|
MATARAM: Sekurang-kurangnya seorang lelaki terbunuh apabila sebutir bom buatan sendiri meletup di sebuah sekolah agama di timur Indonesia semalam, yang didakwa pihak polis mempunyai kaitan dengan ulama radikal, Abu Bakar Bashir.\r“Sebutir bom yang diubah suai meletup di dalam sebuah bilik darjah jam 3.30 petang,” kata jurucakap polis wilayah Nusa Tenggara Barat, Sudjoko, yang menambah, bendahari sekolah, Firdaus, terbunuh dalam letupan itu.\r\n\n\n\n\rLaporan menyatakan selepas letupan itu beratus-ratus pelajar dilengkapi senjata tajam menyekat laluan ke sekolah bagi menghalang polis dan askar memasuki lokasi kejadian untuk menyiasat.\r\r\n\n\n\n\n“Mereka tidak membenarkan kami masuk ke kawasan sekolah,” katanya. – AFP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|