View: 5458|Reply: 38
|
first time kena kacau...
[Copy link]
|
|
aku sejak dari kecik lagi memang selalu ternampak benda pelik2 ni... tapi alhamdulillah sekarang ni my sixth sense dah tak sensitif dulu sampai aku blur yang aku sebenarnya dah duduk satu rumah dengan jin.. kalo nak ikutkan, memang banyak gak kisah aku dengan makhluk Allah yang satu ni.. di malaysia dan masa berpeluang stay di oversea dulu..(tapi yang kat oversea tu memang over tul la... ).. seingat aku, my first memory aku psl makhluk ni ialah masa umo aku kurang dari 5 tahun.. muda sangat tapi memang sampai sekarang aku terbayang lembaga bermata merah dok terbang kat luar tingkap sambil dikejar oleh arwah tok wan aku... memang xleh lupa peristiwa tu coz time tu adik aku yang masih baby pun dok melalak sampai naik pitam kena sakat dgn benda tu... start dari situ la yang aku selalu nampak atau rasa kehadiran benda ni.. sampai tok aku pun perasan yang aku boleh nampak benda2 ni.. sampai skrg aku amalkan petua dia dan alhamdulillah ada benarnya petua orang2 tua dulu ni..
so, minta korang share pglmn first time korang kena kacau dengan makhluk Allah ni.. adakah semuda aku atau apabila masing2 dah meningkat dewasa? |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
share la ceta awak kat obersea tu dulu.......nak tau jugak, jin depa lagu mana???? cecita cecitaaaaa.... |
|
|
|
|
|
|
|
mamaezah posted on 5-12-2012 04:08 PM ![](http://eforum1.cari.com.my/static/image/common/back.gif)
share la ceta awak kat obersea tu dulu.......nak tau jugak, jin depa lagu mana???? cecita cecitaaaaa ...
ni citer lama gak le.. masa tu ikut abah yang gi smbg study kat UK.. biasa la, bila baru sampai kat sana, first thing yang kena settle mesti la hal umah sewa kan.. kekwn abah kat sana mmg dah tolong cari umah sewa tapi yg dapat semua kat kwsn luar komuniti melayu dan sewa mahal.. tapi masa round kwsn yg ramai student melayu, abah dpt info dr kwn dia ttg satu umah ni utk disewakan.. rumah jenis kluster 2 tingkat ni terletak di corner lot dan jiran-jiran aku semuanya orang pakistan.. rumah ni dah fully furnished - meaning, semua dah complete.. perabot, peti ais, mesin basuh dan dapur.. boleh kata kami sekeluarga cuma bawa baju je.. sewa yang dikenakan memang agak murah compare dengan kelengkapan yang disediakan dan lokasi rumah yang agak strategik.. terletak di atas bukit dan berdekatan dengan jalan, kedai dan masjid (yang diconvert dari church).. klinik dan pusat daycare pun tak jauh.. view dari rumah ni memang amat cantik.. boleh nampak bandar huddersfield dan kawasan pedalaman yang menghijau.. sememangnya amat aman damai!!! kekwn abah kata kami bertuah dapat rumah mcm tu dengan sewa yang murah.. dan abah pun mungkin sbb nak cepat dapat rumah sewa, dia tak terpikir kenapa sewa murah... lebih-lebih lagi bila tuan rumah kata dia bagi sewa dengan harga tu sebab dia tak nak rumah tu kosong.. malah, ada yang dah berkira untuk sewa rumah tu selepas kami balik malaysia nanti.. (skrg ni bila difikirkan balik, kalo ikut logik aku la kan, kalo umah tu dah di lokasi strategik, sewa mahal pun mesti ada yang sanggup nak sewa.. kalo sewa murah pun, lagi berebut orang nak sewa esp students.. tuan rumah sepatutnya mmg tak perlu risau psl rumah kosong orang tak nak sewa.. tapi apsal rumah tu dah lama kosong??? jeng..jeng...jeng)
first time masuk umah atas bukit tu, aku terasa rumah tu agak gelap (gloomy) suasananya... masa tu aku contribute perasaan tu pada sistem lighting yang tak efisien.. hehehe.. tak pernah terlintas rumah tu dah ada penghuni lain.. masa kami explore rumah (setelah pindah masuk), mmg ruang basement agak scary (which then we used sbg tempat sidai kain)... especially ada 1 bilik yg terkunci dan tak dapat dibuka.. ruang atas ada 2 bilik tido dan 1 bilik air yg besar.. aku dan 2 orang adik share 1 bilik... aku tido atas katil single dan diorg share double bed..
