|
OTTAWA: Watak superhero Amerika Syarikat beragama Islam pertama di dunia, \'Buraaq\' diperkenalkan dalam satu komik baru terbitan sebuah penerbit bebas, baru-baru ini.\rKeluaran pertama komik itu memaparkan ‘Buraaq’ menyelamatkan seorang wanita Islam daripada menjadi mangsa jenayah, lapor laman web Islamicity.com.\r\n\n\n\nIa berlatarbelakangkan suasana bandar yang dibelenggu jenayah perkauman oleh pendatang.\r\r‘Buraaq’ memakai topeng dan kostum berwarna merah putih dan selendang hitam, serta membawa mesej universal.\r\n\n\n\n\n\rIsu pertama ditutup dengan doa wanita yang diselamatkan Buraaq: “Siapa pun beliau, di mana saja beliau berada semoga Tuhan merahmatinya.” \rKomik itu boleh didapati di laman Splitmoonarts.com.\rKomik Buraaq menyelitkan ciri-ciri keagamaan, menurut penulis dan pelukisnya, Adil Imtiaz.\r“Ke mana saja anda pergi, selalunya anda hanya dapat cerita satu pihak. Apabila anda tonton berita, apa yang anda dengar ialah mengenai penganut Islam yang dikaitkan dengan keganasan, pengeboman. Bukan gambaran sepenuhnya,” katanya.\r\n\n\n\n\rBeliau mahu Islam digambarkan mempunyai nilai kejujuran, bekerja keras, belas kasihan dan takwa kepada Tuhan. – Agensi.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|