2013 HELP MAPCU Organ Donation Run
Tarikh: 26 May 2013 (Sunday)
Masa: 7.30 am Start
Lokasi: Padang Merbok, Kuala Lumpur (bersebelahan Lake Garden)
Satu penglibatan = Satu harapan
HELP MAPCU Organ Donation Run adalah satu larian amal 7km yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang pendermaan organ di kalangan masyarakat Malaysia. Dengan ini, semua dijemput datang untuk bersama-sama memberi sokongan kepada sesiapa yang namanya berada di senarai menunggu sambil menggunakan peluang keemasan ini untuk menjadi sihat dan cergas.
Tarikh: 26th May 2013 (Ahad)
Masa: 7.30am
Lokasi: Padang Merbok, KL
Yuran Pendaftaran: RM30 seorang (100 pendaftar setiap kategori) RM 35 seorang (yuran biasa)
Kategori: Men Open (18yrs & above)
Women Open (18 yrs & above)
Men IPT/Secondary School (13 yrs & above)
Women IPT/Secondary School (13yrs & above)
Hadiah: 3 pemenang pertama setiap kategori
- Medal, Hamper & Cash – RM300, RM200 & RM 100
50 finisher setiap kategori
- Medal, certificate & goodie bag
Semua finishers
- Certificate & goodie bag
*Semua hasil akan dikemukan kepada NGO terpilih.
*Peserta tidak perlu berikrar untuk menyertai larian ini.
Larian ini terbuka kepada semua yang berusia 13 tahun dan keatas. Tujuan utama larian ini adalah untuk menyediakan sebuah platform bagi semua pelari, peminat kesihatan dan mereka yang telah berikrar untuk datang bersama-sama atas sebab yang sama, iaitu untuk meningkatkan tahap kesedaran terhadap isu pendermaan organ serta menunjukkan sokongan kita terhadap isu ini di kalangan rakyat Malaysia. Ingat, ‘anda tidak perlu menjadi seorang doctor untuk menyelamatkan nyawa’. Selain itu, kami percaya bahawa larian amal ini akan bertindak sebagai alternatif untuk mereka yang tidak dapat berikrar atas sebab-sebab tertentu menunjukkan sokongan mereka. Pada hari larian, kaunter akan ditubuhkan untuk memberi maklumat serta bantuan kepada mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai pendermaan organ.
Untuk pendaftaran secara online, sila lawati
http://event.themarathonshop.com.my/help_mapcu_organ_donation_run_2013-list.aspx
Selain itu, anda juga boleh menelefon kami di
0163202163 (Chin Sureen),
0173456978 (Fiona Chen) atau
0177773865 (Ms. Chang).