boleh dikatakan setiap malam aku la yang paling lewat tido.. tak boleh nak adapt dengan perubahan masa antara malaysia dan UK.. kalo tak silap, seminggu selepas pindah masuk, aku start dengar bunyi seolah-olah ada orang tengah naik tangga yang bersebelahan dengan bilik kami.. tapi aku contribute bunyi tu kepada jiran sebelah...dan mak pun kata benda yang sama bila aku bagitau dia apa yang aku dengar.. bunyi tu last for another few weeks.. then gamaknya 'dia' geram kot sebab aku still buat derk je... 'dia' up skit.. memula aku start dengar bunyi tapak kaki menuju ke bilik kami before bunyi tu stop kat pintu bilik.. that last for a few days.. lps tu, bunyi tu bersambung plak dgn aktiviti lain.. aku tgk tetiba ada lekuk di atas tilam aku, macam ada orang duduk wpun takde orang pun yang duduk kat tepi aku tu (biasanya time tu aku dah siap bselimut atas katil-konon nak tido la).. aku still buat derk ja coz arwah tok pernah pesan kalo nampak/dengar benda pelik, jangan gatal mulut nak tegur... buat tak tau sudah... lps tu baru 'dia' start melompat-lompat atas katil aku.. nampak kesan tilam tu berlekuk dan katil bergoyang akibat gegaran lompatan tu.. aku yang sememangnya payah nak tido, jadi lagi seram nak tido.. last-last aku pindah tido atas katil adik-adik je.. aku biar je 'dia' melompat atas katil tu.. asal tak tunjuk diri 'dia' dah la..
'acara malam dia' kemudian bertukar gi ke siang plak. tp memula just dlm bilik kami.. aku tak tau adik-adik aku ingat lagi tak insiden bila tetiba payung yang disimpan dalam almari pakaian tetiba shoot keluar sendiri.. kemudian merebak ke tingkat bawah.. satu hari, parents aku tinggalkan kami adik-beradik dan sorang lg anak kwn diorg di rumah.. parents aku dan kawan diorg ada hal dan tak boleh nak bawa kami sekali.. time tu dah petang dan cepat je gelap.. adik-adik aku dan budak sorang tu lak gatal main sorok-sorok di ruang tamu time tu.. aku tak ingat apa yang aku buat time tu tapi tetiba aku nampak ada bayang hitam di 1 sudut ruang tamu.. tapi jap je 'dia' hilang.. nasib baik lepas tu orang besar dah balik.. lega aku... but things taken to worse bila 'dia' seolah-olah mula nak cederakan aku dan adik-adik.. yang paling aku tak boleh lupa, peristiwa bila pinggan makan yang berat dan disimpan dalam kabinet atas di dapur tu tetiba bergerak jatuh sendiri.. dan timpa kepala adik aku.. berdarah gak la mulut time tu bila kenan hempap dengan pinggan yang berat dan tersembam di atas counter top tu.. bila parents aku balik dari shopping barang dapur, mak kata kami nakal dan main-main di dapur sampai jadi mcm tu.. for your information ye, yang 'best'nya, semua insiden ni akan jadi time takde orang dewasa dalam rumah tu.. sebab tu diorang payah nak percaya bila aku cerita.. huhuhu... celakak sungguh 'dia' ni!!! taktik pandai!!!
