|
ALAHAI Jue Aziz, bila ditegur tidak berdisiplin gara-gara tidak menghadiri sesi latihan Se-Merah Padi, dia melenting. Kalau tak silap Cik Normah, sebuah program hiburan pun ada menemuramah Jue berhubung perkara itu. Tapi Cik Normah malas nak ambil peduli.\rCuma baru-baru ini, Cik Normah terdengar satu lagi kisah kurang enak mengenai Jue. Selama ini Cik Normah tak mahu cepat menjatuhkan hukum tanpa usul periksa, namun apabila seorang teman rapat bercerita, maka dapatlah Cik Normah bayangkan sedikit sebanyak sikap pelakon wanita yang banyak kontroversi ini.\r\n\n\n\n\rSelepas kecoh Jue tidak menghadiri sesi latihan, pihak penerbitan pun mengadakan satu mesyuarat dengan seluruh produksi termasuklah pelakon dan mereka yang bekerja di belakang tabir.\r\r\n\n\n\n\nPada sesi berkenaan, penerbit pementasan itu, Keno, mengambil kesempatan berkenaan untuk menegur Jue. Bagaimanapun, Jue bersikap kebudak-budakan apabila ‘bershuffle’ sambil menutup telinga mungkin kerana dia tidak mahu mendengar sebarang teguran daripada penerbit terbabit.\rKalau pun ada sebarang masalah dengan Keno, Jue seharusnya mendengar apa yang ingin diperkatakan. Walau apapun, Keno tetap majikan. Suka ataupun tidak, dia tidak boleh bersikap kebudak-budakan seperti itu.\rCik Normah dengar cerita, habis terkejut semua orang produksi melihat Jue membuat aksi shuffle ketika orang sedang bercakap. Tak tahulah Cik Normah nak kata apa, nak kata budak-budak, rasanya Jue dah matang dan boleh berfikir dengan waras.\rBukan setakat tidak menghadiri sesi latihan, Cik Normah juga dimaklumkan, daripada 10 pementasan, Jue hanya terbabit dalam dua malam saja. Sepatutnya sebagai pelakon utama, dia yang lebih banyak muncul. Sebaliknya Abby Nadzri yang menjadi pelakon simpanan pula lebih banyak beraksi daripadanya. Malah Cik Normah dengar cerita lagi, lakonan Abby lebih mantap daripada Jue. Mereka yang menontonnya bolehlah nilai sendiri.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|