CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6892|Reply: 10

20 Cara Jimat Duit

[Copy link]
Post time 9-11-2014 07:51 PM | Show all posts |Read mode
Edited by AceHand at 1-6-2022 07:40 PM

Semua orang mahukan duit lebih setiap bulan tak kiralah dengan cara apa pun termasuklah dengan buat side income ataupun jimat duit dengan membuat perancangan perbelanjaan berdasarkan kemampuan masing-masing. Sehubungan itu bagi memenuhi hasrat maka saya akan berikan beberapa tips dan 20 cara untuk jimatkan duit anda    dengan lebih mudah dan senang di samping memperolehi duit poket ‘lebih’ yang dapat menguntungkan anda.

1. Beli barang pada harga borong/pukal    Beli barang secara pukal atau pada harga borong di Mydin, Carrefour,    Tesco, Econsave, Giant atau memana pasaraya bagi produk-produk    seperti tisu, pampers, alat tulis, makanan sejuk beku atau dalam tin dan    sebagainya dengan lebih murah.    Malah di Tesco anda boleh dapat Club Card percuma yang mana boleh    kumpul point yang boleh dapat voucher percuma. Lagi banyak anda beli    dengan club card lagi banyak penjimatan.    Kalo beli di kedai runcit biasa memang boleh tapi rugilah sbb tak    dapat nak jimat lebih sikit berbanding di pasaraya besar yang memang    menyediakan banyak manfaat. Jadilah pengguna yang bijak !

2. Beli barangan second hand @ lelong murah    Contohnya seperti beli buku second hand di paylessbook dekat    Carrefour Subang Jaya atau memana tempat yang harganya kurang dari    separuh. Saya pernah beli majalah luar negara dengan harga yang jauh    lebih murah, isi kandungannya lebih penting walaupun dah second hand    tapi ia tetap mendatangkan pulangan yang lebih baik. Namun begitu anda    juga boleh beli di mana-mana web lelong yang menawarkan jualan buku    second hand termasuklah di www.lelong.com.my    Lain-lain barang lelong juga boleh dipertimbangkan, misalnya kerusi,    meja atau barangan bukan elektrik. Kalo mcm laptop, pda, phone tu    boleh cuba asalkan masih ada warranty dan kualiti masih ok. Memang    banyak kelemahan kalo beli barangan elektronik second hand but kene    berhati-hati dan teliti.   

3. Musim Promosi & Megasale    Biasanya di Malaysia ada MegaSale, so pada waktu tersebut banyak    tawaran yang cukup murah seperti pakaian di Sogo, Kamdar etc.. Anda    boleh ambil kesempatan ni beli pakaian atau barangan pada musim    promosi yang mana pada waktu lain mungkin harganya dua kali ganda.    Saya pernah beli satu set meja tulis dan kabinet yang mana harganya kini    sudah meningkat 2 kali ganda selepas tamat tempoh bulan kemerdekaan    Malaysia. Ia cukup berbaloi kerana kualiti bagus harga pula jauh lebih    murah pada waktu promosi.
                    
4. Manfaatkan kelebihan iTalk & MyMode    Bagi mereka yang guna handphone boleh jimatkan duit dengan gunakan    iTalk. Harga dia jauh lebih murah berbanding caj yang dikenakan telco    lain sama ada panggilan di dalam atau luar negara. Dan boleh digunakan    pada sebarang talian sama ada handphone ke handphone atau seba-    liknya.    Bagi mereka yang nak wat bisnes part time di samping jimat duit prepaid    boleh juga try Bisnes MyMode. Jika anda student IPT atau kolej ia boleh    menjadikan anda kedai topup bergerak yang paling efisien. Malah anda    boleh beli pakej italk dengan guna sistem mudah sms MyMode berbila    masa saja tanpa susah payah jumpa tokei kedai.    MyMode satu-satunya company jual topup yang dapat menyakinkan    pihak Maybank utk meletakkan fungsi beli point mymode di ATM Maybank    seluruh Malaysia. Ini satu kelebihan yang cukup istimewa bagi mereka.   

5. Kitar Semula / Recycle    Bagi mereka yang ada banyak koleksi paper atau majalah lama, botol,    kaca, dan aluminum boleh kitar semula di pusat kitar semula yang telah    disediakan di setiap negeri.    Sila rujuk web kitar semula untuk lebih lanjut, ia membolehkan anda    dapat wang poket lebih di samping menjaga persekitaran yang lebih    bersih.

