CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16225|Reply: 0

[Pulau Pinang] Beberapa laluan di Georgetown ditutup sementara sempena raptai Hari Kebangsaan

[Copy link]
Post time 27-8-2024 04:51 PM | Show all posts |Read mode
Beberapa laluan di Georgetown ditutup sementara sempena raptai Hari Kebangsaan


Zuhainy Zulkiffli[email protected]







Beberapa jalan di Georgetown ditutup sempena raptai Hari Kebangsaan. FOTO ARKIB NSTP





Georgetown: Beberapa jalan di bandar raya ini ditutup sementara pada Khamis dan Sabtu ini bagi acara raptai perbarisan sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-67 peringkat Pulau Pinang.

Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) menerusi kenyataan hari ini berkata, laluan itu ialah persimpangan Jalan Sultan Ahmad Shah dan Jalan Larut; sebahagian Lebuh King dan sebahagian Lebuh Union dan Lebuh Pantai.

"Penutupan juga membabitkan persimpangan Jalan Masjid Kapitan Keling dan Lebuh Bishop; sebahagian Lebuh Penang iaitu antara Lebuh Light dan Lebuh Union serta persimpangan Gat Lebuh Chulia dan Pengkalan Weld.

​"Penutupan jalan bermula 2 pagi hingga 1 tengah hari atau sehingga selesai acara pada 29 dan 31 Ogos ini," katanya.

Justeru, orang ramai dinasihati merancang perjalanan dan mematuhi arahan pengawal lalu lintas bertugas pada hari berkenaan.



Disiarkan pada: Ogos 27, 2024 @ 3:26pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/08/1127566/beberapa-laluan-di-georgetown-ditutup-sementara-sempena-raptai-hari





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 12:05 AM GMT+8 , Processed in 0.217134 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list