CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 42797|Reply: 0

[Pulau Pinang] Polis PP bongkar sindiket edar dadah antarabangsa didalangi warga asing

[Copy link]
Post time 26-8-2024 06:35 PM | Show all posts |Read mode
Polis PP bongkar sindiket edar dadah antarabangsa didalangi warga asing


Oleh Zuhainy Zulkiffli - Ogos 26, 2024 @ 6:20pm [email protected]







Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad. - Foto fail NSTP/Danial Saad





GEORGETOWN: Polis negeri ini membongkar sindiket pengedaran dadah antarabangsa yang didalangi warga asing susulan penahanan lima individu termasuk seorang warga tempatan minggu lalu.

Dalam operasi terancang dijalankan pada Selasa dan Khamis lalu itu, polis turut merampas dadah dan menyitanya, yang dianggarkan bernilai RM1.67 juta.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata siasatan awal pihaknya mendapati sindiket berkenaan didapati bergiat aktif di sekitar Kedah dan Pulau Pinang.

Menurutnya, mereka yang ditahan itu berusia antara 23 hingga 40 tahun menerusi tiga siri tangkapan berasingan kerana disyaki terbabit mengedar dadah jenis syabu ke negara jiran.

Katanya, pemeriksaan terhadap kenderaan suspek menemui sebanyak 30 bungkusan plastik warna keemasan bertulis 'Guanyinwang Refined Chinese Tea' berisi ketulan dan serbuk kristal disyaki dadah jenis syabu dengan anggaran berat 31.4 kilogram.

"Hasil ujian saringan air kencing mendapati kelima-lima suspek negatif sebarang jenis dadah dan tidak mempunyai rekod lampau kesalahan jenayah serta dadah.

"Semua tangkapan ini ditahan reman selama tujuh hari sehingga 27 Ogos ini bagi tujuan siasatan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Hamzah berkata hasil risikan pihaknya mendapati sindiket ini bergiat aktif sejak Januari lalu yang menjalankan pengedaran dadah jenis syabu untuk dihantar ke pasaran luar negara.

Katanya, modus operandi sindiket ini adalah mengambil upah menghantar syabu daripada pengedar tempatan ke pasaran negara jiran menerusi jalan laut.

"Jumlah keseluruhan dadah yang dirampas boleh digunakan seramai 150,000 penagih dadah atau sebanyak 150,000 kali penggunaan," katanya.

Hamzah berkata tindakan diambil mengikut Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harga 1988) yang mana Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik turut menyita dua kereta dan motosikal selain wang tunai.

Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup dan sebatan rotan yang tidak kurang daripada 12 sebatan.

Beliau berharap orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan penyalahgunaan dadah atau jenayah narkotik menghubungi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia (PDRM) di talian hotline 012-2087222.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/08/1290361/polis-pp-bongkar-sindiket-edar-dadah-antarabangsa-didalangi-warga-asing






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 12:03 AM GMT+8 , Processed in 0.293603 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list