6. Gunakan banyak Member/Privillege Card    Member card ni lebih kurang macam bonus link, real rewards, jusco card    dan sebagainyalah kerana ia ada kemudahan point yang boleh ditukar-    kan hadiah di samping ada harga rendah bagi ahli apabila ia ditawarkan    pada waktu-waktu tertentu.    Jika anda selalu isi minyak petrol di Shell boleh guna Bonus Link untuk    dapatkan point, begitu juga di Petronas dan Carrefour boleh gunakan    kad Real Rewards untuk kumpul point lebih banyak bagi menukarkannya    dengan hadiah yang sesuai. Jadi ia taklah rugi sangat kerana kita akan    dapat sumthing yang ada nilai.   

7. Beriadah di tempat awam    Kalo bagi mereka yang selalu ke gym dan jadi ahli dengan membayar    beberapa ratus ringgit sebulan, better boleh jimatkan duit anda dengan    berjogging sendiri di tempat² reakreasi awam, boleh juga bersenam    dalam rumah dengan bersihkan keseluruhan rumah, susun atur semula    kedudukan, ataupu buat latih tubi di beranda rumah, di tempat reakreasi    pun boleh juga sebab semua fasiliti sudah ada cuma kene bijak gunakan-    nya saja.    Di samping beriadah dan bersenam kita jaga kesihatan dan kurangkan    risiko kena penyakit. Saya selalu jogging di tasik perdana di hujung ming-    gu, di samping dapat tengok alam yang indah dan tenang kita juga boleh    menambah senarai rakan baru dengan bersosial dengan lebih ramai org    baru semasa berjogging atau bersenam di tempat awam.

8. Kurangkan hiburan banyakkan bacaan    Nak berhibur tak salah, tapi biarlah kena pada tempatnya. Misalnya nak    tengok wayang, konsert artis barat, clubbing dan sebagainya better tak    perlulah keterlaluan sangat.    Duit tengok wayang tu lebih baik simpan untuk beli bahan bacaan yang    bermanfaat seperti majalah ilmiah atau novel yang bermotivasi dan ber-    inspirasi. Tak pun beli ebook berinformasi yang boleh menjadikan anda    kaya. Di sini ada offer kalo nak ebook jutawan percuma jika anda ushar    tawaran bonus yang hebat ini.   

9. Kurangkan makan di fast food restaurant    Macam McDonalds, KFC, Pizza hut dan sebagainya kurang elok kerana    ia mengandungi pelbagai perasa, pewarna dan unsur kolestrol, lemak    berlebihan. Lagipun harga dia lebih mahal dari restoran biasa, better ran-    cang pemakanan dengan diet yang sihat di samping jimat belanja.    Begitu juga makan di kedai-kedai mamak seperti roti canai yang ban-    yak kalori dan kandungan kolestrol yang tinggi. Saya dulu selalu makan    di kedai mamak terutamanya roti canai yang guna minyak sapi. Setiap    kali breakfast mesti makan roti canai dan kesannya dalam masa 9 bulan    kolestrol didapati tinggi di dalam badan.    Sehubungan itu better berhati-hatilah dengan tempat makan di luar    rumah. Kebanyakan hidangan makanan di luar banyak tertumpu kepada perasa dan perisa tambahan, ini tidak bagus untuk kesihatan kita.                    

10. Masak & Makan di rumah    Ini salah satu cara nak jimat duit, kalo teh kat luar sana dekat    RM1.00 manakala kalo buat sendiri kat umah tak sampai 40 sen pun    segelas. Begitu juga nasi, lauk dan lain-lain makanan/minuman yang    boleh dijimatkan dengan adanya satu sistem yang tersusun di rumah.

11. Rancang perjalanan & jimat petrol    Sekarang ni petrol dah mahal, so kenalah bijak dalam menggunak-    an kenderaan terutamanya kereta. Bagi mereka yang gunakan bas    perkhidmatan awam mmg boleh jimat kalo hendak nak ke mana-mana    sekalipun. So better buat perancangan teliti, kalo kuar rumah ke tempat    kerja tak perlu berulang alik banyak kali dalam sehari. Misalnya nak beli    keperluan rumah selepas waktu kerja sebelum balik rumah. Singgah dulu    ke pasaraya memana.    Jika kuar ujung minggu, selesaikan urusan dalam masa satu hari kalo    sempat. Manakala hari lain anda boleh basuh kereta dan periksa tayar    bagi cukup angin dan segala berkaitan enjin kereta atau motor supaya    boleh berjalan dengan baik. Elakkan letak barangan berat dalam kereta    setiap hari, sebabnya setiap 10kg ada effect dalam penggunaan petrol    yang lebih banyak.

12. Semak bil utiliti bulanan anda    Ini satu kaedah yang lebih praktikal. So kumpulkan bil² utiliti anda seperti bil    elektrik, telefon, internet, air, astro dan apa² langganan bulanan. Ini semua    untuk semakan dan penilaian semula sama ada ia berbaloi atau sebaliknya.    Kalo rasa astro atau langganan majalah URTV boleh dihapuskan, bet-    ter buatlah begitu. Ini kerana hiburan semacam itu kita boleh hidup wa-    lau tanpa kewujudannya. Semaklah bil anda elok² kalo ada bil tinggi    sebab penggunaan yang tidak teratur kenalah reorganize semula.    Misalnya         bil          telefon   atau     fax    tinggi,    eloklah     cakap    atau      guna         bila     perlu   sahaja    tak   perlulah    nak      bergayut    lelama.   

