CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 122|Reply: 0

Cain umum tarik diri jadi calon Republikan

[Copy link]
Post time 5-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
WASHINGTON: Harapan meneruskan persaingan menjadi calon Republikan untuk menduduki Rumah Putih tidak kesampaian bagi Herman Cain, yang menggantung pencalonannya berikutan siri tuduhan gangguan seksual ke atasnya.\rCain, 67, mengumumkan keputusan itu dalam majlis pembukaan ibu pejabat kempen baru di Atlanta dalam suasana penuh emosi di sisi isterinya, Gloria, yang dikahwini 43 tahun lalu.\r\n\n\n\n\r“Saya adalah bukti lelaki biasa boleh menerajui negara ini. Saya menganggap diri saya sebahagian daripada anda, bukan golongan elit politik. Bagaimanapun, tuduhan palsu mengenai saya berterusan dan mengganggu kemampuan saya memberikan penyelesaian kepada rakyat Amerika Syarikat,” katanya.\r\r\n\n\n\n\nKeputusan Cain menjadi tamparan kepada bekas Gabenor Massachusetts, Mitt Romney, seorang lagi wakil Republikan untuk pencalonan yang berdepan persaingan bekas Speaker Dewan Perwakilan, Newt Gingrich.\rPengumuman Cain menyusul beberapa hari spekulasi selepas dia mengumumkan menilai semula pencalonannya. Cain, yang menjadi kegemaran tanpa dijangka sehingga beberapa wanita muncul mendakwa dia melakukan gangguan seksual ke atas mereka. – Agensi

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 03:16 PM GMT+8 , Processed in 0.081490 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list