CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 158|Reply: 0

Firma ubat diarah tarik balik antibiotik

[Copy link]
Post time 20-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Tablet didakwa mengandungi bahan  pelentur\rHONG KONG: Hong Kong mengarahkan GlaxoSmithKline menarik balik dari pasaran sejenis antibiotik digunakan untuk merawat jangkitan kepada kanak-kanak, berikutan ubat itu mengandungi aditif kimia dan mengancam mahu menyaman syarikat farmasi gergasi itu.\r\n\n\n\n\rJabatan Kesihatan wilayah autonomi China itu berkata ujian mendapati tablet antibiotik Augmentin keluaran syarikat Britain berkenaan mengandungi beberapa ‘plasticiser’ (bahan yang dicampur untuk melenturkan plastik), termasuk ‘diisodecyl phthalate’ (DIDP), yang menimbulkan kebimbangan terhadap kualitinya.\r\r\n\n\n\n\nBagaimanapun jabatan itu berkata jumlah kandungan pelentur plastik dalam ubat itu tidak mendatangkan bahaya jika diambil mengikut dos disarankan.\rPihak berkuasa itu berkata ia akan mendapatkan nasihat Jabatan Kehakiman berhubung kemungkinan mengambil tindakan undang-undang terhadap GlaxoSmithKline (GSK).”\r“Oleh kerana GSK tidak dapat menawarkan penjelasan yang memuaskan berhubung sumber pelentur plastik itu, kualiti produk itu diragui.”\rDalam satu kenyataan, syarikat farmasi itu berkata ia akan melancarkan siasatan ‘segera dan menyeluruh’ untuk mengenal pasti sumber aditif berkenaan.\r\n\n\n\n\r“GSK tidak secara sengaja menggunakan sebarang plasticiser dalam Augmentin,” katanya.\rSyarikat itu berkata jumlah kandungan plasticiser yang dikesan adalah lebih rendah daripada jumlah yang dianggap bahaya kepada manusia oleh pihak berkuasa   Amerika Syarikat dan Eropah.\rBulan lalu, pihak berkuasa di Hong Kong memerintahkan penarikan balik antibiotik Augmentin dalam bentuk sirap setelah mengesan kandungan tinggi DIDP.\rIa memberi amaran pengambilan DIDP pada jumlah yang besar untuk tempoh yang panjang boleh menjejas hati. – AFP

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 12:49 PM GMT+8 , Processed in 0.046502 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list