CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13077|Reply: 0

[Johor] Mangsa banjir di Kota Tinggi meningkat

[Copy link]
Post time 6-2-2025 09:44 AM | Show all posts |Read mode


Johor Bahru: Jumlah mangsa banjir di Kota Tinggi terus meningkat dan setakat 8 pagi ini, seramai 372 mangsa daripada 106 keluarga ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di daerah itu sejak semalam.


Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata, jumlah itu meningkat berbanding 178 orang mangsa terdiri daripada 54 keluarga pada tengah hari semalam.

Beliau berkata, Dewan Muafakat Taman Desaru yang dibuka 10.30 pagi semalam menempatkan seramai 172 mangsa daripada 49 keluarga.

"Manakala, PPS di Dewan Kampung Baru Sungai Mas yang juga dibuka 10.30 pagi semalam menempatkan 40 mangsa daripada tujuh keluarga.

"PPS SK Bandar Penawar pula dibuka 11.40 pagi semalam dan kini menempatkan 160 orang daripada 50 keluarga," katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Sementara itu, Sungai Kahang yang juga sub lembangan Sungai Endau di Kluang sudah merekodkan bacaan melepasi paras bahaya iaitu 14.57 meter, manakala Sungai Lenik sub lembangan Sungai Batu Pahat di Batu Pahat mencatat bacaan 5.75 meter dan melepas paras amaran.


Disiarkan pada: Februari 6, 2025



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 03:42 PM GMT+8 , Processed in 0.140486 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list