CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tongkatali

Penyelewengan sejarah Kelantan

[Copy link]
Post time 3-3-2012 07:36 PM | Show all posts
baru tau asal kelantan ni...huhuhu nama je org n duk kelate tapi xtau sgt pasal sejarah negari sdri ni...huhuhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2012 07:06 AM | Show all posts
o.o sedaro kawe sapo? hihi
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2012 01:24 PM | Show all posts
ado sapo2 tahu salasilah Cik/Sri Banun, Adik Bradik Puteri Saadong, Tok Hawa?
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2012 01:29 PM | Show all posts
sinbad^boy posted on 6-4-2004 10:03 PM
aikkk org kelantan no komen...anyway that's very good info...if i'm not mistaken u ada kata yg depa  ...

aq tak bangga pun keturunan raja kalau keturnan para sahabat. atau ulamak. atau nabi boleh juga aq banggakan ada rezeki boleh jd baik cm moyang aq kalau jd sultan tp perangai cm lanun aq pn tak nak, malu seyh nak ngaku moyang
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2012 11:12 PM | Show all posts
Alhamdulillah..akhirnya, penamat Bab 1 pencarian moyang koi Tengku Salleh


Assalamualaikum kaum keluarga dan rodonc-rodonc..



Segalanya telah tersingkap malam Rabu 26 Safar 1434 Hijrah baru ni.


Sewaktu koi sedang sibuk melayan kesibukan kerja di Lembah Tengah, Kuala Lumpur, sampai SMS dari maksu.


Maksu koi Izwan Azura @ Siti Hajar binti Mat Daie telah menemui dokumen surat sumpah tokwan koi sewaktu kehilangan kad pengenalan.


Tercatat nama Salleh bin Abdullah sebagai bapa beliau.
Dan Aishah binti Mohamad sebagai ibu beliau.


Jadi sahlah Tengku Salleh ialah anak Tengku Abdullah Lebar bin Tengku Muhammad Saad.

Selama ini datuk koi Tengku Daie disebut sebagai anak saudara Tengku Abdul Hamid bin Tengku Abdullah Lebar tapi kami tak pasti dari sebelah emak atau ayah.

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar!
Terlepas beban besar koi selama ini.

Cuma datuk koi memang bertekad agaknya menggugurkan gelaran Tengku dari nama beliau dan seluruh keturunan.

Salleh bin Abdullah sahaja diletakkannya

Namun koi percaya beliau ada sebab tersendiri, mungkin malu kerana kemiskinan, mungkin khuatir buruan puaka Siam.

Di tahun-tahun akhir hayatnya beliau berusaha memberikan salasilah dirinya, namun dijadikan bahan lawak anak-cucu.

Mujurlah keluarga Tengku Abdul Hamid masih menggunakan gelaran Tengku dan Ku.

Kalau tidak kisah koi ini tak ubah seperti cerita kedai kopi, tiada hakim tiada saksi kuikui
Keluarga Ku Abdul Hakim bin Tengku Abdul Hamid di Bukit Bertam, Selama, Perak (tempat lahir koi), seberang Pekan Mahang, Kulim, Kedah masih dengan gelaran Ku. Pernah menggugurkan gelaran Tengku tetapi pantas mengambil semula, menyebabkan menjadi Ku.


Koi, Tengku Samad dan Ku Abdul Hakim bin Tengku Abdul Hamid bin Tengku Abdullah Lebar pada tahun 2009


Keluarga daripada isteri kedua Tengku Abdul Hamid pula menggunakan Tengku.

Sebagai contoh Tengku Ablah@Abdullah bin Tengku Abdul Hamid yang kini menetap di Machang, Kelantan menggunakan gelaran lengkap.
Tauliah mengajar daripada Sultan Perak kepada Tengku Abdullah Lebar ada dalam simpanan beliau.
Koi sendiri menyaksikannya pada tahun 2009 atas nama Raja Lebar bin Raja Muhammad. Tiada Saad mahupun Abdullah di situ.



Tauliah kepada Raja Haji Lebar bin Raja Muhammad



Makam Tengku Abdullah Lebar ada dalam entri koi sebelum ini.




Keratan akhbar Berita Harian 2006 sewaktu makam tok moyang koi ini ditemui.


