CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 36621|Reply: 0

[Johor] DUN Johor lulus Belanjawan 2025 berjumlah RM1.999 bilion

[Copy link]
Post time 1-12-2024 08:03 PM | Show all posts |Read mode

Puad Zarkashi.

Iskandar Puteri: Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor meluluskan Belanjawan Johor 2025 berjumlah RM1.999 bilion.

Speaker DUN Johor, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata ia diluluskan dengan sebulat suara ahli mesyuarat selepas dibahaskan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sejak Ahad lalu.

Belanjawan Johor 2025 bertemakan Maju Johor, Rakyat Sejahtera, dibentangkan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz pada 21 November lalu.

Onn Hafiz pada penggulungan DUN Johor hari ini turut mengumumkan inisiatif tambahan Belanjawan Johor 2025 sebanyak RM26 juta.

Antaranya inisiatif tambahan dibentangkan RM300,000 diperuntukkan bagi Dewan Muda Johor, sebuah platform Orang Muda Johor yang menyalurkan kritikan, saranan serta ikhtiar semak dan imbang dalam pentadbiran Kerajaan Negeri.

"Sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan terhadap sumbangan Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia, RM200,000 diperuntukkan bagi Persatuan Pesara Polis dan RM200,000 diperuntukkan bagi Persatuan Pesara Tentera.

"Turut diberi peruntukkan tambahan RM800,000 bagi 15 Kem Tentera di seluruh negeri Johor. RM750,000 diperuntukkan bagi Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) dan 13 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di negeri Johor.

"Tidak ketinggalan peruntukan RM150,000 kepada Kelab Media Johor sebagai tanda penghargaan kepada pengamal media," katanya pada sesi penggulungan, di Bangunan Sultan Ismail, di sini, hari ini.

Pada 21 November lalu, Kerajaan Johor membentangkan Belanjawan Johor 2025 berjumlah RM1.999 bilion.

Belanjawan untuk tahun depan itu meningkat berbanding RM1.799 bilion diperuntukkan bagi 2024.

Onn Hafiz dilaporkan berkata Johor mencatat sejarah apabila diunjurkan bakal menerima hasil RM2.005 bilion tahun ini, pertama kalinya negeri merekodkan hasil melebihi RM2 bilion.

Katanya, Johor turut mencatatkan belanjawan lebihan RM5.12 juta, untuk tiga tahun berturut-turut.


Disiarkan pada: Disember 1, 2024



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 10:45 PM GMT+8 , Processed in 0.044923 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list