CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Buritan

BORAK KOSONG CHAT GOSIP ULASAN LUAHAN DAN BERSANTAI DI BOARD PERUBATAN VOLUME 29

   Close [Copy link]
 Author| Post time 16-1-2021 04:30 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 16-1-2021 03:53 PM
Kes baharu mencanak ni...bio le dulu, kome...

Brp pulak hari ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2021 04:30 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 16-1-2021 04:03 PM
Baru khatam benang hang....malam tak berani.baca...gelak guling2 baca

Benang apa Sarah bukak
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 05:25 PM From the mobile phone | Show all posts
keypochino replied at 16-1-2021 03:28 PM
Td lunch mkn laksam..

Masak kari ayam & kentang kakak bagi utk berbuka...terjumpa dlm freezer
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 16-1-2021 03:29 PM
Tqqqq... Sbb sudi baca

Thorbaek...tunggu siang baca...mlm takut...baca komen dulu...hihi...
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 05:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 16-1-2021 03:30 PM
Brp pulak hari ni

Belum lagi...bz masak tumis buah kulim...perabihkan...dgn nasi goreng telur utk berbuka...
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
keypochino replied at 16-1-2021 03:30 PM
Benang apa Sarah bukak

Pi bod seram nuh...hihi...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-1-2021 06:00 PM | Show all posts
seribulan replied at 16-1-2021 05:25 PM
Masak kari ayam & kentang kakak bagi utk berbuka...terjumpa dlm freezer

dah siap masak ke tu? selamat berbuka...
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 06:10 PM | Show all posts
keypochino replied at 16-1-2021 05:00 PM
dah siap masak ke tu? selamat berbuka...

Yg ni x dpt noti...huhu...tqvm...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2021 06:27 PM | Show all posts

Sehingga *16 Januari 2021*, Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah *4,029 kes* *(155,095 kes)*


Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor – 1,466 (45,519)
Sabah – 449 (43,251)
WP KL- 347 (17,793)
Johor – 719 (13,010)
Negeri Sembilan – 214 (9,753)
Pulau Pinang – 120 (6,027)
Perak – 54 (4,260)
Kedah – 195 (4,173)
Pahang – 65 (2,142)
Sarawak – 69 (2,049)
Melaka – 44 (1,900)
WP Labuan – 17 (1,881)
Kelantan – 141 (1,869)
Terengganu – 80 (833)
WP Putrajaya –  35 (550)
Perlis – 14 (85)

Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts
.     .    .

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 11-1-2021 05:37 PM
Oh... construction boleh ke

4,000++ kes sudah...huhu...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2021 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 16-1-2021 06:29 PM
.     .    .

Melompattlaaaa.. cmn ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2021 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 16-1-2021 06:29 PM
.     .    .

Melompattlaaaa.. cmn ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 06:36 PM | Show all posts

