CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 202|Reply: 1

Meari bawa banjir kilat, ombak besar

[Copy link]
Post time 25-6-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
11 orang dilapor hilang, lebih 50,000 mangsa diarah pindahMANILA: Sekurang-kurangnya 11 orang dilaporkan hilang dan hampir 50,000 penduduk terpaksa berpindah ke pusat perlindungan sementara selepas ribut tropika Meari menyebabkan banjir kilat dan ombak besar semalam.\rPengarah Eksekutif Majlis Pengurusan dan Pengurangan Bencana Alam Kebangsaan, Benito Ramos, berkata antara yang hilang termasuk 10 nelayan di dalam tiga bot  di perairan pantai di wilayah Catanduanes di timur negara itu, manakala seorang wanita dihanyutkan air sungai yang deras di wilayah Albay.\r\n\n\n\n\rHujan yang turun berterusan selama hampir seminggu semakin lebat kelmarin memaksa penduduk meninggalkan rumah berikutan bimbang kemungkinan banjir besar dan tanah runtuh\r\r\n\n\n\n\nBeliau berkata, lebih 5,000 penduduk terpaksa meninggalkan rumah mereka di Manila saja selepas ribu yang diburukkan lagi dengan hujan monsun, menyebabkan banjir besar di bandar raya itu, manakala hampir semua pengangkutan awam terkandas.\rKeadaan itu juga menyebabkan pejabat kerajaan dan sekolah terpaksa ditutup manakala berpuluh-puluh penerbangan dibatalkan.\r“Tindakan pantas memindahkan penduduk Manila ketika air semakin naik sepanjang malam, berjaya mengelak kematian. Kami sudah menyediakan bot getah di semua lokasi strategik untuk memindahkan penduduk dengan segera,” katanya.\rRamos berkata, jabatan kaji cuaca kini memantau paras air di empangan dan membuka kunci air di lokasi kritikal.\r\n\n\n\n\rSementara itu pengarah jabatan kaji cuaca Nathaniel Servando berkata, Meari kini membadai daerah Basco, 330 kilometer ke utara wilayah Batanes dan sedang menghala ke Jepun. \rIa bergerak pada kelajuan 85 kilometer sejam dan sedang meningkat kepada 100 kilometer sejam.\rBeliau berkata hujan dijangka terus turun di Manila dan wilayah berhampiran sehingga hari ini apabila Meari berada kira-kira 500 kilometer dari Basco dan menghala keluar dari negara itu. – AFP\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2011 10:26 AM | Show all posts
thread2 dari journalis pasti akan di delete tak lama lagi.... kutip kacang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 12:11 PM GMT+8 , Processed in 0.038953 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list