Uzair Ziad bersama saudara kami Saiful bersebelahan Makam Tengku Abdullah Lebar

Tugas seterusnya, menentukan datuk moyang koi Tengku Muhammad Saad itu anak Tengku Bagus dari Reman atau Tunku Daud atau Tunku Muhammad Akil dari Kerabat Kedah atau Tengku lain.

Yang peliknya, dahulu semua orang dalam keluarga bersetuju dan akur bahawa keluarga kami datang dari Kelantan.

Jurai Tengku Daie dan Tengku Abdul Hamid semua menyimpan cerita Kelantan yang sama.
Koi ke Machang tahun 2009 dulu pun sama. Tengku Ablah@Abdullah pun berkata keluarga kami dari Kelantan.
Atas semua sebab di ataslah koi yakin kami dari Kelantan dan mencari dari sana.
Namun begitu, koi gagal menemui punca, dan tersadung dengan pelbagai misteri yang banyak persamaan dengan moyang koi Tengku Salleh.

Koi ringkaskan fakta-fakta yang didapati dari Njang:


i) Tengku Saleh berasal dari keluarga DiRaja Kelantan dan berundur ke Kuala Muda pada penghujung 1890-an atau awal 1900-an)            
ii) Berundur selepas serangan Siam ke atas Kelantan, ditemani beberapa kaum keluarga terdekat            
iii) Ditugaskan menjaga hal-ehwal bunga emas, mungkin melencong ke Kuala Muda kerana tidak mahu menghantar bunga emas tersebut              

iv) Kembali ke Kelantan ketika Tengku Daie masih kecil (Tengku Daie lahir 1910, jika awal pun dua tiga tahun sebelum itu) dan meninggal di sana.
        
(Sumber: Haznah binti Mat Daie, berdasarkan lisan Tengku Daie pada akhir-akhir hayat beliau)

      
v) Tengku Daie memang konsisten mengatakan bapanya keluarga DiRaja dari Kelantan, pertama kali koi dengar pada malam beliau akan turun menunaikan haji pada tahun 1987.

Beliau pada ketika itu menyebutkan secara jelas salasilah beliau tetapi koi kurang ingat kerana hanya berumur 9 tahun pada ketika itu. Bapa-bapa saudara pula hanya mempersendakan cerita .

vi) Tengku Daie telah berjaya menemui kubur bapanya di Kelantan ketika satu rombongan ke Kelantan pada tahun 80-an, dalam kawasan sebuah masjid di Pasir Mas (Pasir Puteh?)

Mok sedara koi, Izwan Azura @ Siti Aisyah bt. Mat Daie (sekarang berumur 29 tahun) yang lahir ketika T. Daie berumur 74 tahun turut mengesahkan tiada keraguan mengenai asal Tengku Saleh iaitu Kelantan.            


vii) Maksu Azura turut memberitahu yang T.Daie kerap menyebut yang datuknya seorang ulama yang pernah belajar di Mekah.


Mula-mula, berdasarkan garis masa dan kelahiran Tengku Daie, Tengku Salleh ibn Sultan Ahmad Kelantan jadi kajian koi. Ini disebabkan makam beliau tidak ada di Langgar Kota Bharu. Bila bertanya kepada kerabat Long Yunus (Puteri Tengku Iskandar Dusun Green), mereka juga tidak pasti. Ada yang berkata di Narathiwat dan sebagainya.


Lihat catatan Christopher Buyers, tuan punya laman Royalark.net:

(Sila klik di bawah)
3) Y.B.M. Tengku Long Muhammad Salleh ibni al-Marhum Sultan Ahmad [Tuan Leh], Tengku Temenggong (full brother of Soh) (s/o Engku Selia Raja). MSC 1900-1913. m. Engku Nanik. He d. at Kota Bharu, 30th April 1913 (bur. there at the Royal Cemetery, Langgar).

Dicatatkan dikebumikan di Langgar Kota Bharu, tapi puas koi cari, memang tak ada.

Ada cerita beliau merajuk dan membawa diri ke Pengkalan Chepa, hidup seperti orang biasa.
Kemudian, apabila terjumpa kisah Tengku Salleh ibn Long Mansor ibn Long Seri ibn Long Ghaffar, koi kembali teruja kerana kisahnya hampir sama dengan kisah di atas.

