CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 137|Reply: 0

Ikhwanul Muslimin berpecah

[Copy link]
Post time 28-6-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Pemimpin muda tubuh al-Riyada tak setuju cara lama kumpulan IslamKAHERAH: Beberapa anggota pergerakan Islam terbesar Mesir, Ikhwanul Muslimin keluar daripada kumpulan itu bagi membentuk parti politik baru dinamakan al-Riyada, langkah melemahkan pertubuhan itu yang dianggap berpeluang besar untuk menang dalam pilihan raya umum, September depan.\n\n\n\nLangkah itu diketuai anggota ‘pembaharuan’ Ikhwan yang mengumumkan kelmarin mengenai pembentukan parti berkenaan yang bermaksud ‘Pengasas.’\n\n\n\n\nParti baru itu memandang Islam sebagai asas budaya Mesir tetapi bukan politiknya, kata Khaled Dawoud, pemimpin al-Riyada.“Islam adalah budaya Mesir, mengapa kita perlu menjelaskannya?” kata Khaled.Ini berbeza dengan Ikhwan yang menggunakan slogan ‘Islam adalah penyelesaian’ serta menetapkan Syariah sebagai asas masyarakat.Bagaimanapun, Khaled mengkritik Ikhwan kerana tidak memisahkan dengan jelas misi mereka sebagai pertubuhan pendakwah serentak dengan parti politik.Beliau juga mengkiritik apa yang dianggap sebagai amalan tidak demokratik dalam kumpulan berkenaan.“Bagaimanakah kamu boleh namakan seseorang ke jawatan pemimpin parti sebelum pilihan raya dalaman diadakan,” katanya yang merujuk kepada pemimpin Ikhwan.Khaled asalnya menyertai Ikhwan sejak 1970-an sebagai sebagai sebahagian generasi muda gerakan itu yang sudah lemah ditindas Presiden Gamal Abdel Nasser yang menghantar beribu-ribu anggotanya ke penjara dan menghukum bunuh pemimpin utamanya.Seorang lagi anggota kanan Ikhwan, Abdel-Moneim Abul-Fottouh, mengumumkan rancangannya bertanding dalam pilihan raya itu, mencabul keputusan awal untuk tidak menghantar calon.Abdel Moneim dipecat kerana langkahnya itu mencabul undang-undang Ikhwan. Beliau dianggap pemimpin paling sederhana Ikhwan.Dalam kebanyakan kes, beliau mentafsirkan tudung bukan cara berpakaian Islam tetapi pakaian tradisi seperti sari dalam budaya India serta lebih menunjukkan identiti penduduk daripada tanggungjawab agama.Pakar Mesir, Hossam Tamam, menganggap perpecahan Ikhwan hanya melemahkannya.“Al-Riyada satu perkembangan penting. Mereka adalah golongan pembaharuan yang sudah lama dipinggirkan. Buat kali pertama, kita lihat satu kumpulan yang tidak mengaitkan diri mereka dengan Syariah,” katanya. – APINFOIkhwanul Muslimin ditubuhkan pada 1928 di Mesir oleh guru dan cendekiawan Islam, Hassan al-BannaPergerakan itu mendokong prinsip menjalankan aktiviti secara amanIa menentang pemerintahan penjajah British mulai 1936 menyebabkan diharamkan dan pengasasnya dibunuhIkhwan sekali lagi diharamkan pada 1952 kerana menyokong revolusi Mesir

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 11:49 AM GMT+8 , Processed in 0.049215 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list