13. Jimat letrik & air    Ini saranan berikutan semakan bil utitliti setiap bulan. Kalo nak    jimat letrik lebih banyak better berjaga-jaga dengan alat² pemanas    seperti seterika atau cerek yang guna letrik banyak. Mcm seterika    ni eloklah ‘iron’ semua baju kerja atau pakaian rasmi di hujung min-    ggu. Tak perlu kalut nak seterika di awal pagi kerja. Dengan penggu-    naan sekaligus ia lebih jimat masa dan penggunaan letrik setiap hari.    Begitu juga dengan aircond, kalo nak bagi sejuk kena pastikan    kawasan bilik tu dalam keadaan tertutup. Kalo tak peralatan aircond    akan guna letrik lebih tinggi untuk bagi menyejukkan bilik yang terbuka. Kalo tak pakai aircond pun bagus juga, guna kipas saja lebih jimat bil    letrik lebih banyak.    Tutup suis plug tv, radio, monitor pc kalo tak digunakan. Monitor CRT    lebih banyak makan letrik dari LCD. So kalo guna laptop atau lcd monitor    juga boleh jimatkan penggunaan tenaga.    Penggunaan air kenalah kena pada tempatnya. Tak perlulah basuh lantai    atau keseluruhan rumah setiap hari. Cukuplah hujung minggu anda buat    kerja rumah sekaligus. Tambah lagi eksesais bagi senaman badan yang    menyihatkan. Tapi kalo kotor kenelah bersihkan rumah seeloknya. Yang    penting jangan membazir untuk mengelakkan bil letrik atau air tinggi.   

14. Kelebihan PruBSN Takaful Medical Card    Sebagai langkah berjaga-jaga, anda boleh pertimbangkan takaful atau    insurans untuk dapatkan kemudahan pampasan sekiranya berlaku    kemalangan, sakit atau yang boleh memudaratkan diri. Contohnya    saya dapatkan PruBSN Takaful Medical Card yang boleh digunakan    banyak di hospital seluruh Malaysia termasuk tip top medical center    seperti Gleneagles Hospital, Ampang Putri, Damansara Specialist    Center dan sebagainya.    Dengan hanya memperuntukkan sebanyak R100 atau RM150 sebulan    anda mendapat pampasan sebanyak RM24,000 hingga RM150,000    sekiranya berlaku kemalangan atau sebarang kejadian yang tak dingini.    Ia sebenarnya suatu nilai yang jauh lebih menguntungkan ! Jika anda mengambil juga plan Takaful Saver ini bermakna anda mendapat    peluang pelaburan yang boleh di’cash’kan pada tahun yang ke-7 … Di    samping menyimpan turut mendapat perlindungan. Ini satu peluang yang    lebih nilai untuk wang anda !   

15. Tukarkan ‘garbage’ kepada ‘money’    Jika anda ada peralatan atau barangan yang dah tak guna    boleh lelong atau jualnya di memana online auction. Contohnya    macam saya dah dapat digicam baru dan ingin sedekah menjual    sebuah digicam lama yang masih boleh berfungsi dengan harga    starting bid price RM5.00 (x termasuk delivery) di lelong.com.my ..    Beberapa hari berikutnya ia akan menjadi lebih tinggi nilai sehingga    mencecah RM100.00.. Ini kebaikannya, daripada beri begitu saha-    ja eloklah kita buat lelong terbuka di samping dapat duit lebih. Ia tak    merugikan malah menguntungkan lagi.

16. Guna Kad Kredit dengan Bijak    Boleh juga jimatkan duit dengan guna kredit kad jika anda membayarnya    tepat pada masa. Jika terlebih masa sure akan dikenakan interest    tetapi jika anda bijak gunanya akan dapat point malah maybe memenan-    gi peraduan yang ditawarkan.Contohnya guna kad kredit Islam Ambank    at-Taslif yang menawarkan 1 point bagi setiap RM1.00 yang dibelanjakan.

17. Beli domain & hosting masa promosi    Masa saya menulis ebook ini promosi masih berlangsung di    www.cgyhost.net iaitu salah satu provider yang sedang meningkat    naik di Malaysia.    Bayangkan domain harga serendah RM25 masa promosi yang    mana anda diberi domain panel untuk point kepada memana    hosting server yang telah anda pilih. Anda juga boleh beli di namecheap.    com dengan search namecheap coupon untuk mendapatkan kupon    harga terendah.   

