CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Clover_Hill

[SERAM BEST] MACAM-MACAM ADA...LATEST UPDATE:22/2/16

[Copy link]
 Author| Post time 7-1-2016 09:56 AM | Show all posts
bunga_lestari replied at 7-1-2016 09:54 AM
halau saka malas tu jauh2 okehh.. syuhhhhh syuhhhh...

Dah halau dah..siap jamu air asam jawa lagi..nanak mau nyee dia...hishhh..


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2016 10:01 AM | Show all posts
Clover_Hill replied at 7-1-2016 09:56 AM
Dah halau dah..siap jamu air asam jawa lagi..nanak mau nyee dia...hishhh..

mungkin kene rileks2 dulu.. santai2 baca kisah org.. baru dtg semangat nak berkongsi citer tu..

pepon, haku tunggu taw..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2016 10:04 AM | Show all posts
bunga_lestari replied at 7-1-2016 10:01 AM
mungkin kene rileks2 dulu.. santai2 baca kisah org.. baru dtg semangat nak berkongsi citer tu.. :l ...

Pasai dok banyak bersantai dan bersidai di terid orang lah saka malas ku dok hasut.."see..baca cerita orang lagi best whatttt daripada menulis cerita sendiri.."

Walaaaaaaaa..payah payah.

Hurmm..yela..yela..selow selow lah aku merangkak ye..perabehkan mana yang ada ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2016 10:25 AM | Show all posts
Sebelum saka malas ku betul-betul kembali ke pangkal jalan, elok rasanya aku perabehkan 'hutang' cerita yang ada.heh.

Banyak lagi sebenarnya yang dok peram dalam kepala, tapi memandangkan makin banyak cerita-cerita best yang bercambah seumpama pokok kulat memekar selepas gerimis, kemalasan ku kian berganda-ganda..haha.
Further, Nak kira antara bercerita dengan membaca cerita, Melayan cerita lagi best kot!

Ok takpe. sementara rajin masih berbaki..ku coretkan kisah ini.....


TAHTAL MAUDU': An open eyes.


Ku namakan anak buahku ini, Balqis saja lah.
Sebab ramai nau yang kata muka dia ala-ala puteri balqis si pelakon cilik tuh.
Aku tengok takdela sejibun mana pun. Sipi-sipi tu adalaa..jenis muke kepek gitu..hahaha.(jahat aku)

Mek Balqis ni kami sedari dia ada kelebihan nampak benda-benda sejak usia 3 tahun lagi.
Time tu mulut dah kencang bercakap.
Clean and clear phrase dia.
Tapi tiap kali dia ralit bermain gelak-gelak, galok-galok hu ha hu ha tetiba terstop lalu mengejung di situ, itu signal
'dia' ada.
Elok-elok happy, terus diserang depression.

Bila dah lama-lama, dia seakan dah jadi biasa.
Selalu sangatlah adik aku dengar anak dia dok bersembang sengsorang main dalam bilik.
Bila ditanya sembang dengan siapa..dengan 'kawan' katanya..
Maka depression nya pun kian pudar dan dia kembali happy seperti sedia kala walau ada tikanya aksi dia menekup muka secara tetiba membuatkan mak ayahnya turut  nak menekup muka sama....

Tapi by that time kitorang lebih dok kata imaginasi seorang insan kerdil semata.
Namun bila tahun demi tahun dia membesar dan cara dia 'nampak' mendealah tu adalah konsisten, kami semua harus berlapang dada dan menerima hakikat yang dia sebenarnya ada kelebihan sixth sense ini.
Dikuatkan lagi dengan pernyataan dari bukan seorang saja perawat Islam tetapi dah ramai sangat yang mensajestkan kami supaya diubatkan anak ini agar tertutup hijabnya.
Dah kalau hijabnya tak terbuka, buat apa perlu ditutup?Tak betul?

Keadaan mula menjadi kian menjadi-jadi bila adik aku sekeluarga berpindah rumah.
Kononnya pindah rumah baru, takdela lagi mek balqis tu bercakap sorang-sorang sepertimana di rumah lama.
Bukan pindah kawasan lain pun, cuma turun tingkat saja.
Kalau sebelumnya depa tinggal di tingkat 4, now dah bermigrate ke level 1.
Duduk apartment ni kalau dapat dok level bawah sangatla memudahkan kerja.
Tak perlu nak berhangkut barang naik lift or tangga.
Walau hakikatnya menaiki tangga itu amatlah elok untuk kesihatan kita..ahaks.

Sebelum tu, rumah tu disewa oleh rakan dorang jugak.
Tak lama pun orang tu stay situ, dalam 2 bulan jer.
Tu pun menurut cerita adik aku, kawan dia tu pindah tergesa-gesa.
Dua minggu sebelum pindah, kawan tu datang jumpa suami adik dan tanyakan kot-kot dorang nak rumah tu.
Sebab dorang kasik short notice kat landlord, jadinya sebagai 'hukuman' dorang kena usaha cari penyewa baru.

