CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3442|Reply: 1

Rakyat Malaysia perlu ‘muka tebal’ bincang isu agama

[Copy link]
Post time 24-9-2014 11:13 AM | Show all posts |Read mode
Rakyat Malaysia perlu ‘muka tebal’ bincang isu agama
OLEH JENNIFER GOMEZ
Published: 24 September 2014

Pengkritik menyalahkan kerajaan kerana gagal bertindak tegas terhadap kumpulan konservatif dan terus mencetuskan ketegangan termasuk keengganan menyelesaikan kontroversi kalimah Allah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 September, 2014.Seorang penceramah Rusia beragama Islam membangkitkan kebimbangannya terhadap cara golongan agama minoriti “diancam” di Malaysia apabila ia membuka lebih banyak penentangan dalam negara.
Koordinator polisi badan bukan kerajaan (NGO) Islamic Renaissance Front (IRF), Julia Sveshnikova (gambar) berkata, interaksi antara-agama berada di bawah ancaman kerana minda orang ramai ditanam untuk kurang menghormati mereka yang berbeza dengan mereka.
“Itu sebabnya ia memberikan loceng amaran apabila golongan agama minoriti terancam di mata agama majoriti, contohnya, sikap seperti itu menyebabkan penentangan terhadap masyarakat Syiah di Malaysia,” katanya di forum awam persidangan penyatuan antara agama CCM di Petaling Jaya.

Sveshnikova merujuk kepada sejarah Yahudi di bawah rejim Nazi yang menanam minda rakyat sehingga menghakis nilai positif manusia terhadap “orang lain”. Apabila rakyat menerima pandangan itu, ia kelihatan cukup untuk membiarkan pembunuhan beramai-ramai orang Yahudi.
“Ia adalah contoh yang sangat ekstrem tetapi kami bimbang amalan seperti ini tidak patut berlaku di tempat lain,” katanya yang berpangkalan di Malaysia untuk mengkaji politik Islam.
Katanya, di kalangan mahasiswa sendiri nampaknya mereka ragu-ragu untuk meluahkan apa sebenarnya yang mereka rasa, terutama sekali apabila pandangan itu berbeza daripada pendirian rasmi.
Beliau berkata, lebih membimbangkan ialah “pihak berkuasa agama” digunakan untuk menafikan hak warganegara terhadap asas hubungan agama.
“Kadang-kala bukan Islam misalnya dinasihatkan tidak bercakap menentang ketidakadilan berdasarkan kepada mereka tidak layak menilai perkara berkaitan Islam, walaupun mereka mahir dalam keadaan tertentu,” katanya.
Beliau berkata, kerajaan mengambil pendekatan dual track – menganjurkan konsep bersederhana dalam beragama di satu pihak tetapi secara tidak aktif menghalang kumpulan ekstremis berhaluan kanan di pihak lain.
Katanya, salah satu usaha IRF ialah cuba membawa negara ini daripada paradigma berdasarkan kaum kepada paradigma hak asasi manusia dengan tumpuan diberikan kepada perkara berkaitan kerohanian.
“Tetapi melihat kepada masalah yang kompleks antara agama dan kaum di Malaysia, memang selalunya ada cabaran kepada penyokong perubahan itu untuk dilabel sebagai tidak taat prinsip dan kepercayaan Islam.
“Kelihatan seperti ada pendekatan ‘telinga nipis’ yang tidak boleh menerima kritikan untuk membincangkan isu kaum dan agama, apabila tiba saat seseorang rasa menyampah atau tersinggung, perbincangan itu terpaksa dihentikan dan undang-undang digunakan,” katanya.
Sveshnikova berkata di sebalik cabaran itu, IRF komited mempromosikan penyatuan dan memupuk keharmonian dan secara berterusan mengadakan kerjasama dengan golongan muda untuk menyebarkan perlindungan dan tidak mendiskriminasi komuniti minoriti.
Persidangan tiga hari di Petaling Jaya itu adalah landasan di mana kumpulan Kristian dan Islam bergabung untuk berbincang cara menganjurkan dialog antara agama dalam negara.
Masyarakat pelbagai kaum di Malaysia sejak beberapa tahun terakhir ini melihat peningkatan tahap tidak toleransi agama yang ditunjukkan kedua-dua pihak dan ini termasuk rakyat biasa serta ahli politik tertentu.
Pengkritik menyalahkan kerajaan kerana gagal bertindak tegas terhadap kumpulan konservatif dan terus mencetuskan ketegangan termasuk keengganan menyelesaikan kontroversi kalimah Allah. – 24 September, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.c ... thash.CGZvwVxS.dpuf
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2022 06:11 PM | Show all posts

Hmmm...

[AceHand SPECTaceLAR]

Bukang perlu muka tebal... Perlu ilmu cukop...


Jizzz... Klong! Klong!

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 11:41 PM GMT+8 , Processed in 0.442486 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list