CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 149|Reply: 0

Sultan Kelantan masih belum temu calon isteri

[Copy link]
Post time 6-2-2012 08:05 AM | Show all posts |Read mode
KOTA BHARU: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, bertitah baginda masih belum mempunyai calon isteri dan sentiasa berdoa niat baginda itu dimakbulkan Allah.\rSultan Muhammad V bertitah selepas ditanya wartawan yang membuat liputan baginda melawat Che Hasmah Che Awang, 54, yang dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini, semalam.\r\n\n\n\n\r Apabila diajukan soalan itu, baginda memberi jawapan dengan spontan, ‘tak ada calon lagi’.\r\r\n\n\n\n\n Baginda yang membahasakan diri sebagai ‘saya’ atau ‘kita’, berharap berkat doa pemimpin dan pembesar negeri serta sahabat, perkahwinan baginda akan menjadi kenyataan.\rMengenai lawatan berkenaan, Sultan Kelantan bertitah, baginda membaca dalam akhbar tempatan mengenai kejadian yang menimpa Che Hasmah dan berhasrat melawat mangsa tembakan terbabit berikutan simpati dengan kejadian yang menimpanya.\rSementara itu, Che Hasmah menyatakan rasa terharu atas keberangkatan Sultan Kelantan melawatnya dan tidak menyangka baginda begitu prihatin terhadap keadaan nasib rakyatnya.\r“Junjung kasih Tuanku. Saya gembira dan terharu kerana baginda sanggup datang melawat dan bertanya khabar saya yang masih menerima rawatan di hospital ini.\r\n\n\n\r“Sebelum ini saya tidak pernah melihat Tuanku dengan dekat, apa lagi dapat berbual dengan baginda. Sikap ambil berat menunjukkan baginda adalah sultan berjiwa rakyat,” katanya.\rDalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi Isnin lalu, Che Hasmah yang bekerja sebagai penjual kuih, parah dan terpaksa dirawat di HRPZ II, akibat ditembak  seorang daripada empat perompak yang menceroboh masuk rumahnya di Kampung Slow Machang, Pasir Mas.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 11:13 PM GMT+8 , Processed in 0.297431 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list