|
Macam Mana Boleh Ada Lipas Dalam Tu? - Netizen Bimbang Pendedahan Tentang Kurma
[Copy link]
|
|
dulu pun akak ada jumpa cam lipas kecil dlm kurma. bertahun jugak akak stop makan kurma. trauma |
|
|
|
|
|
|
|
tak minat kurma, manis..
kalau bukak puasa kat kg, mak akan suruh buka ngan kurma dulu..
memang tak gemar nak buat camne.. |
|
|
|
|
|
|
|
Darul Ithmi
27 May 2017
STATUS ACAH-ACAH QURANIS
Memetik firman Tuhan yang mengatakan - "Makanlah makanan yang halal lagi baik", di sini diperintahkan agar makanan yang dimakan itu pertamanya ia mestilah berstatus halal, dan keduanya mendatangkan kebaikan.
Apabila dikatakan kurma kering yang selalu dimakan oleh muslim itu sebagai makanan sunnah, maka ia tidak selari dengan saranan Tuhan. Kurma yang dimakan oleh Muhammad bukanlah kurma kering, tetapi kurma yang dipetik segar. Seperti kita sedia maklum, makanan yang fresh itu kaya dengan khasiat. Begitu juga kurma segar yang besar, penuh dengan zat serat dan air. Maka disebabkan itulah apabila Muhammad bersahur dan berbuka dengan kurma fresh tersebut, beliau mudah kenyang.
Kurma yang telah melalui fasa pengeringan ini makin lama makin kurang khasiatnya, kerana ia telah melalui proses awet untuk memastikannya tahan lama - di simpan lama sehingga berbulan-bulan. Oleh sebab itulah pemakanan kurma kering ini tidak pernah mengenyangkan, dan cara memakannya seumpama memakan junk foods. Long chain vs short chain.
Sunnah disebalik pemakanan kurma ini yang sebenarnya ialah - makanlah buah-buahan yang fresh. Kerana ia lebih baik untuk tubuh badan dan berselari dengan firman Tuhan di atas. Untuk menghayati sunnah ini, muslim di Malaysia sepatutnya memakan buah-buahan yang didapati di farmers' market/pasar tani. Tak kisahlah buah apa pun.
Kefahaman yang lemah tentang sunnah pemakanan inilah yang akhirnya menjadikan muslim kabur dengan value sebenar sunnah tersebut. Sehinggakan muslim menjadi juara berbicara perihal kehalalan sebuah makanan, tetapi gagal bila membicarakan ketoyyiban makanan tersebut.
Dari sudut sosial pula, makanan masih lagi sukar diakses oleh semua lapisan masyarakat. Masih wujud masyarakat yang tidak cukup makan. Makanan yang ada pula tidak menyihatkan. Isu food security dan food safety masih tidak digarap sepenuhnya.
Lama kelamaan masyarakat menjadi hipokrit, di mana di bulan Ramadhan sahaja bantuan atau sumbangan makanan diberikan kepada golongan yang memerlukan. Sedang di bulan yang lain, nasib golongan ini masih terabai. Itu belum campur lagi niat menderma, samada sebagai marketing atau kepentingan peribadi yang lain.
Di sinilah bermulanya apabila puasa itu benar-benar memberi nilai dan impak yang bermakna kepada masyarakat dan negara.
|
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa dah selori dah aku telan dari kecik tahun ni lah pulak timbul isu ni adehhhhh |
|
|
|
|
|
|
| |
|