaid.
Aubameyang dan Faris Moumbagna terus menekan dengan beberapa peluang dicipta, tetapi penjaga gol PSG, Gianluigi Donnarumma menyelamatkan keadaan lebih 10 kali untuk memastikan kemenangan bersih.
Ramos melengkapkan kebangkitan pada minit ke-85 selepas mendapat umpanan Marco Asensio. - REUTERS
https://www.bharian.com.my/sukan ... le-di-laman-sendiri |
|
|
|
|
|
|
| |
|