Dah adik aku sekeluarga pindah masuk situ baru kawan dia betul-betul story apa punca dorang terpaksa buat keputusan drastik keluar dari rumah.
Sepertimana tipikalnya cerita drama akasia tv3, biasalah...rumah tu ada something wrong.
Dorang tak tahan, so dorang keluar.

Adik aku ni pulak, penat berhangkut barang pun tak kebah lagi, lagi mau fikir pasal nak pindah lagi semata kerana rumah
tu ada 'something'?
Idok lerrrrr gamoknye.

Berbekalkan tawakkal tu 'allallah, mereka laki bini sepakat untuk terus stay kat rumah tu.
We wait and see, konsepnya.

Seminggu pertama alhamdulillah aman damai sejahtera mereka sekeluarga.
Mungkin rumah tu pun baru selesai di'tahnik' kan dengan bacaan yaasin dan solat hajat bagai, maka 'tuan' kiv dulu aktiviti normalnya.

Masuk minggu kedua segalanya bermula.......


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2016 10:58 AM | Show all posts
Sesi orientasi dimulakan dengan bunyi-bunyian tapak kaki berjalan-jalan di ruang tamu setiap jam 3 pagi.
Hampir setiap hari, konsisten.
Adik aku ni pula bersuamikan seorang anggota gerak-gerak khas, maka tinggallah dia dan anak-anak yang seramai 3 ketul kecik-kecik tatkala si suami on duty petang ke pagi esoknya.
Si balqis ni anak no dua dan sebaya dengan awe.
Manakala kakak dia baru darjah 3 dan si adik baru 2 tahun.
So obviously, tiada siapa nak disandarkan harapan bilamana adik ipar aku keluar bertugas waktu malam jika berlaku sebarang aktiviti ganjil di dalam rumah itu.

Again, tawakkal tu 'alallah kuncinya.

Di permulaan kedengaran tapak kaki berderap di lantai tikar getah, adik aku akan bangun tengok.
Mana la tahu kot-kot suaminya yang balik.
Namun seringnya dia akan kembali ke katil dengan rasa yang hampa kerana tiadalah sesiapa kenampakan di situ walau bunyi tapak kaki itu amat jelas kedengaran.

Keadaan yang sama turut dirasai oleh adik ipar aku kalau dia balik tengah malam.
Selalunya dia hanya akan landing di sofa luar saja dan tak masuk tidur di dalam bilik.
Tak mahu ganggu lena isteri, katanya.
Dan setiap kali dia berbaring di situ, setiap kali itulah jua dia akan terasa kelibat orang lalu lalang seolah keluar masuk bilik dan pergi ke dapur.
Bila diperiksa, tiada sesiapa.
Anak dan isteri pun lena saja beradu dalam bilik masing-masing.
Bila mau saja lena, tetiba muka rasa seperti dihembus kuat, membuatkan dia terus terloncat bangun.
Lagi membengangkan, tiada sesiapa pun di situ yang boleh dibuat bahan punchbag sebagai balasan mengganggu gugat ketenteraman tidur orang...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2016 11:43 AM | Show all posts
Bilamana episod gangguan lite-lite seakan tak menjejaskan apa-apa pada laki-bini itu, si balqis ni pula kemudian menjadi next target.
Mungkin dengan kelebihan yang dia ada memberi advantage kepada si mendealah itu untuk expose dirinya...

Suatu malam, hari sudah pun melewati jam 1 pagi, anak-anak buah aku ni dikerah tidur oleh mak depa.
Budak-budak ni dah terbiasa sangat tidur lambat.
Pukul 11-12 malam tu masih awal katanya mereka..
Kot anak-anak aku memang tak penah jejak ler pukul 1 pagi baru nak tidur.
Tepat jam 10 malam semua mesti padamkan lampu.

Sejam berlalu...suasana aman dan sunyi.
Empat beranak seakan lena walau tidur berhimpit-himpit di atas katil.
Mungkin dah terbiasa, asal suami takde adik aku akan heret anak-anak dia tidur sekali reramai.

Masuk jam kedua...iaitu pukul 3.....

Adik aku entah kenapa tergerak hati nak meraba anak di sebelah.
Dalam kesamaran cahaya lampu luar, yang kelihatan hanya anak sulung dan si kecik tu saja.
Adik aku terus berdebar bila menyedari si balqis tiada bersamanya di pembaringan.

Meluru dia keluar ke ruang tamu.
Tiada sesiapa di situ.
Kemudian matanya tertancap ke sekujur tubuh sedang berdiri mengadap ke arah peti ais dapur.
Dalam keadaan membelakangkan dia, adik aku terus berlari dan memeluk tubuh itu dari belakang.