Lihat catatan Christopher Buyers:


12) Y.A.M. Tengku Sharifa binti al-Marhum Sultan Ahmad [Tengku Tengah], Tengku Kembang (d/o Nik Embong). m. Y.M. Tuan Engku Long Muhammad Salleh bin Tengku Mansur [Long Soh], Engku Selia Raja(d. after 1936), elder son of Y.M. Engku Long Mansur bin Engku Long Sri, Engku Selia Raja, of Jeram. She had issue, three sons – see above.

Tambahan pula berkait dengan kisah Tok janggut, segalanya nampak sangat sama hingga koi menerbitkan entri mengisytiharkan beliaulah moyang koi. (Sila klik link ini)


Namun selepas penemuan yang tuntas dan ada hitam putih ini, iaitu moyang koi bernama Tengku Salleh bin Tengku Abdullah Lebar ibn Tengku Muhammad Saad, koi ingin mengemukakan teori keluarga yang baru.


Teori koi ialah Tengku Muhammad Saad berasal dari Reman.  
Menurut Megat Rasyidi bin Ismail, anak Ungku Azmi binti Tengku Abdul Hamid, menetap di Sg. Kob, moyang menakan koi Tengku Abdul Hamid pernah menyebut nama Raja Lembut sebagai "adik-beradik kita jugak". (Sila klik atas nama Raja Lembut)


Gambar dipinjam dari laman Kebunketereh.com milik sahabat hamba Tongkat Ali.



Juga nama yang diberi oleh beliau sebagai keluarga kami iaitu Ku Ahmad Shukri  bin Ku Abdullah Kuala Kedah nak sama pulak macam nama Ku Sabri Ku Abdullah keturunan Tengku Muhammad Saad@As'saad Tengku Bagus.


Kenduri di rumah Ku Sabri Ku Abdullah (baju Melayu hijau) di Felda Lubuk Merbau, Sik, Kedah. Gambar ini koi pinjam dari Facebook Persatuan Kerabat DiRaja Kedah (PKDK). Berkaca mata sedang duduk ialah Tuan Pengerusi PKDK iaitu YM Tengku Zainol Rashid bin Tengku Yahaya.


Ku Taha yang pernah datang mencari Tengku A. Hamid di Mahang, kemudian dibawa ke Sedim (rumah isteri kedua) pula menurut Nik Ya Omar ialah kerabat Tengku Bagus juga.

[img]http://donlaurel.blogspot.com/2013/01/%3C!--[endif]--%3E%3C/span%3E%3Cfont%20color=[/img][img]http://donlaurel.blogspot.com/2013/01/%3Co:p%3E%3C/o:p%3Ehttp://4.bp.blogspot.com/-bUdCCv ... 1600/reman-1667.jpg[/img]




Kedudukan negeri-negeri Reman, Legeh, Pujud, Yala dan lain-lain.

Apa pendapat keluarga dan rodonc-rodonc semua?


Last edited by donbalon on 21-1-2013 08:53 PM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2012 11:40 PM | Show all posts

..

.. Last edited by donbalon on 21-1-2013 08:40 PM

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-1-2013 10:46 PM | Show all posts
cmf_tongkatali posted on 17-9-2010 04:16 PM
Post Last Edit by cmf_tongkatali at 18-9-2010 17:08


aminnnnnnnn
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2013 09:13 PM | Show all posts
kelate kito !
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2013 01:05 AM | Show all posts
mace en tanggo mencari kebenaran pasal mahsuri... sejarah memg sudah diselewengkan sejak adanya kedtangan puak2 penjajah... itulah azam zionis sejak dr dulu lg... tp adalah menjadi tanggungjawab kita untuk mendapatkan fakta sebenar... semga byk lgi kisah n fakta sebenar yg akan ditunjukkan... thanks tuk yg bagi info.... banggo jd anak negeri kelate...
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2014 06:45 PM | Show all posts
as salam selamat berpuasa dan berbuka..semoga bertambah iman dan amal dalam bulan yg mulia ini...tabarokallah minna
waminkum..
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2014 12:55 AM | Show all posts
ahh I dah pening doh dgn info info nih.. bulih ko sapo sapo bui summary sikik? nok tau jugok Koi tu sapo etc etc.
Ambo oghe pasir mas
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2015 03:42 PM | Show all posts
sejarah oh sejarah
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2015 09:48 AM | Show all posts
wah...baru jumpa thread sejarah kelate..
selama ni tak tahu pun sejarah kelate yg sebenar