18. Dial Up vs Streamyx    Bagi anda yang selalu online dan sentiasa gunakan Internet maka pilihan    terbaik adalah guna Streamyx berbanding dial up. Jika anda terpaksa    membayar beratus ringgit sebulan untuk akses Internet, eloklah fikirkan    pakej Streamyx RM77 sebulan dengan akses 24 jam tanpa henti.    Ia jauh lebih menjimatkan dan menguntungkan jika buat Ebiz part time.    Malah boleh dapatkan pelbagai free stuff yang ada di RahsiaEbiz,    TotallyFreebie , SassySue.Com dan banyak lagi...

19. Bayar Bil Online    Salah satu cara jimat duit, tenaga dan masa dengan lebih praktikal.    Anda boleh cuba bayar bil letrik, air, streamyx, telefon semuanya dengan    melalui internet sama ada guna Maybank2u, Ambank Online, Bank    Islam.Biz dan lain-lain perbankan Internet. So kat sini tak perlulah nak    kuar gi beratur kat kaunter, bazirkan duit minyak dan parking kereta.

20. Berhenti Merokok    Bagi mereka yang merokok boleh pertimbangkan untuk berhenti. Ini    kerana perbuatan merokok adalah suatu yang merugikan duit dan    kesihatan. Walaupun ‘sedap’ dan ‘ketagih’ dengan rokok ia bukanlah satu    tabiat yang baik kerana boleh memudaratkan diri dan juga orang lain.    Jika anda berhenti merokok bermakna dengan duit rokok setiap bulan    dalam lingkungan 1 kotak sehari bersamaan RM150 purata sebulan .. ini    bermakna kalo setahun jadi RM1800. Itu dah boleh buat melancong tu ke    memana-mana pulau percutian di Malaysia. So fikirlah yang mana paling    terbaik untuk diri anda.

Kesimpulan    Hakikatnya ada banyak lagi cara untuk jimatkan duit anda daripada    dibazirkan begitu sahaja. Ia bertitik tolak daripada kesedaran dan    perancangan kewangan yang teliti.    Walau apapun, rancanglah perbelanjaan anda dengan rasional. Teliti    setiap aliran masuk dan keluar, adakah ia menepati bajet dan keperluan    kita setiap hari ?    Pastikan anda menyimpan ‘savings‘ sekurang-kurangnya 10% daripada    jumlah pendapatan anda sebulan di dalam memana tempat pelaburan    islamik yang menguntungkan.    Jika anda mengalami masalah defisit atau hutang, ini bermakna perlukan    penyelesaian yang lebih ketat supaya dapat menyelesaikan hutang anda    dengan lebih tersusun    Jangan lupa untuk memberi zakat dan bersedekah amal jariah    kerana ia adalah salah satu rahsia tersimpan di mana Allah swt akan    melipatgandakan rezeki bagi mereka yang menginfaqkan harta mereka    ke jalan fisabilillah.    Dengan ini semoga diharapkan semua tips-tips ini akan memudahkan    anda merancang kewangan dengan lebih baik seterusnya memberi masa    depan yang lebih berjaya. Sekian wassalam . Panduan Lain Boleh baca disini
Last edited by pfiza on 10-11-2014 09:55 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2022 08:01 PM | Show all posts

Oh!

[AceHand SPECTaceLAR]

Tak payah membeli... Lagi jimat duit...


Jizzz... Klong! Klong!

Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2022 08:46 AM | Show all posts
AceHand replied at 5-4-2022 08:01 PM
[AceHand SPECTaceLAR]

Tak payah membeli... Lagi jimat duit...

Kan..
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2022 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Beli kt lazada dpt diskaun kutip voucher
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2022 05:00 PM | Show all posts
The best way to save money is to live on a budget. For me, it works best.
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2023 10:28 PM | Show all posts
Cook at home: Eating out can be expensive, so try cooking meals at home to save money on food.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-2-2023 10:47 PM | Show all posts
Use coupons and discounts: Look for coupons and discounts when shopping to save money on everyday purchases.
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2023 11:00 PM | Show all posts
Shop secondhand: Consider buying secondhand items instead of new to save money on big-ticket items like clothing, furniture, and electronics.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2023 12:00 AM | Show all posts
Set up automatic savings: Set up an automatic savings plan to save money each month without even thinking about it.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2023 12:42 PM | Show all posts
Look for free or low-cost entertainment: Find free or low-cost activities to do in your community, such as visiting a park or museum.
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2023 11:50 PM | Show all posts
Shazm replied at 20-6-2022 09:02 PM
Beli kt lazada dpt diskaun kutip voucher

[AceHand SPECTaceLAR]

Lagi untong dari Shopee...?


Jizzz... Klong! Klong!

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 11:39 PM GMT+8 , Processed in 0.458696 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list