|
Senjata, peluru dirampas Cyprus punca tragediNICOSIA: Sekurang-kurangnya 12 terbunuh apabila senjata Iran yang dirampas meletup di pangkalan tentera laut utama di Kepulauan Greece Cyprus di Zygi semalam, kata media tempatan. \rLetupan besar itu memusnahkan jana kuasa elektrik Vassiliko iaitu loji terbesar di pulau itu yang menjana 50 peratus bekalan elektriknya hingga mencetuskan gangguan bekalan elektrik di sebahagian besar kawasan di Cyprus.\r\n\n\n\n\rLetupan itu menyebabkan kerosakan kediaman di kampung berdekatan, Memaksa 150 penduduknya dipindahkan, kata ketua kampung, Nikos Asprou.\r\r\n\n\n\n\nBerikutan insiden itu Menteri Pertahanan Cyprus Costas Papacostas dan panglima pasukan Pengawal Kebangsaan Greece Cyprus meletak jawatan.\rAgensi berita CNA yang memetik sumber ketenteraan berkata lima anggota bomba, empat Pengawal Nasional Greece Cyprus dan dua kelasi antara yang maut.\rRadio tempatan melaporkan sekurang-kurangnya 30 cedera dalam letupan itu.\r“Kita akui terdapat mangsa terbunuh dan cedera dalam kejadian terbabit tetapi kita belum mengetahui jumlah sebenar mangsa. Ia situasi yang sukar,” kata jurucakap Kementerian Pertahanan, Aliki Stylinaou.\rBeliau berkata letupan terbabit dipercayai berpunca daripada senjata dan peluru yang dirampas Cyprus daripada kapal Iran yang melalui perairan kepulauan itu pada 2009.\rStylinaou berkata, letupan terbabit menjadi punca bekalan elektrik terputus di pulau itu awal pagi semalam.\rLetupan itu adalah kejadian yang paling buruk dalam sejarah ketenteraan di pulau itu.\rSaksi memberitahu, kejadian berkenaan turut memusnahkan kampung nelayan berdekatan yang terke-nal dengan restoran makanan laut yang popular di kalangan pelancong di pulau peranginan itu. – Reuters/ AFP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|