kalau ada lagi kisah, kongsila ya..
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2015 09:50 AM | Show all posts
ipes2 replied at 12-11-2014 11:55 PM
ahh I dah pening doh dgn info info nih.. bulih ko sapo sapo bui summary sikik? nok tau jugok Koi tu  ...


apa yang saya tahu, koi tu merujuk kepada 'saya' dalam bahasa orang Temerloh, Pahang
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2015 04:16 PM | Show all posts
Ipo replied at 2-10-2015 09:50 AM
apa yang saya tahu, koi tu merujuk kepada 'saya' dalam bahasa orang Temerloh, Pahang

Ye ke Ipo ni. Orang Temerloh cakap gitu ek?
Now tengah sebok belajar buat ELISA.. huhs pening
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2015 05:19 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 2-10-2015 04:22 PM
ipes2 replied at 2-10-2015 03:16 PM
Ye ke Ipo ni. Orang Temerloh cakap gitu ek?
Now tengah sebok belajar buat ELISA.. huhs pening

ya la ipes...
diorang ni bahasakan diri sebagai koi
pernah pergi rumah kawan kat Lebak, Temerloh..tepi sungai Pahang
gitulah cara depa cakap..
koi, awok..(maksudnya aku, kau)

tapi bila pergi pasar Lebak...orang kelate yg banyak..
wah ELISA.....
dah lama tinggal test ni..dulu buat test kat telur ayam, kesan virus pada telur tu..guna teknik PCR ELISA ni

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2015 09:10 PM | Show all posts
Ipo replied at 2-10-2015 05:19 PM
ya la ipes...
diorang ni bahasakan diri sebagai koi
pernah pergi rumah kawan kat Lebak, Temerl ...

2 minggu bertungkus lumus.. harvest cells bagai.. capturing, coating, blocking, incubating standards, samples, detecting itu ini tgk tgk standards je yang showed strep-avidin... samples yg beroyan tu  ssatu pon dak! negative! huhs! nyampah sungguh
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2015 09:11 PM | Show all posts
Ipo replied at 2-10-2015 05:19 PM
ya la ipes...
diorang ni bahasakan diri sebagai koi
pernah pergi rumah kawan kat Lebak, Temerl ...

wah Ipo sure terer smua ELISA PCR flow cytometry bla bla.. jom al sambung blajar.. jap je. Nanti jadi Professor Ipo
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2015 11:24 AM | Show all posts
ipes2 replied at 2-10-2015 08:10 PM
2 minggu bertungkus lumus.. harvest cells bagai.. capturing, coating, blocking, incubating standar ...

hahhah..kan?
bila beria buat test..tapi hasilnya negatif, rasa nak pelangkung je semua alat yg diguna tuh
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2015 11:30 AM | Show all posts
Edited by Ipo at 3-10-2015 11:36 AM
ipes2 replied at 2-10-2015 08:11 PM
wah Ipo sure terer smua ELISA PCR flow cytometry bla bla.. jom al sambung blajar.. jap je. Nanti j ...

idok lerr ipes...
bab virus ni saya tak berapa gemar sebb lecturer garang giler..boleh terkucil

so, saya lebih kepada bakteria, industrial/medical microbiology gituh..lecturernya soft spoken gituh..tq Dr. Chen! (my lecturer cum advisor utk projek tesis)
tesis pun pasal antibiotic, member plak kaji pisang, buat jem..
hari2 dapt makan pisang free kat ladang di teluk intan nun..

prof madya pun tak lepas..
ni nak jadi professor?.....
untunglah ipes rajin belajar..salute la

hahah..marah nanti momod duk borak kat rumah sejarah kelate..
tapi best la..baru tahu sejarah ni..
yang saya tahu banyak dari keturunan raja jembal
termasuk arwah TGNA
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2024 01:22 AM GMT+8 , Processed in 0.079472 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list