nak tak nak, aku terpaksa buat derk je la dan be extra vigilant.. adik-adik aku time tu still kecik lagi.. aku pun time tu baru form 2 sebenarnya.. huhuhu.. tapi satu pagi yang hening, tetiba je mak kejutkan aku dari tido.. dia tanya sama ada aku tengah uzur ke? aku yang pelik dengan soalan tu terus jawab dengan jujur kata tak uzur.. pas tu dia tanya lagi - kami adik-adik ada main-main tak dalam bilik air sampai ada yang cedera selepas mak dan abah masuk tido semalam? aku, mcm biasa -orang yang paling last tido, mmg confident adik-adik aku tak main dalam bilik air tengah-tengah mlm sampai cedera.. tengok diorang pun bleh nampak tak ada yang cedera pun.. aku soal mak balik kenapa dia tanya soalan mcm tu.. mak kata time abah nak masuk bilik air pagi tu, dia terkejut tgk bilik air yang penuh dengan kesan mcm darah.. di dalam bath tub, dalam sinki, lantai dan dinding.. yang 'best' ada mcm kesan tapak tangan berdarah di dinding.. nak kata binatang masuk buat hal dalam bilik air, memang tak logik coz tingkap dan pintu semua tertutup dan berkunci.. dan menatang apa yang ada tapak tangan hampir mcm manusia selain monyet, beruk atau orang utan - which mmg tak logik lgsg utk menatang tersebut berada di kawasan perumahan di rural area of england in spring season?? so dalam fikiran parents aku, ni mesti kerja aku atau adik-adik.. bila aku kata tak, dia dah pelik.. aku nak bangun gi tgk keadaan bilik air tapi mak tak bagi.. then dia dan abah berkurung dalam bilik air, cuci bilik air (nasib baik dinding jenis tiles!!!).. bila dah abis cuci, baru kami boleh masuk guna bilik air.. jenuh gak la nak menahan nature's call.. huhuhu.. bila masuk pun, mmg tak nampak dah kesan tu.. just bau pencuci je.. tengah hari tu gak abah aku keluar cari rumah lain.. by petang, dia dapat rumah sewa lain walaupun sewa tu mahal skit dari umah ni.. kami pindah keesokkan harinya.. express!!! gamaknya, baru diorang percaya dengan apa yang aku dok story kat diorang sebelum ni.. huhuhu...
bila dah pindah, parents aku seolah-olah dah tak mau ingat kes rumah tu.. bila aku try bangkitkan balik hal tu, diorang akan ubah tajuk lain.. what to do.. lepas pindah, sesekali aku akan lalu tepi rumah tu bila berjalan kaki balik sekolah.. time panas je la.. sekali tu, aku nampak mcm ada bayang pakcik tua berwarna putih sedang melihat dari tingkap bilik tido aku dan adik-adik dulu.. dalam hati aku, aku rasa ni la penghuni rumah tu yang lagi 1.. wallahhuallam...
Last edited by makkenits on 5-12-2012 04:20 PM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
nak cerita awak... cerita la lagiii ![](static/image/smiley/onion/gambateh.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
makkenits posted on 5-12-2012 04:19 PM ![](static/image/common/back.gif)
ni citer lama gak le.. masa tu ikut abah yang gi smbg study kat UK.. biasa la, bila baru sampai ...
fuh!!! jenih jin kapiaq!!! ustaz penah gtau mama, jenih yg nak cederakan org ni mmg jin jahat...alhamdulillah abah awak cekap dan bawak hampa semua pindah keluaq...haunted sungguh rumah tu. Apa agaknya dalam bilik yg berkunci tu...tentu ada pelbagai kisah yg tn rumah rahsiakan kan...
btway, nice story, jalan penceritaan yg simple yet easy to understand dan tak ada langsung bahasa sms....ada lagi sambung la TT...esok esok tengoklah, ramai la peminat benang ni.....including me!!!
|
|
|
|
|
|
|
|
seram jugak eh rumah kat obersea.. kau muda2 dah singgah obersea.. citer kau ni mmg seram.. gila betul la hantu tu buat nk halau kau dri rumah..