Jadi gini laa kan...
1) 7 negeri PKP
2) 6 negeri PKPB
3) 1 negeri PKPP

Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 06:49 PM | Show all posts


Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan lapan (8) kes kematian COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 594 kes (0.38 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).
Ringkasan kes kematian hari ini adalah seperti berikut:
No. KematianNo. KesNegeriJantina (Warganegara)Umur (tahun)HospitalLatar Belakang
587104077SabahLelaki (WN)70Hospital Queen Elizabeth, Kota KinabaluPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan jantung
588126612SelangorLelaki (WN)59Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis
589141045PerakLelaki (WN)78Hospital Raja Permaisuri Bainun, IpohPenyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan masalah pendengaran
590142964WP Kuala LumpurLelaki (WN)72Hospital Sungai BulohPenyakit  paru-paru kronik obstruktif (COAD)
591144035PahangLelaki (WN)40Hospital BentongPenyakit kencing manis
592145939SabahLelaki (WN)62Jenazah dibawa ke Hospital Lahad Datu
593117659SabahPerempuan (BWN)45Hospital Lahad DatuPenyakit jantung
594149197SabahPerempuan (BWN)61Hospital Lahad DatuPenyakit kencing manis dan darah tinggi
*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara.
KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.
MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER
Sehingga 16 Januari 2021, terdapat sebanyak 641 kluster telah dilaporkan termasuk enam (6) kluster baharu pada hari ini. Jumlah kluster yang telah tamat pula adalah sebanyak 356 kluster, termasuk lima (5) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Impian, Kluster Utama Rini, Kluster Kuala, Kluster Malawati, dan Kluster Tapak Bina Bulatan. Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 285 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 71 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Sungai Putus (336 kes), Kluster Bukit Pasir (189 kes),dan Kluster Senai Cyber (111 kes).
KLUSTER BAHARU
KKM juga ingin memaklumkan terdapat enam (6) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:
  • KLUSTER SENAI CYBER
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-140377) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 12 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Saringan bersasar yang dijalankan di beberapa buah kilang seterusnya mendapati seramai 113 lagi individu dikesan positif COVID-19. Nama kluster merujuk kepada lokaliti beberapa buah kilang di mana penularan berlaku iaitu di Jalan Cyber 2, Senai Industrial Estate 3, Senai, Johor. Sehingga 16 Januari 2021, sejumlah 198 individu telah disaring, di mana 114 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER TEMBOK NANAS
Kluster pusat tahanan ini melibatkan daerah Pontian di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-135241) merupakan seorang tahanan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang telah dilaporkan positif COVID-19 pada 10 Januari 2021 hasil saringan sebelum dihantar pulang ke negara asal. Saringan bersasar yang dijalankan seterusnya mendapati seramai 40 lagi PATI dikesan positif COVID-19. Nama kluster merujuk kepada tempat di mana penularan berlaku iaitu di Depot Tahanan Imigresen Pekan Nanas yang terletak di Taman Emas, Pekan Nanas, Johor. Sehingga 16 Januari 2021, sejumlah 252 individu telah disaring, di mana 41 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER JALAN SEMBRONG
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kluang di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-116746) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 2 Januari 2021 hasil saringan kontak rapat. Saringan yang dijalankan di tempat kerja kes indeks seterusnya mendapati seramai 17 lagi individu dikesan positif COVID-19. Nama kluster merujuk kepada lokaliti asrama tempat tinggal kes-kes yang dilaporkan berlaku iaitu di Jalan Sembrong 3, Taman Perindustrian Sembrong, Kluang, Johor. Sehingga 16 Januari 2021, sejumlah 52 individu telah disaring, di mana 18kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER JALAN PERMATA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seremban  di Negeri Sembilan. Kes indeks bagi kluster (iaitu kes ke-127012) ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 7 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Saringan yang dijalankan ke atas kontak rapat  seterusnya mendapati seramai 60 lagi individu dikesan positif COVID-19. Nama kluster merujuk kepada lokaliti tempat kerja kebanyakan kes-kes yang dilaporkan berlaku iaitu di Jalan Permata 1/3, Arab Malaysian Industrial Park, Nilai. Sehingga 16 Januari 2021, sejumlah 414 individu telah disaring, di mana 61 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER TAMAN JUTA
Kluster ini melibatkan daerah Hilir Perak di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-133242) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 9 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana kes-kes dalam kluster ini dilaporkan berlaku iaitu di Taman Juta Intan, Perak. Sehingga 16 Januari 2021, sejumlah 48 individu telah disaring, di mana 14 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER KAMPUNG LEBU
Kluster berkaitan kenduri perkahwinan dan tahlil ini melibatkan daerah Bentong dan Kuantan di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-122732) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 5 Januari 2021 hasil saringan kontak rapat. Saringan yang telah dijalankan ke atas kontak rapat terutama ahli keluarga dan tetamu majlis seterusnya mendapati seramai 20 lagi individu dikesan positif COVID-19. Nama kluster merujuk kepada lokaliti majlis tersebut berlangsung iaitu di Kampung Lebu, Bentong. Sehingga 16 Januari 2021, sejumlah 80 individu telah disaring, di mana 21 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)
Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
16 Januari 2021 @ 6.00 petang.
LAMPIRAN 1
BILANGAN KES COVID-19
MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA
(SEHINGGA 16 JANUARI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)
NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR1,46645,519
SABAH44943,251
WP KUALA LUMPUR347 (7)17,793
JOHOR71913,010
NEGERI SEMBILAN2149,753
PULAU PINANG1206,027
PERAK544,260
KEDAH1954,173
PAHANG652,142
SARAWAK69 (1)2,049
MELAKA441,900
WP LABUAN171,881
KELANTAN 1411,869
TERENGGANU80833
WPPUTRAJAYA35550
PERLIS1485
JUMLAH KESELURUHAN4,029 (8)155,095
*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import
LAMPIRAN 2
Perincian 4,029 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 16 Januari 2021 adalah seperti berikut:
  • Selangor: 1,466 kes
    • 486 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 675 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 305 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 719 kes
    • 511 kes daripada kluster-kluster, termasuk 163 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Sembrong, Kluster Tembok Nanas, dan Kluster Senai Cyber;
    • 143 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 65 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 449 kes
    • Lapan (8) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 335 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 106 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 347 kes
    • 94 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 129 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Tujuh (7) kes import dari luar negara; dan
    • 117 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 214 kes
    • 91 kes daripada kluster-kluster, termasuk 50 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Permata;
    • 74 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 49 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 195 kes
    • 19 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 62 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 114 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 141 kes
    • 45 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 63 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 33 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 120 kes
    • 36 kes daripada daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 46 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 38 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu:  80 kes
    • 35 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 22 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 23 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: 69 kes
    • 50 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 18 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pahang: 65 kes
    • Sembilan (9) kes daripada kluster-kluster, termasuk lapan (8) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Kampung Lebu;
    • 41 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 15 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 54 kes
    • 11 kes daripada kluster-kluster, termasuk satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Taman Juta;
    • 30 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 13 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: 44 kes
    • Empat (4) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 36 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: 35 kes
    • Tiga (3) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 19 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 13 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: 17 kes
    • 12 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perlis : 14 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.

Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 06:51 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2021 06:52 PM | Show all posts

Ringkasan Status Terkini COVID-19 Di Malaysia, 16 Januari 2021
Kes sembuh=2,148
Jumlah kes sembuh=117,375 kes
Kes baharu positif=4,029 kes (4,021 tempatan, 8 import)
Jumlah positif=155,095
Kes kematian=8
Jumlah kes kematian=594 kes
Kes dirawat di ICU=205 kes
Bantuan Alat Pernafasan=79 kes
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 06:56 PM | Show all posts
Majlis Keselamatan Negara (Rasmi):
Pergerakan kes COVID-19 yang didaftarkan sepanjang tempoh 14 hari [ 3 Januari hingga 16 Januari 2021 ] mengikut mukim di daerah negeri Selangor (Tidak termasuk kes discaj dan kematian).

Pertambahan 1,466 kes baharu didaftarkan pada hari ini [1,464 tempatan, 2 Import B dan 0 luar negara. Pecahan kes baharu adalah seperti berikut:

DAERAH GOMBAK - 104

Batu 60
Saringan Bergejala 14
Saringan Bergejala (Kluster Jln Selayang) 1
Saringan Kontak Rapat  40
Saringan Pra-kemasukan wad 2
Saringan Pra-pembedahan  1
Saringan SARI  2

Hulu Kelang  11
Saringan Kontak Rapat  11

Kuang  4
Saringan Kontak Rapat  1
Saringan SARI  3

Rawang 18
Saringan Bergejala  2
Saringan Kontak Rapat  15
Saringan SARI  1

Setapak 11
Saringan Bergejala  2
Saringan Kontak Rapat  9

DAERAH HULU LANGAT - 536

Ampang  99
Saringan Bergejala  26
Saringan Kendiri 1
Saringan Kontak Rapat  64
Saringan Pekerja 5
Saringan SARI  3

Beranang 15
Saringan Bergejala 1
Saringan Kontak Rapat 13
Saringan SARI 1

Cheras  62
Saringan Bergejala 16
Saringan Kontak Rapat  39
Saringan Pekerja  7

Hulu Langat 17
Saringan Bergejala  2
Saringan Kendiri 1
Saringan Kontak Rapat  13
Saringan SARI 1

Kajang  287
Saringan Bergejala 49
Saringan Bergejala (Kluster Hentian) 3
Saringan Kontak (Kluster Hentian) 4
Saringan Kontak Rapat 191
Saringan Pekerja 36
Saringan Pra-pekerjaan  2
Saringan SARI  2

Semenyih  56
Saringan Bergejala 7
Saringan Kendiri 1
Saringan Kontak Rapat  46
Saringan Pekerja 1
Saringan SARI  1

