View: 199|Reply: 0
|
Tak tahu Osama di Pakistan
[Copy link]
|
|
Bekas presiden pertahan tentera, ISI\rWASHINGTON: Bekas Presiden Pervez Musharraf semalam mendedahkan ketika beliau berkuasa beliau tidak tahu menahu mengenai kehadiran pemimpin al-Qaeda Osama Bin Laden di Pakistan.\r\n\n\n\n\r“Sama ada awak percaya atau tidak, apa yang pasti saya tidak tahu mengenai kehadiran Osama di Abbotabad,” kata bekas presiden itu yang kini memilih untuk hidup dalam buangan.\r\r\n\n\n\n\nPasukan gerak khas Amerika Syarikat menembak mati Osama di sebuah rumah di Abbotabad, Pakistan pada 2 Mei lalu dan percaya pemimpin al-Qaeda yang diburunya itu sejak serangan pengganas ke atas AS pada 11 September 2001 itu sudah berada di Pakistan sejak lima tahun lalu.\r“Dua daripada lima tahun itu adalah ketika saya berkuasa. Saya dengan yakin boleh menyatakan pihak berkuasa di Pakistan tidak bersubahat (dengan Osama) kerana saya sendiri tidak mengetahui kehadirannya di Pakistan,” kata Musharraf ketika mengunjung Washington kelmarin.\rBekas jeneral berusia 67 tahun itu dengan tegas mempertahankan pihak tentera dan Perkhidmatan Antara Perisikan Pakistan (ISI) yang sejak sekian lama dicurigai AS mengadakan hubungan dengan kelompok militan.\rMusharraf yang merampas kuasa pada 1999, berkata beliau pasti mengetahui mengenai Osama yang berpindah ke sebuah rumah di bandar Abbottabad, kerana ketika itu beliau masih menyandang jawatan presiden.\r\n\n\n\n\r“Adakah wujud kemungkinan tentera dan ISI sengaja menyembunyikan perkara ini? \rTidak sama sekali. Saya pasti 100 peratus, kerana saya juga datang dari kalangan tentera. Mereka adalah orang saya,” katanya ketika berucap di Pusat Cendikiawan Antarabangsa Woodrow Wilson.\rMusharraf menyifatkan tempat persembunyian Osama sebagai ‘sebuah rumah biasa yang agak besar’ dan berkata ia tidak akan menarik sebarang perhatian atau rasa curiga. – AFP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|