TT takde selidik ke sejarah rumah berkenaan.. kot2 ade pembunuhan ke, ape2 yang mistik ke? |
|
|
|
|
|
|
|
seram jugak eh rumah kat obersea.. kau muda2 dah singgah obersea.. citer kau ni mmg seram.. gila betul la hantu tu buat nk halau kau dri rumah..
TT takde selidik ke sejarah rumah berkenaan.. kot2 ade pembunuhan ke, ape2 yang mistik ke? |
|
|
|
|
|
|
|
nak share jgk boleh tak? kalau tak boleh pun nak bgtau jgk. hihi
kisah ni berlaku tahun 2000, masa tu masih brsekolah menengah. rumah kat kampung tu 2 tingkat, mak ayah di bilik bawah kerana di tingkat atas adalah bilik kami adik beradik. kakak2 semuanya dah masuk uni, so saya sorang la yang ada di rumah, masih tidur di tingkat atas, seorang diri.
sampai lah pada 1 malam yang hening, saya tersedar dari tidur kerana merasakan ada tangan yang sedang mengusap saya dari belakang. ini kerana saya sering tidur mengiring. saya kuatkan semangat untuk berpaling tapi tak berjaya. akhirnya saya cuba lagi ingin memandang siapakah yg sedang mengusap itu dengan anak mata (kepala keras ya tak boleh berpusing). ini sahaja cara yang mampu saya buat.
alangkah terkejutnya melihat lembaga berambut panjang (baju dan rambut semuanya bewarna putih ya) sedang mengusap belakang saya, sambil menundukkan mukanya. tapi yang pelik nya saya sedikit pun tidak merasa takut, dah terus tertidur sehingga pagi.
musykil jugak ni. kenapa ya? tu first time kena. masa saya ceritakan perkara ni pada ayah, ayah kata saya bermimpi tapi saya confirm tu bukan mimpi. |
|
|
|
|
|
|
|
mamaezah, i tak reti sgt nak berbahasa sms ni.. faktor umo kot.. plus kalo amalkan selalu takut terbawa2 masa buat report keja hehehe... |
|
|
|
|
|
|
|
masa tu umo baru 14 tahun.. tak reti lagi nak jadi spy mengorek rahsia umah tu... plus cakap omputih pun dok tunggang langgang lagi time tu.. camner nak tanya orang.. huhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
nape kalo kat obersea, hantu2 dia mmg ske men gerak2kan brg dgn tahap xtreme.. cthny gerakan kerusi meja bagai.. almari2 bergegar dgn nyatanya.. agaknya mmg style usikan diorg mmg camtu kot lain tempat lain style.. ala.. cam kat korea tu.. gangnam style![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
itik_kuning posted on 5-12-2012 04:36 PM ![](static/image/common/back.gif)
nak share jgk boleh tak? kalau tak boleh pun nak bgtau jgk. hihi
kisah ni berlaku tahun 2000, mas ...
adoi laaaaaaa.............beraninya diaaaaa...buleh tertidoq dgn benda tu dok belai diaaaa................keberanian yg melampau!!! kalau mama konpem ......... keriau tahap amy search dah!!!!!!!!!
|
|
|
|
|
|
|
|
makkenits posted on 5-12-2012 04:37 PM ![](static/image/common/back.gif)
mamaezah, i tak reti sgt nak berbahasa sms ni.. faktor umo kot.. plus kalo amalkan selalu takut terb ...
by the way, mama rasa yg dok lompat lompat atih katil awak tu, jin budak kut...saja dengki. atau pun tu area dia awak konker...rasanya kalau lagi lama awak duduk entah boleh jadi mcm paranormal activity 3....
