CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 71|Reply: 0

Yingluck menang pilihan raya

[Copy link]
Post time 4-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
  Puea Thai rampas 260  daripada 500 kerusi Parlimen dipertandingkanBANGKOK: Parti Puea Thai pimpinan Yingluck Shinawatra, adik bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra, memenangi pilihan raya umum Thailand semalam dengan majoriti kerusi di Parlimen, membuka jalan kepada kemungkinan kembalinya Thaksin  yang digulingkan tentera pada 2006.\n\n\n\nPerdana Menteri, Abhisit Vejjajiva mengaku kalah dan mengucapkan tahniah kepada Yingluck, 44 yang akan menjadi Perdana Menteri wanita pertama negaranya.Selepas 92 peratus undi dikira, Puea Thai memenangi 260 kerusi daripada 500 yang dipertandingkan dalam pilihan raya umum semalam.\n\n\n\n\nParti Demokrat pimpinan Abhisit memenangi 163 kerusi, menurut suruhanjaya pilihan raya.“Keputusan pilihan raya adalah jelas,  Puea Thai memenangi pilihan raya dan Demokrat kalah, kita perlu hormati keputusan yang dibuat dalam pilihan raya,” Abhisit memberitahu penyokongnya di ibu pejabat parti kerajaan itu di sini malam semalam.Pilihan raya umum berkenaan  adalah ujian pertama bagi kerajaan Abhisit yang disokong tentera selepas bantahan rakyat tahun lalu menyaksikan penunjuk perasaan yang menyokong Thaksin melumpuhkan ibu negara sehingga tentera menyuraikan mereka dengan tindakan ganas yang menyebabkan lebih 90 orang terbunuh.Yingluck memberitahu penyokongnya di ibu pejabat Puea Thai di sini: “Saya mempunyai tugas yang berat pada masa depan.”“Terima kasih kepada rakyat yang keluar mengundi,” kata Yingluck yang baru menceburi diri dalam politik dan digelar Thaksin sebagai klon beliau.Di sebalik kebimbangan kemenangan Puea Thai akan mencetuskan huru hara atau rampasan kuasa baru, Thaksin menyeru semua pihak menghormati keputusan pilihan raya.“Semua pihak mesti menghormati keputusan ini sekiranya rakyat  mahu menyaksikan Thailand mengecap keamanan,” kata hartawan yang memilih untuk hidup dalam buangan di Dubai berikutan didapati bersalah atas kesalahan rasuah.Thaksin disokong kebanyakan pengundi  di kawasan luar bandar kebanyakannya rakyat miskin  berikutan dasar kerajaannya yang popular seperti penyediaan perkhidmatan kesihatan yang murah serta memperkenalkan skim kredit mikro.Bagaimanapun beliau dibenci golongan elit yang melihatnya sebagai pemimpin  yang korup, kuku besi dan menjadi ancaman kepada institusi raja di negara berkenaan. –  AFP

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 12:03 PM GMT+8 , Processed in 0.056002 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list