CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 183|Reply: 0

Sasar jual 5,000 kereta hibrid

[Copy link]
Post time 21-2-2012 01:05 PM | Show all posts |Read mode
UMW Toyota Motor perkenal model baru PRIUS c, 2 varian versi baru \rUMW Toyota Motor Sdn Bhd, syarikat usaha sama antara UMW Corporation Sdn Bhd dan Toyota Motor Corporation (TMC), antara pengeluar kenderaan terbesar dunia, menyasar menjual sehingga 5,000 unit kereta hibrid tahun ini didorong pengenalan model baru PRIUS c dan dua varian versi baru generasi ketiga PRIUS.\r\n\n\n\n\r  Presidennya, Ismet Suki, berkata sasaran baru syarikat itu selaras dengan pertumbuhan permintaan kereta mesra alam di negara ini. \r\r\n\n\n\n\n  Ia juga disokong langkah kerajaan melanjutkan pengecualian cukai eksais dan import bagi kenderaan hibrid di bawah 2,000cc sehingga 31 Disember 2013.\r“UMW meletakkan sasaran jualan sebanyak 1,500 unit bagi PRIUS baru yang dipertingkatkan dan 2,500 unit bagi PRIUS c serba baru, manakala selebihnya untuk model Lexus CT200 h pada tahun ini,” katanya pada sidang media pelancaran model versi baru PRIUS dan PRIUS c, di Petaling Jaya, semalam.\rHadir sama, Pengerusi UMW, Tan Sri Asmat Kamaludin; Timbalan Pengerusi UMW, Takashi Hibi; Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan UMW Holdings Bhd, Datuk Syed Hisham Syed Wazir dan Timbalan Ketua Jurutera TMC, Hiroshi Hatada.\rGenerasi ketiga PRIUS dilancar di Malaysia pada 2009 dan kumpulan itu sudah menjual lebih daripada 2,700 unit setakat Disember 2011.\r\n\n\n\rPada peringkat global, PRIUS yang boleh didapati di lebih 70 negara seluruh dunia merekodkan jualan terkumpul lebih tiga juta unit berikutan langkah Toyota memperkenalkan model berkualiti, prestasi terbaik, penjimatan bahan bakar dan mesra alam.\rBagi model PRIUS versi baru yang dipertingkatkan, ia didatangkan dengan dua varian iaitu PRIUS Standard dan Luxury yang mana masing-masing dijual pada harga atas jalan termasuk insurans RM139,900 dan RM145,500, manakala PRIUS c dengan harga dari RM97,000 bersama jaminan tiga tahun atau 100,000 kilometer (km).

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 12:03 PM GMT+8 , Processed in 0.070891 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list