CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 64|Reply: 0

Manifesto Abhisit, Yingluck hampir sama

[Copy link]
Post time 2-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
PM Thailand, pencabar utama sasar penduduk luar\rBANGKOK: Dua parti utama, Parti Demokrat yang memerintah dan parti pembangkang Puea Thai yang akan bertanding dalam pilihan raya umum Thailand esok, mengemukakan menifesto yang hampir serupa dengan tumpuan utama untuk menarik sokongan penduduk luar bandar, membina kemudahan infrastruktur dan beberapa dasar yang dianggap mesra rakyat.\r\n\n\n\n\rPada masa sama, calon yang bertanding mengadakan perhimpunan dan kempen pilihan raya peringkat akhir semalam dalam persaingan sengit sejak lima tahun lalu bagi meneruskan sistem demokrasi di negara itu.\r\r\n\n\n\n\nParti Demokrat dalam menifestonya yang menggunakan slogan ‘Membawa Thailand Melangkah Ke hadapan’ memberi jaminan untuk meningkatkan gaji minimum kepada 25 peratus dalam tempoh dua tahun berbanding kadar semasa sebanyak 159 hingga 221 baht (RM15.50 hingga RM22.50) bergantung kepada wilayah.\rParti itu juga berjanji meningkatkan kemahiran buruh, memberi geran tanah kepada kira-kira 250,000 petani di tanah kerajaan, memberi kemudahan rawatan perubatan percuma dan penubuhan pusat penjagaan kanak-kanak di semua tempat, mengekalkan subsidi diesel dan minyak masak, selain menyediakan kemudahan elektrik percuma kepada penduduk berpendapatan rendah.\rDemokrat juga bersetuju untuk menangguhkan rancangan membina loji nuklear yang dijadual dimulakan pada 2020, berikutan bencana nuklear di Jepun.\r“Kami akan menyediakan pendidikan percuma kepada pelajar sehingga usia 18 tahun, memberi pinjaman mudah kepada kira-kira 250,000 pelajar universiti, memberi kemudahan pinjaman kepada kira-kira satu juta peminjam pada jumlah kecil dan memperluaskan kemudahan keselamatan sosial untuk 25 juta petani dan pekerja,” kata Demokrat dalam menifestonya.\r\n\n\n\n\rSementara itu Parti Puea Thai pula memberi jaminan untuk menaikkan gaji minimum harian pada paras 300 baht (RM30.20) dan akan dinaikkan lagi kepada 1,000 baht (RM97.55) menjelang 2020.\rPuea Thai berjanji menaikkan gaji pekerja awam, faedah penjagaan kesihatan menyeluruh dengan pesakit  dikenakan bayaran 30 baht (RM2.90) untuk sekali lawatan.\rPada masa sama, kalangan graduan baru akan menerima gaji permulaan 15,000 baht (RM1,460) berbanding 10,640 baht (RM1,1037) sekarang, manakala 800,000 murid baru akan menerima komputer percuma setiap tahun. – Reuters/Agensi

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 12:11 PM GMT+8 , Processed in 0.488935 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list