|
Penyanyi jaya kempen pakaian dalam Emporio Armani\rLOS ANGELES: Rihanna kini menjadi wajah baru Emporio Armani (EA). Penyanyi California King Bed itu menandatangani perjanjian dengan gedung fesyen Itali untuk muncul dalam kempen Emporio Armani Underwear dan Armani Jeans.\r\n\n\n\n\r Rihanna yang akan muncul dalam iklan koleksi musim luruh sejuk 2011-2012 yang dilakukan di bandar raya New York dan ditayangkan September depan mengikuti jejak langkah David dan Victoria Beckham, Cristiano Ronaldo serta Megan Fox dalam mewakili jenama itu.\r\r\n\n\n\n\n Awal tahun ini, Rihanna dinamakan sebagai model jurucakap Nivea.\rJenama kosmetik berkenaan bekerjasama dengan pelantun lagu hit What’s My Name itu untuk menyambut ulang tahun syarikat itu yang mereka ke-100 dengan mendedahkan satu gambar ghairah penyanyi itu.\rSeorang wakil jenama itu, Markus Pinger berkata: “Kami amat teruja Rihanna memberi sokongan dalam sambutan ulang tahun kami dan membina satu generasi baru peminat.”\rSebelum itu, bintang yang berusia 23 tahun berkenaan mendedahkan beliau gemar untuk mengejutkan peminat dengan pilihan fesyennya.\r\n\n\n\n\rBercakap mengenai gaya akan datang, bintang itu berkata: “Saya mungkin dipengaruhi banyak pakaian lelaki atau sesuatu yang amat feminin. Namun saya gemar mencuba kedua-duanya. \r“Ia mungkin sesuatu yang kelihatan amat ekstrim kerana saya biasanya tidak gemar dengan gaya kewanitaan sopan atau seperti anak gadis. Saya perlukan gaya yang menarik perhatian. Saya sentiasa gemarkan sesuatu yang sedikit luar biasa, justeru ia bukan biasa atau sudah dijangka.” – Agensi
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|