CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 76|Reply: 0

Lelaki kena panah petir 6 kali selamat

[Copy link]
Post time 2-7-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
OCONEE (Carolina Selatan): Seorang lelaki Amerika Syarikat mencatat keajaiban tersendiri apabila masih selamat selepas disambar kilat sebanyak enam kali dan hanya mengalami lecur ringan selepas kilat menyambar jam tangannya.\rMelvin Roberts melecur di bahagian kaki dan tapak kaki, tetapi jam tangan yang dipakainya meninggalkan tanda lecur selepas disambar petir.\r\n\n\n\n\r   Roberts berkata, beliau selamat dalam lima kejadian disambar petik sebelum ini dan mempunyai parut di badannya.\r\r\n\n\n\n\n   “Mereka kata kilat tidak menyambar orang yang sama dua kali tetapi ia berlaku,” katanya. Robert disambar kilat Isnin lalu apabila keluar rumah ketika ribut untuk meninjau ternakan ayamnya.\r“Saya keluar untuk menutup pintu reban supaya selamat. Tetapi, apabila saya bangun, saya berdarah dan terbakar serta berada dalam keadaan keliru manakala beberapa ekor anak ayam maut.”\rApa yang diingatinya ialah keluar ke kebun dan dikejutkan di hospital dengan isterinya Martha berada di sisi.\r“Saya tidak faham. Ia seperti Tuhan mahu memberitahu saya sesuatu tetapi saya tidak mengetahui apa maknanya,” kata Roberts.\r\n\n\n\n\rSerangan terbaru menyebabkan jam tangan yang dipakainya meninggalkan kesan lecur dan berhenti pada jam 4.25 petang.\rRobert pernah disambar kilat pada 2007 dan mengalami cedera teruk menyebabkan beliau terpaksa berkerusi roda selama setahun selepas mengalami kerosakan saraf pada kakinya.\rKejadian itu menyebabkan beliau tidak dapat meneruskan kerjanya sebagai pengendali jentera berat. Martha berkata, kali pertama beliau bertemu, beliau sukar untuk percaya lelaki itu sudah disambar kilat dua kali.\rKejadian ketiga meyakinkan beliau sama ada suaminya itu seorang yang bernasib baik atau terkena sumpahan.\rBeliau percaya, peluang suaminya disambar kilat meningkat apabila keluar rumah sewaktu ribut.\rRoberts berkata, serangan kilat yang dilaluinya hampir sama dengan kisah hidup beliau yang sudah berkahwin sebanyak lima kali.\r“Saya sudah kahwin lima kali dan disambar kilat sebanyak lima kali. Isteri saya berkata ini adalah kali keenam. Saya tidak akan meninggalkan isteri saya, jadi saya akan cuba untuk melakukan sesuatu yang berbeza.\r“Saya tidak mengatakan takut disambat petir tetapi saya akan belajar lebih menghormati. Ia boleh berlaku kepada sesiapa saja.”\rSaintis sedang mengkaji mengenai satu dalam sembilan juta peluang untuk disambar kilat sebanyak dua kali tetapi belum berhadapan dengan kes membabitkan disambar kilat sebanyak enam kali. – Agensi

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 11:50 AM GMT+8 , Processed in 0.036576 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list