CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 230|Reply: 0

Filipina, Singapura bebas dipantau seludup manusia

[Copy link]
Post time 29-6-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
WASHINGTON: Amerika Syarikat semalam mengeluarkan Filipina dan Singapura dari senarai pemantauan penyeludupan manusia, tetapi mengekalkan Brunei, Malaysia, Thailand dan Vietnam.\rLaporan tahunan Jabatan Negara mengenai Pemerdagangan Manusia meletakkan Filipina, Singapura dan Laos dalam kategori Tier 2, bermakna negara itu tidak memenuhi standard terhadap pemerdagangan manusia tetapi sedang berusaha melakukannya.\r\n\n\n\n\rIndonesia dan Kemboja juga berada dalam Tier 2, tetapi Brunei, Malaysia, Thailand dan Vietnam masih dalam senarai pemantau. Negara Asia dalam Tier 1 adalah Korea Selatan dan Taiwan.\r\r\n\n\n\n\nSetiausaha Negara Hillary Clinton yang mendedahkan laporan berkata seramai 27 juta lelaki, wanita dan kanak-kanak terbabit dalam pemerdagangan di seluruh dunia bagi eksploitasi seks atau buruh paksa.\r“Malangnya disebabkan kemudahan pengangkutan dan komunikasi global yang boleh memasuki perkampungan dengan janji dan gambaran kehidupan yang lebih baik, kita kini melihat lebih banyak manusia dieksploit berbanding sebelum ini,” kata Clinton.\rSingapura tahun lalu dikritik kerana diletakkan dalam senarai pemantauan dan menggesa Amerika Syarikat memeriksa rekod sendiri termasuk layanan kepada berjuta penduduk haramnya. – AFP

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 11:54 AM GMT+8 , Processed in 0.043281 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list