"Adik..adik buat apa kat sini..??Kenapa adik bangun..??" tanya adik aku bertubi-tubi.
Untuk pengetahuan, si balqis ni walaupun sudah beradik, tapi panggilan 'adik' padanya masih kekal padu gitu.
Aku pun tak tahu kenapa tak dipanggilnya 'kak ngah' ke or 'kakak' saja.
Agaknya panggilan adik itu lagi serasi untuk dia lalu menyukarkan lidah untuk mengubah, wallahu'alam.

Bila diseru-seru nama tapi budak tu tetap kekal keras sejuk di situ, adik aku berlari ke dapur dan ambil segelas air untuk disapu ke muka si anak.
Terkena saja air di muka, balqis seakan baru tersedar.
Bila adik aku tanya lagi buat apa kat situ..si balqis tak berkata apa..tapi tangannya terus naik dan menunjuk ke arah peti ais itu.

Seakan terpukau, adik aku pun turut sama berpaling ke arah yang ditunjuk oleh anaknya...

"Allahu akhbar!!" terjerit adik aku di situ.

Aku yang mendengar adik aku bercerita tu pun sama naik berallahu akbar jugak. Sementelah sesi sharing is caring itu berlangsung jam 1 pagi membuatkan aku sama naik seram masa dia mai bermalam-malaman di rumah aku bulan lepas

"Mu nampak gapo..??" tanya aku tak sabar.

"Tak tahula natang ape kat peti tu tapi nampak benda itam besarrrr molek dok bertenggek atas peti tuh"

Tak tunggu lama, terus adik aku heret anak dia masuk bilik dan kunci pintu rapat-rapat.

"Apa mu ingat dengan kunci pintu natang tu takleh resap masuk dalam bilik ko..?" dalam ketakutan dan lagi aku mengusik dia

Dalam gigil gigil penuh keketaran adik aku dan si balqis erat berpelukan.
Dari bawah pintu seakan nampak bayang-bayang gi mari gi mari di situ seakan nak masuk bilik tapi tak boleh.
Maybe berkat doa-doa dan ayat-ayat yang dibaca oleh adik aku walaupun aku yakin tahap ketaburan ayat itu macam mana..

Beberapa saat kemudian, danggggggggggggggggggggg bunyi pintu bilik kedua dihempas.
Bilik ni setentang dengan bilik master yang adik dan anak-anak buah aku tidur.
Lagi kecut perut dua beranak tu.
Lagi mengecutkan saraf bila si balqis terus buka cerita dan dan tu juga..

"Ma..tadi masa tido, ggotu (kata nama bagi ggotu dalam bahasa standardnya adalah 'benda itu') cuit adik. Dia ajak adik gi dapur. Adik ingat tu ma..sebab muka dia srupo muko ma. Tapi dia pakai baju biru. Rambut panjang.."

Langsung nak pengsan adik aku.

Itu antara kejadian paling hardcore lah yang berlaku dalam rumah tu.
Ada lagi yang adik aku cerita tapi cukuplah dulu kot.
Malas aku nak karang pepanjang....

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-1-2016 12:29 PM | Show all posts
Clover_Hill replied at 7-1-2016 11:43 AM
Bilamana episod gangguan lite-lite seakan tak menjejaskan apa-apa pada laki-bini itu, si balqis ni p ...

adehhh.. seramnya.. dalam kesejukan ekon kat opis ni bertambah sejuk aku dibuatnya dengan keseraman citer nihh...



sambung lagi laa ni yek.. caiyok2 qarinku..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2016 12:41 PM | Show all posts
bunga_lestari replied at 7-1-2016 12:29 PM
adehhh.. seramnya.. dalam kesejukan ekon kat opis ni bertambah sejuk aku dibuatnya dengan keserama ...

Haha..klaka sggh qarin aku nih..
jangan nanti nak pi toilet pun mnta member teman...

inshaa allah inshaa allah..mungkin aku kne baca doa allahumma inni auzubikaminal hammi wal hazan waa aauzubika minal ajzi wal kasal bebanyak..kot..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2016 12:44 PM | Show all posts
Clover_Hill replied at 7-1-2016 12:41 PM
Haha..klaka sggh qarin aku nih..
jangan nanti nak pi toilet pun mnta member teman...

hahaha.. kalau siang2 ari tghri buta ni berani lgi nak gi toilet sendiri.. kalau memalam harus berteman..

haa.. baca ayat tu banyak2 kali naa..
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2016 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Clover_Hill replied at 2-1-2016 05:46 PM
Aha ye. Thanks ingatkan nama sekolah sains tuh. Masjid tu yg bumbung dia design masjid lama2..

...

