CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 147|Reply: 0

4,501 pasangan kahwin beramai-ramai

[Copy link]
Post time 20-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
JAKARTA: Seramai 4,501 pasangan daripada kumpulan berpendapatan rendah menyertai majlis perkahwinan beramai-ramai dalam satu acara istimewa diadakan di Stadium Senayan, Jakarta Selatan, semalam.\rPasangan terbabit adalah daripada keluarga berpendapatan rendah dari kawasan seluruh ibu negara yang sudah dikahwinkan melalui acara keagamaan masing-masing tetapi belum mendapat sijil kerana tidak mampu membayar yuran pengurusan.\r\n\n\n\n\r   Pasangan paling muda adalah pasangan berumur 16 tahun manakala paling tua adalah pasangan pengantin yang kedua-duanya berusia 86 tahun.\r\r\n\n\n\n\n   “Kami bersyukur kepada Tuhan kerana memakbulkan doa kami. Kami akhirnya menerima sijil perkahwinan,” kata pengantin lelaki, Rahman yang berusia 86 tahun dari Tanjung Priok,  Jakarta Utara.\rMajlis itu dianjurkan kerajaan tempatan Jakarta, Yayasan Pondok Kasih dan stesen televisyen Channel B.\rHana Ananda, pengasas Pondok Kasih berkata masih ramai pasangan di Indonesia yang tidak mampu menghalalkan perkahwinan masing-masing berikutan masalah kemiskinan.\r“Ia menyentuh hati saya kerana masih ada orang yang prihatin terhadap mereka (pasangan terbabit).   \r\n\n\n\n\r“Mereka adalah penduduk yang tinggal di kawasan setinggan seperti bawah jambatan, tempat pembuangan sampah dan lain-lain,” kata Hana yang dipetik Jakarta Globe. – Agensi

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 12:49 PM GMT+8 , Processed in 0.043594 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list