View: 229|Reply: 0
|
TNB perkenal e-Application
[Copy link]
|
|
Tingkat kecekapan proses permohonan bekalan elektrik baruTENAGA Nasional Bhd (TNB) memperkenalkan satu lagi perkhidmatan baru kepada pelanggan berasaskan web melalui sistem e-Application iaitu satu aplikasi web yang membolehkan pelanggan memohon bekalan baru tenaga elektrik secara dalam talian dalam usahanya meningkatkan kecekapan proses permohonan bekalan. \rPenggunaan sistem e-Application ini juga dapat membantu pelanggan memantau status permohonan dan pengesanan dokumen secara dalam talian pada bila-bila masa, katanya dalam satu kenyataan. \r\n\n\n\n\r Ini dapat membantu pelanggan mengetahui tindakan susulan jika diperlukan daripada mereka untuk mempercepatkan proses permohonan bekalan baru ini.\r\r\n\n\n\n\n E-Application juga mempunyai ciri terbaru iaitu perkongsian maklumat pangkalan data Suruhanjaya Tenaga terhadap kontraktor elektrik berdaftar yang mempunyai lesen yang sah. \rPengguna juga boleh membuat pilihan kontraktor elektrik melalui sistem ini dan ini mengurangkan risiko menggunakan khidmat kontraktor yang tidak sah, kata TNB.\rSistem e-Application ini akan diguna pakai sepenuhnya oleh Pemaju Perumahan mulai 1 Januari 2012. \rKontraktor elektrik dan juga pelanggan individu boleh menggunakan sistem ini dengan mendaftar secara online melalui https://eapplication.tnb.com.my/Public/Register.aspx\r\n\n\n\rMengulas perkembangan itu, Ketua Pegawai Operasi dan Pengarah Eksekutif TNB, Datuk Azman Mohd, berkata sistem berkenaan membantu pemaju menguruskan permohonan bekalan elektrik dengan lebih cekap dan membantu TNB membuat perancangan awal sistem bekalan yang diperlukan oleh pemaju projek perumahan.\rPemaju Perumahan yang belum berdaftar dengan e-Application boleh mendaftar melalui https://eapplication.tnb.com.my/Public/Register.aspx\rUntuk memantau status permohonan untuk projek secara online, pengguna sistem boleh memantaunya melalui https://eapplication.tnb.com.my/Public/ProjectStatus.aspx\rTNB turut menyediakan pakar isu khusus di setiap negeri untuk membantu pihak pemaju dan pengguna sistem dalam menangani sebarang isu atau pertanyaan berkaitan e-Application. \rMereka boleh dihubungi melalui senarai mengikut negeri di https://eapplication.tnb.com.my/Public/SMEList.aspx\rUntuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai e-Application, pengguna boleh menghantarnya ke alamat emel [email protected] atau hubungi Careline TNB (Pusat Pertanyaan Setempat) di talian 1300-88-5454. – BERNAMA
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|