DAERAH HULU SELANGOR - 4

Serendah 4
Saringan Bergejala 2
Saringan Kontak Rapat  2

DAERAH KLANG - 441

Kapar  370
Saringan Bergejala 3
Saringan Bergejala (Kluster Sg Putus) 1
Saringan Kontak (Kluster Sg Putus)  4
Saringan Kontak Rapat  13
Saringan Pekerja 2
Saringan Pekerja (Kluster Sg Putus)  331
Saringan Pekerja (Kluster Teratai) 16

Klang  71
Saringan Bergejala 12
Saringan Kontak (Kluster Jln Telok Gong) 1
Saringan Kontak Rapat  35
Saringan Pekerja 6
Saringan Pekerja (Kluster Jln Klinik) 2
Saringan Pekerja (Kluster Jln Telok Gong) 12
Saringan Pekerja (Kluster Persiaran Kuala) 1
Saringan Pra-penerbangan 1
Saringan SARI 1

DAERAH KUALA LANGAT - 53

Bandar  2
Saringan Kontak Rapat  2

Batu 4
Saringan Bergejala 1
Saringan Kontak Rapat  3

Jugra 3
Saringan Bergejala 2
Saringan Kontak Rapat  1

Morib 3
Saringan Bergejala 1
Saringan Kontak Rapat  2

Tanjung Dua Belas (1)  16
Saringan Berfokus (Import B) 1
Saringan Bergejala 3
Saringan Kontak Rapat  11
Saringan Pekerja 1

Tanjung Dua Belas (2)  10
Saringan Bergejala 1
Saringan Kontak Rapat  6
Saringan Pekerja  3

Telok Panglima Garang 15
Saringan Bergejala 3
Saringan Kontak Rapat 10
Saringan Pekerja 2

DAERAH KUALA SELANGOR - 29

Api-Api  5
Saringan Kontak Rapat  4
Saringan SARI 1

Bestari Jaya 6
Saringan Kontak Rapat  5
Saringan Pra-pembedahan 1

Ijok 6
Saringan Bergejala 3
Saringan Kontak Rapat  2
Saringan Pekerja 1

Jeram 6
Saringan Kontak Rapat  5
Saringan Pekerja 1

Kuala Selangor 1
Saringan SARI 1

Tanjung Karang  5
Saringan Kontak Rapat  4
Saringan SARI 1

DAERAH PETALING - 146

Bukit Raja 1
Saringan Kontak Rapat  1

Damansara 109
Saringan Bergejala 2
Saringan Kendiri 1
Saringan Kontak Rapat  2
Saringan Pekerja 1
Saringan Pekerja (Kluster Dataran Utas) 100
Saringan Pra-penerbangan (Kluster Dataran Utas) 1
Saringan SARI  2

Petaling  26
Saringan Bergejala  3
Saringan Kontak Rapat  11
Saringan SARI 12

Sungai Buloh  10
Saringan Bergejala 4
Saringan Kontak Rapat  5
Saringan SARI 1

DAERAH SABAK BERNAM - 7

Bagan Nahkoda Omar  2
Saringan Kontak Rapat  1
Saringan SARI 1

Panchang Bedena 2
Saringan Kontak (Kluster Penjara Jln Harapan) 2

Pasir Panjang 3
Saringan Kontak Rapat  2
Saringan SARI 1

DAERAH SEPANG - 146

Dengkil  94
Saringan Bergejala 13
Saringan Kendiri 1
Saringan Komuniti 1
Saringan Kontak (Kluster Lestari)  3
Saringan Kontak Rapat  60
Saringan Pekerja 10
Saringan Pekerja (Kluster TB Lebuh) 3
Saringan Pra-penerbangan  2
Saringan SARI  1

Labu  33
Saringan Berfokus (Import B) 1
Saringan Kontak Rapat  31
Saringan Pra-penerbangan 1

Sepang 19
Saringan Bergejala 2
Saringan Kendiri

gan Komuniti 1
Saringan Kontak Rapat  13
Saringan Pekerja 1
Saringan Pra-pekerjaan 1

#PutuskanRantaianJangkitan
#SihatMilikSelangor
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 16-1-2021 06:34 PM
4,000++ kes sudah...huhu...

Hari ni ke?....
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 07:03 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 16-1-2021 06:34 PM
4,000++ kes sudah...huhu...

Hari ni ke?....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2024 10:31 PM GMT+8 , Processed in 0.525582 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list