CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3202|Reply: 14

[VID] Wanita Goyang Pinggul Tepi Jalan, Pemandu Jalan Raya Kemalangan

[Copy link]
Post time 26-4-2017 02:41 PM | Show all posts |Read mode

Aksi ‘twerk’ atau tarian seksi seorang wanita yang membuat gerakan pinggul di tepi jalan memberi malang kepada pengguna jalan raya lain apabila seorang penunggang motorsikal terlibat dalam kemalangan dipercayai ‘terganggu’ dengan tariannya.

Memetik portal Mail Online, kejadian berlaku di tepi sebatang jalan di Ukraine, Rusia ketika wanita itu melakukan tarian ghairah dan menggoda, sementara rakam wanita berkenaan merakam aksi tersebut.

Video yang dimuat naik di laman sosial Youtube pada 17 April lalu menunjukkan wanita berkenaan yang hanya dikenali sebagai Masha dilihat membuat tarian ‘twerk’ dengan menonjolkan gerakan pinggul dan beberapa aksi seksi lain dan ia dirakam oleh rakannya.

Masha dilihat begitu bersemangat mempamerkan aksi tarian menggodanya di tepi jalan tanpa menghiraukan kenderaan yang melalui kawasan itu.

Kemudian, kedengaran bunyi motorsikal yang ditunggang mangsa melalui tempat Masha melakukan aksi ‘twerk’, lalu Masha dilihat semakin ‘galak’ menari dan kelihatan bersorak ke arah penunggang motorsikal tersebut menyebabkan mangsa memandangkan ke arahnya sebelum melanggar sebuah kereta jenis BMW dari arah bertentangan.

Rempuhan kuat antara motorsikal dan kereta tersebut menyebabkan mangsa terpelanting dan tercampak ke tanah.

Dalam keadaan panik, Masha mula meraung selepas melihat nasib menimpa penunggang motorsikal terbabit, manakala rakannya kedengaran menjerit pada dia meminta supaya menghubungi ambulans.

“Masha – Kamu bodoh? Hubungi ambulans,” kata wanita itu.
Wanita itu dilihat cuba untuk melarikan diri dari tempat kejadian sebelum menghampiri penunggang motorsikal berkenaan untuk melihat keadaan mangsa dengan lebih dekat.

Salah seorang daripada gadis itu boleh didengar berkata, “Kita menari dengan sia-sia”, sebelum klip video tersebut berakhir.

Difahamkan lelaki itu terselamat, namun mengalami kecederaan pada bahagian pinggul.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2017 02:58 PM | Show all posts
Cam tu le jadi bila tak kuat iman
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2017 03:12 PM | Show all posts
bengungggggg...
sia2 jerkkk....
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2017 03:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Gilaa punya org.tadak life ka.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2017 03:16 PM | Show all posts
napa aku nampak macam kereta tu je yang membelok tiba-tiba..
motor tu memang jalan lurus je..
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2017 03:18 PM | Show all posts
keta tu yg terganggu rasanya..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-4-2017 03:53 PM From the mobile phone | Show all posts
bukan hot pun minah ni.. kalau aku pun tengok sebab ingat org gila ke apa
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2017 04:05 PM | Show all posts
Padah busybody.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2017 04:06 PM | Show all posts
nampak kereta tu yg terganggu
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2017 04:32 PM | Show all posts
lelaki, pantang nampak
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2017 10:59 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 26-4-2017 03:16 PM
napa aku nampak macam kereta tu je yang membelok tiba-tiba..
motor tu memang jalan lurus je..

aku pun nampak keta tu yang salah...
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2017 02:57 AM From the mobile phone | Show all posts
kesian mat moto...x pasal je...
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2017 07:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Jgn kata jantan, aku yg pempuan pn leh tganggu. Kejadah ape dok gelek2 tepi jln. Bebal.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2017 09:44 AM | Show all posts
mcm kete jer yg salah sbb mkn jalan ... moto tu mcm xsempat je nak jeling ke marsha...
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2017 10:01 AM | Show all posts
amon_79 replied at 27-4-2017 09:44 AM
mcm kete jer yg salah sbb mkn jalan ... moto tu mcm xsempat je nak jeling ke marsha...

jgn mudah sgt prasan haha
ntah2 yg tgh drive tu tgh main pokemon go ke anak kecik die ttiber kaco die drive ke...
or tgh watsapp sambil drive ke...

tp mmg she allz sengaja cari psl la kan beraksi tepi jalan besar....



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 06:17 AM GMT+8 , Processed in 0.133136 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list