CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 207|Reply: 1

Anak temui jasad ibu tak bernyawa

[Copy link]
Post time 10-2-2012 08:05 AM | Show all posts |Read mode
KUCHING: Seorang pensyarah kanan sebuah institusi pengajian tinggi awam di sini ditemui mati di rumahnya di Taman Synergy, di sini dengan pisau tertusuk pada leher dan pergelangan tangan kanannya cedera akibat digerudi.\rMayat Azizah Sapawi, 42, pensyarah kursus perakaunan di Politeknik Kuching ditemui dalam stor rumah oleh anak sulungnya berusia 11 tahun dan ketika itu, mesin gerudi yang berada berhampiran mangsa masih berfungsi.\r\n\n\n\n\r   Suami wanita berkenaan yang pulang dari kerja kira-kira jam 6.15 petang kemudian membuat laporan kepada polis.\r\r\n\n\n\n\n   Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Roslan Bek Ahmad, berkata siasatan awal mendapati mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah berikutan tikaman kuat.\r“Pemeriksaan mendapati kediaman mangsa tidak dipecah masuk, malah semua barangan berharga tidak diusik. Kes ini diklasifikasi sebagai mati mengejut.\r“Suami mangsa memaklumkan Azizah tidak bertugas kerana mendapat cuti \rsakit dua hari dan dia dinasihatkan doktor agar membawa isterinya melakukan pemeriksaan mental,” katanya ketika dihubungi, semalam.\rMayat Azizah kemudian dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) sebelum dituntut ahli keluarganya untuk dikebumikan. \rPasangan berkenaan mempunyai tiga anak lelaki berusia lima, lapan dan 11 tahun.\rSementara itu, seorang kenalan rapat mereka yang enggan dikenali, berkata suami mangsa yang bertugas sebagai juruteknik di sebuah institusi pengajian tinggi swasta pernah meminta bantuan rakan mencari ustaz bagi merawat isterinya.\r“Rakan saya itu pernah beberapa kali bertanya kepada kami jika ada kenal ustaz yang mahir untuk merawat isterinya yang dipercayai diganggu secara ‘halus’. Kami ada mencadangkan beberapa individu yang mahir perubatan Islam.\r“Mengikut perancangan, rakan saya mahu membawa Azizah mendapatkan rawatan tradisional hujung minggu ini selepas dia mendapati isterinya tidak lagi mampu menguruskan diri dan anak-anak di rumah,” katanya.\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2012 09:06 AM | Show all posts
Banak kes sakit jiwa macam ni yang berlaku dalam mesyarakat kita. Mudah2an rohnya ditempatkan bersama org beriman dan moga diberikan ketabahan kepada keluarganya dalam menghadapi musibah ini
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 10:45 PM GMT+8 , Processed in 0.044056 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list