|
|
|
|
|
|
|
|
kira ok le itik kuning tak menjerit.. kalo tak, lagi seronok benda tu ngacau dia.. hahaha... ikut petua tok aku dulu, pantang besar kalo menjerit bila jumpa benda ni.. memang dia lagi naik syok menyakat kita.. plus jangan la dok gatal mulut nak menegur benda pelik2.. kalo tegur gak, awas !!! |
|
|
|
|
|
|
|
skeezotone posted on 5-12-2012 04:48 PM ![](static/image/common/back.gif)
nape kalo kat obersea, hantu2 dia mmg ske men gerak2kan brg dgn tahap xtreme.. cthny gerakan kerusi ...
skeez..gangnam style tu jin ka...bukan tarian ka??? xplain sat...![](static/image/smiley/default/shocked.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
skeezotone posted on 5-12-2012 04:48 PM ![](static/image/common/back.gif)
nape kalo kat obersea, hantu2 dia mmg ske men gerak2kan brg dgn tahap xtreme.. cthny gerakan kerusi ...
tu la pasal... kalo kat malaysia ni, so far aku xde la kena kacau teruk2 sampai kena pindah duduk umah lain.. masih boleh bertahan walaupun gangguan tu ada.. maybe sebab dalam kepala otak aku ni benda ni sekadar menyinggah je bukan duduk menghuni umah tu terus.. |
|
|
|
|
|
|
|
mamaezah posted on 5-12-2012 04:48 PM ![](static/image/common/back.gif)
adoi laaaaaaa.............beraninya diaaaaa...buleh tertidoq dgn benda tu dok belai diaaaa........ ...
mama, itu tak tahu la nak kata takut atau tidak. tapi yang pentingnya masa tu langsung tak ada perasaan. yang terpikir masa tu cuma nak tengok siapa yang duk usap tuh.
sebenarnya bila di pikir2 kan balik selepas kejadian tuh, memang saya langsung tak ada perasaan takut malam tu. ini kerana beberapa sebab. satu, mungkin kerana kat rumah sendiri. untuk pengetahuan semua, rumah tersebut adalah kepunyaan arwah atuk, yang di warisi dari ibu saudaranya yang merupakan isteri kepada seorang sultan di sebuah negeri di pantai timur. tapi selepas peredaran masa, rumah tersebut telah banyak di ubah suai oleh arwah atuk. kawasan tersebut dahulunya juga adalah hutan, tapi hari ini terletak di sebuah kawasan yang tersibuk di negeri tersebut.
keduanya adalah kerana, ayah saya juga pernah di kacau di dalam bilik yang sama. tapi bukan di kacau secara direct, dia hanya melihat kelibat kuda putih berlari2 di dalam kawasan rumah, maksud saya di padang sekeliling rumah, yang mana rumah terletak di tengah2 dan pagar yang tinggi di sekeliling rumah.
Last edited by itik_kuning on 5-12-2012 05:03 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
makkenits posted on 5-12-2012 04:58 PM ![](static/image/common/back.gif)
tu la pasal... kalo kat malaysia ni, so far aku xde la kena kacau teruk2 sampai kena pindah duduk ...
aku mmg kuat tgk citer horror.. kalo base on true story, kat obersea hantu diorg mmg ske gegar2 n men alih2 barang.. cuak sehhh![](static/image/smiley/default/sweat.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
itik_kuning posted on 5-12-2012 04:59 PM ![](static/image/common/back.gif)
mama, itu tak tahu la nak kata takut atau tidak. tapi yang pentingnya masa tu langsung tak ada per ...
adoi itikkkk, tak dapat mama bayang rumah awak...kalau la tak keberatan, share la gambaq...rumah tu mesti unik...share la share la share la...just the rumah ..mesti cantik dan antik...mama suka sangatttttttttt
|
|
|
|
|
|
|
| |
|