Hehe saya org situ. Mmg dh lama. Budak sekolah sains tu pun selalu berjemaah kat situ ikut jalan belakang. Mmg dulu ada jugak dgr budak2 sekolah tu cerita psl area masjid tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2016 12:56 PM | Show all posts
nescafe_ice replied at 7-1-2016 12:47 PM
Hehe saya org situ. Mmg dh lama. Budak sekolah sains tu pun selalu berjemaah kat situ ikut jalan b ...

Jadi kiranya memang betul la kawasan situ tak berapa nak comei mana ye..masjid tu xde problem apa..tapi kawasan.
mungkin dulu2 ada sejarahnya tersendiri kot area situ, ye dik?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2016 12:58 PM | Show all posts
bunga_lestari replied at 7-1-2016 12:44 PM
hahaha.. kalau siang2 ari tghri buta ni berani lgi nak gi toilet sendiri.. kalau memalam harus ber ...

Oke laa tu..keberanian masih berbaki.
kalau siang ari pun still gigih nak berteman..alamatnya memang kene jampi dah tu kasik kuat semangat...
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2016 01:46 PM | Show all posts
huhi.....tnggu ahad la br bleh bca smbungan......esok lusa cuti....
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2016 02:48 PM | Show all posts
Huiii akak, cerita ko ni memang boleh buat arkib. Tak sesia bukak thread sniri.

Sejujurnya aku baru dapat abeskan baca thread ko. Dah sebulan menangguh. Nak kasi feel pnyer pasal. Cemana ko bleh idup kak dengan pengalaman2 camni? Huhu.... Kalau aku, xtaulaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2016 02:50 PM | Show all posts
noddyFARHANA replied at 5-1-2016 10:00 PM
Baru pasan masa akak cerita pasai Jalan dari Kota kr Mersing ni. Dulu selalu travel dr JB - Mersin ...

Aku xtau ni citer seram ke, citer sedih... siannye suami dia meninggal siap ilang2 plak aku yang blum kawen ni plak feeling lebeh
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2016 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Clover_Hill replied at 7-1-2016 12:56 PM
Jadi kiranya memang betul la kawasan situ tak berapa nak comei mana ye..masjid tu xde problem apa. ...

Tak pasti pulak saya,mungkinlah. Ataupun mungkin sebab dimana mana pun ada benda ni. Kebetulan ada yg ternampak. Huhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-1-2016 05:49 PM | Show all posts
Kelipkertas replied at 8-1-2016 02:48 PM
Huiii akak, cerita ko ni memang boleh buat arkib. Tak sesia bukak thread sniri.

Sejujurn ...

Actually mmg ade ahkak kompile kan dlm 'diari' setiap kejadian yang berlaku..
Ada yang bule share, ku share kan di sini..
Mana yang tak brapa nak sesyuai untuk tatapan umum..ku just unpublished kan

Well dik..to be honest Dari kecik ahkak mmg dh terdedah dgn sihir..saka..santau...andai nak dicerita semua mmg tak dayo jari akak nk menaip doooo
But sometimes in life we just have to face it..walau jujurnya kita tak nak pun..
just follow the flow.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2016 05:51 PM | Show all posts
nescafe_ice replied at 8-1-2016 04:51 PM
Tak pasti pulak saya,mungkinlah. Ataupun mungkin sebab dimana mana pun ada benda ni. Kebetulan ada ...

Ya betul tu..bukan nak percaya sangat..but its really happened for real..to those who are 'lucky' enough..they dont want it though
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2016 07:34 PM | Show all posts
Clover_Hill replied at 8-1-2016 05:49 PM
Actually mmg ade ahkak kompile kan dlm 'diari' setiap kejadian yang berlaku..
Ada yang bule share ...

gegeh hakak compile dalam diary... kita xde masa nk compile2 gituh..
kat sini je la kita punya diari.. rasa ok, publish.. x ok.. simpan dlm pale..
cuma kalo simpan dlm pale gitu ah.. ada masanya jd blur2 gituh..
at least yg dah publish, kalo perlu nk rujuk blk.. clear.. xde blur..


notakaki:
msh xde mood nk bace.. sume tred msk tgk last post sesaje...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-1-2016 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
halimi78 replied at 9-1-2016 07:34 PM
gegeh hakak compile dalam diary...  kita xde masa nk compile2 gituh..
kat sini je la kita pu ...

Mustilaa abam limim..sbg kenang2 an..plus masa tu x kenai lagi porum apa sume ni..yang ada hanya blog saje..so dlm tu jelaa ai membubuh segala ceritera yg berlaku. Untong2 time rem memori menyusut, dah ada back up utk recall..

Alaah bkn xtau abam limim mood ke mana..den x den y den z kan?hahahaa..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2024 02:01 PM GMT+8 , Processed in 0.205441 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list