CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17163|Reply: 0

[Kedah] Hospital Pantai SP sumbang RM5,000 bantu pesakit

[Copy link]
Post time 22-8-2024 10:26 AM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 22-8-2024 10:28 AM

Hospital Pantai SP sumbang RM5,000 bantu pesakit

OlehSITI ZUBAIDAH ZAKARAYA

22 Ogos 2024 09:32am




Tio Bee Chan (dua dari kiri) menyumbangkan dana berjumlah RM5,000 kepada Lions Group Georgetown.




SUNGAI PETANI - Sejumlah RM5,000 berjaya dikumpulkan menerusi acara zumba Pantai SP Merdeka Charity Fitness 2024 untuk disalurkan kepada Lions Group Georgetown, pada Sabtu.

Ketua Pegawai Eksekutif Pantai Hospital Sungai Petani dan Laguna Merbok, Tio Bee Chan berkata, tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu bertujuan memberi kesedaran kepentingan penjagaan kesihatan di samping membantu golongan memerlukan mendapatkan rawatan perubatan.



Menurutnya, ia juga dilaksanakan bagi mempraktikkan gaya hidup sihat selain mengurangkan kos perubatan bagi yang kurang bernasib baik.

]
Peserta zumba yang terlibat dalam Pantai SP Merdeka Charity Fitness 2024.




"Inisiatif ini mampu dicapai menerusi perjanjian persefahaman (MoU) yang ditandatangani bersama Pengerusi Lions Group Georgetown, Datuk Khoo Kay Huat,"katanya ketika ditemui di N-City Hall, Bakar Arang, Sungai Petani, pada Sabtu.


Jelasnya, dengan termeterai perjanjian persefahaman ini diharapkan lebih banyak program dapat dianjurkan pada masa akan datang dengan tujuan mengumpul dana dan membantu pesakit yang kurang berkemampuan.

"Komitmen kami terhadap CSR adalah melalui usaha yang berterusan selain menekankan matlamat untuk memperkasakan dan menyokong komuniti berdekatan," tambahnya.




]
Peserta zumba Pantai SP Merdeka Charity Fitness 2024 bergambar kenangan semasa menyertai acara itu.




Pantai SP Merdeka Charity Fitness bermula dengan acara zumba bersama tujuh zin zumba bermula 7 malam mendapat penyertaan lebih 400 peserta terdiri daripada ahli komuniti dan orang ramai sekitar negeri ini.

Selain program amal zumba, pelbagai aktiviti turut diadakan seperti pemeriksaan kesihatan percuma, cabutan bertuah dan lain-lain.

Untuk maklumat terkini mengenai program dan aktiviti Pantai Hospital Sungai Petani, layari https://www.facebook.com/pantaihospitalsungaipetani.https://w

https://www.sinarharian.com.my/article/681568/edisi/utara/hospital-pantai-sp-sumbang-rm5000-bantu-pesakit


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 11:52 PM GMT+8 , Processed in 0.423029 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list