CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 210|Reply: 0

Luna mengaku semakin serius dengan Ariel

[Copy link]
Post time 30-6-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
JAKARTA: Pelakon dan penyanyi Luna Maya, mengaku hubungannya dengan vokalis kumpulan Peterpan Nazril ‘Ariel’ Irham semakin serius dan mereka dijangka berkahwin dalam tempoh dua tahun lagi.\rKetika ditemui wartawan pada Malam Gala Bintang di Menteng, Jakarta Pusat semalam, Luna berkata dia berhasrat bernikah pada usia 30 tahun.\r\n\n\n\n\r“Sekarang usia saya 28 tahun dan saya tidak bercadang berkahwin sebelum usia 30 tahun. Jika lewat sedikit juga tidak menjadi masalah. Sehingga usia itu saya akan memberi tumpuan kepada kerjaya,” katanya.\r\r\n\n\n\n\nLuna mengaku selepas dia dibabitkan dalam kes penyebaran video lucah Ariel, kerjayanya agak pudar dan dia sedang berusaha untuk memulihkan semula imej yang pernah tercalar.\r“Bagaimanapun saya tidak mahu bekerja terlalu keras seperti sebelum ini. Dulu kehidupan saya dipenuhi dengan kerja dan tiada hari yang saya tidak bekerja. Sekarang keadaan saya lebih santai dan tidak lagi ingin menjadi hamba kerja.\r“Saya tidak terlalu banyak berfikir. Jika saya perlu bekerja saya akan bekerja dan jika saya rasa saya patut bercuti, saya akan bercuti,” katanya. –  Agensi

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 12:10 PM GMT+8 , Processed in 0.287799 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list