CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 142|Reply: 0

Pemilik geran layak pampasan

[Copy link]
Post time 9-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
PENGERANG: Bayaran pampasan terhadap pengambilan tanah milik penduduk yang terbabit dengan projek Hab Minyak dan Gas Pengerang, hanya dibuat kepada pemilik berdaftar dalam geran tanah.\rBerikutan itu, seramai 927 keluarga yang terbabit dengan pemindahan dan pembayaran pampasan terbabit, dinasihatkan supaya menyelesaikan sebarang isu berkaitan tanah pusaka secara muafakat.\r\n\n\n\n\r    Pegawai Daerah Kota Tinggi, Ismail Karim, berkata sejak pengumuman rasmi projek itu oleh Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman, pada 31 Januari lalu, perkara yang hangat dibincangkan di kalangan penduduk adalah berkaitan wang pampasan, selain isu perpindahan dan kurniaan tanah oleh kerajaan.\r\r\n\n\n\n\n    Katanya, seperti dijelaskan Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) dan Pejabat Tanah dan Daerah Kota Tinggi, pembahagian wang pampasan bagi pengambilan tanah adalah merujuk kepada pemilik berdaftar iaitu kepada penama yang ada dalam geran.\r“Kita percaya akan timbul banyak perkara berbangkit apabila ada pemilik tanah meninggal dunia dengan meninggalkan anak-anak yang ramai dan sebagainya.\r“Kami harap isu seperti itu diselesaikan segera dengan semua keluarga terbabit tampil menemui pejabat tanah dan pejabat agama jika mahu menyelesaikannya mengikut hukum faraid.\r“Kami di pejabat daerah dan jabatan kerajaan berkaitan sedia membantu menyelesaikan apa juga masalah. Harapan kami, tiada masalah besar akan timbul, sebaliknya mereka perlu selesaikan dengan semangat muafakat antara ahli keluarga,” katanya.\r\n\n\n\rBeliau berkata demikian pada majlis taklimat hab minyak dan gas di Dewan Orang Ramai Kampung Jawa, dekat sini kelmarin. Turut hadir memberi taklimat Timbalan Pengarah Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN), Mohd Noorazam Osman.\rHadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Surat, Datuk Harun Abdullah dan kira-kira 300 penduduk dari Kampung Jawa, Batu Mas, Sebong dan Langkah Baik.\rSiri taklimat UPEN itu kali kedua diadakan selepas kali pertama diadakan di Kampung Sungai Kapal Sabtu lalu. Beberapa siri taklimat dengan pejabat tanah dan daerah, Jabatan Agama Johor dan Jabatan Penilaian akan berlangsung mulai April hingga Disember depan secara berperingkat.\rIsmail menasihatkan penduduk supaya bijak mengurus wang pampasan apabila pembayarannya dilakukan kelak serta menyarankan berbelanja secara berhemah dengan tidak bermewah-mewah dan membeli harta tanpa membuat perancangan.\rPada sesi taklimat itu, UPEN menjelaskan mengenai faedah projek RM65 bilion itu kepada penduduk serta insentif akan diterima penduduk, tarikh perpindahan, kemudahan di kawasan penempatan baru dan jaminan pampasan yang akan dibayar oleh kerajaan. \rMaklumat terbaru projek Minyak dan Gas Pengerang dikeluarkan UPEN mengesahkan hanya tujuh kampung terbabit iaitu Kampung Sungai Kapal, Sungai Buntu, Teluk Empang, Kampung Jawa, Kampung Sebong, Langkah Baik  dan Batu Mas yang membabitkan 1,000 rumah, 927 keluarga dan 3,122 penduduk.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 11:19 PM GMT+8 , Processed in 0.586942 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list