|
NAMPAKNYA, 2011 memang tahun yang membanggakan buat syarikat penganjur konsert, JS Concert Productions, apabila mereka berjaya membawakan nama besar ke hadapan peminat negara ini, seperti Justin Bieber, Westlife, Whitesnake dan Pitbull.\rCik Normah sendiri sempat menyaksikan dua daripada konsert anjuran mereka itu.\r\n\n\n\n Konsert Whitesnake yang diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil memang rock habis. Cik Normah kagum sangat dengan bakat dan keupayaan anggota kumpulan terbabit. \r\rPitbull pula usah disangkal lagi popularitinya. Banyak sungguh lagu hit dendangan rapper ini yang disiarkan radio. Cik Normah yang bukan remaja lagi ini pun boleh bergoyang sakan menyaksikan persembahannya tempoh hari.\r\n\n\n\n\n\rBagi penggemar muzik, syarikat itu terus menjanjikan beberapa konsert hebat sepanjang tahun ini. Cik Normah dengar cerita, pada suku pertama 2012 ini saja, empat konsert artis terkemuka antarabangsa akan dianjurkan mereka.\rBermula 14 Januari ini dengan kumpulan Simple Plan di KL Live, Jalan Sultan Ismail, persembahan diteruskan dengan kemunculan Avril Lavigne pula pada 18 Februari di Stadium Merdeka Kuala Lumpur. Kumpulan Evanescence akan menghiburkan peminat pada 23 Februari, juga di KL Live, diikuti konsert penyanyi yang kini meletup-letup namanya, Jessie J, pada 16 Mac di Surf Beach, Sunway Lagoon.\rBagi menunjukkan tanda penghargaan kepada sokongan peminat terhadap konsert anjuran mereka, JS Concert khabarnya menawarkan peminat habuan yang bukan main menarik lagi untuk konsert mereka nanti.\rDengan setiap pembelian dua tiket menonton persembahan Simple Plan, peminat akan mendapat sekeping tiket konsert Avril Lavigne berharga RM198. Peminat hanya perlu membawa dua tiket terbabit pada hari konsert kumpulan rock itu nanti untuk menukarkannya dengan tiket percuma ini.\rWah, nampaknya tawaran itu cukup menarik dan tidak mampu dilepaskan penggemar muzik rock sebelah sini.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|