CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 49203|Reply: 0

[Johor] SEKOLAH RINTIS LAKSANA PENTAKSIRAN KECEMERLANGAN

[Copy link]
Post time 1-12-2024 08:13 AM | Show all posts |Read mode

YB Tuan Aznan Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor menyampaikan ucapan penggulungan pada Mesyuarat Ketiga (Belanjawan 2025) bagi Penggal Persidangan Ketiga Dewan Negeri Johor Ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar. | Foto MDJ Aisyah Mazalan


IskandarPuteri – Susulan pengumuman pelaksanaan Sekolah Rintis Bangsa Johor (SRBJ) melibatkan empat sekolah pada tahun hadapan, satu kaedah yang dikenali sebagai Pentaksiran Kecemerlangan Sekolah Rintis Bangsa Johor (PKSRBJ) akan dilaksanakan bagi menilai serta mengukur pencapaian standard murid di sekolah yang terlibat.


Berbeza dengan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3), PKSRBJ akan memberi tumpuan kepada tiga mata pelajaran utama iaitu Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik serta tidak menggunakan soalan yang sama untuk menilai pencapaian murid.


Pelaksanaan pentaksiran kecemerlangan itu juga bakal memberi nilai tambah kepada pelaksanaan dasar Pemerkasaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), meningkatkan mutu Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) selain tidak bercanggah dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.


Bagi tujuan itu, Kerajaan Negeri juga memperuntukkan RM6.22 juta di dalam Belanjawan Johor 2025 bagi SRBJ yang akan melibatkan kira-kira 2,382 pelajar dan 160 guru dari empat sekolah terpilih iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Kota Puteri 2 dan Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Kota Puteri 4, di Pasir Gudang serta SMK Tasek Utara dan SK Tasek Utara, Johor Bahru.


Terdahulu, YB Aznan Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor menyampaikan ucapan penggulungan pada Mesyuarat Ketiga (Belanjawan 2025) bagi Penggal Persidangan Ketiga Dewan Negeri Johor Ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 10:45 PM GMT+8 , Processed in 0.395155 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list