CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4220|Reply: 0

Masih belum dapat gaji selepas 6 bulan Liga M3 berakhir

[Copy link]
Post time 1-4-2024 04:06 PM | Show all posts |Read mode

Bekas ketua pasukan Perlis United FC, Azizi Matt Rose (kanan) bersama bekas pemain PUFC yang lain mahu pengurusan PUFC segera melunaskan tunggakan dua bulan gaji mereka tahun lalu sebelum Aidilfitri. - NSTP/AIZAT SHARIF

ARAU: Menjelang Aidilfitri minggu hadapan, lebih 20 bekas pemain Perlis United FC (PUFC) menuntut kelab berkenaan segera melangsaikan tunggakan dua bulan gaji mereka meskipun saingan Liga M3 sudah enam bulan berakhir.

Kemelut yang berlaku itu menyebabkan ada antara mereka terpaksa melupakan terus karier bola sepak selain ada yang kini terpaksa bekerja sebagai penoreh getah, penghantar kurier, berniaga kecil-kecilan dan tidak kurang yang masih menganggur.

Bekas ketua pasukan PUFC yang juga bekas pemain kebangsaan, Azizi Matt Rose, 42, berkata beliau mewakili rakan sepasukan lain kesal dengan tindakan kelab yang tidak peka dan bertanggungjawab dalam menyelesaikan tunggakan gaji mereka.

"Apa yang kami dan rakan lain desak ini adalah gaji bulan September dan Oktober lalu yang masih belum diselesaikan oleh pengurusan PUFC di mana saya difahamkan ia berjumlah sekitar RM150,000 membabitkan 23 orang pemain PUFC musim lalu.


"Masalah yang berlaku pada waktu ini adalah pengurusan hanya mendiamkan diri walaupun kami sudah berulang kali bertanyakan mengenai tunggakan itu dan kami juga ada keluarga untuk disara tambahan lagi Aidilfitri sudah semakin dekat.

"Macam saya ini sebenarnya sudah pun di pengakhiran karier dan saya sudah pun mengecap pelbagai pengalaman bermain di luar Perlis dengan pasukan ternama seperti Johor Darul Takzim (JDT), Kelantan dan Terengganu tetapi saya kasihankan pemain muda dalam kelab ini yang terpaksa menamatkan karier mereka lebih awal disebabkan masalah tunggakan gaji ini," katanya ketika ditemui bersama beberapa bekas pemain PUFC di sebuah restoran di sini semalam.

Sementara itu, bekas penyerang PUFC, Sadam Hashim, 32, berkata, berbakti kepada negeri kelahirannya, Perlis adalah suatu yang diidamkan namun apabila kemelut tunggakan gaji yang berterusan melanda PUFC, ia melambangkan sesuatu yang tidak sihat buat bola sepak Perlis.

"Memanglah tunggakan itu hanya dua bulan sahaja tetapi harus diingat, kami pun ada tanggungan dan komitmen lain yang harus diselesaikan, anak juga masih kecil dan bersekolah dan sekarang ini sudah hampir Aidilfitri, jadi sampai bila kami hendak tunggu penyelesaian masalah ini.

"Kami sudah berkorban segalanya dan apabila masalah ini berlaku, ia jelas membuatkan motivasi kami untuk bermain bola sepak semakin menurun, macam saya sendiri terpaksa menoreh getah semula dan ada antara kami pun yang kerja sebagai pemandu penghantar kurier, ada berniaga kecil-kecilan dan tidak kurang juga masih menganggur," katanya.
https://www.bharian.com.my/sukan ... an-liga-m3-berakhir
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 01:13 AM GMT+8 , Processed in 0.273525 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list