CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2630|Reply: 1

Anak Nakal Tak Boleh Dibendung? Salah Cara Asuhan Tu, Ini 7 Teknik Asas Yang Bol

[Copy link]
Post time 14-12-2017 11:28 AM | Show all posts |Read mode
Mendidik anak adalah satu tanggungjawab yang besar namun tidaklah berat seperti yang disangka sekiranya ramai daripada kita tahu teknik yang lebih efektif untuk mendidik mereka. Teknik dan taktik tersebut adakalanya perlu di 'upgrade' dari masa ke semasa atas pelbagai faktor antaranya umur dan tahap kematangan. Dalam artikel ini akan dikongsikan bersama 7 teknik asas untuk mendidik anak yang boleh dibuat.



Sumber: telenor.com


Hubungan mata atau 'eye contact'
Ramai antara kita sebagai ibu bapa yang tidak menggunakan hubungan mata dengan betul. Selalu yang berhubung adalah tangan di badan mereka atau cubitan berbisa hinggap di perut. Sekiranya kita meluangkan sedikit masa untuk memandang anak ketika bercakap, ini akan memudahkan proses pemahaman mereka terhadap arahan yang kita beri. Mereka akan dapat melihat 'keseriusan' kita dalam meyampaikan mesej itu melaui riak wajah dan bahasa tubuh. Mereka akan 'serius' juga dalam melaksanakan arahan tadi.

Rendahkan badan ketika bercakap
Rendahkan sedikit badan dengan bercakap pada ketingan anak itu atau 'eye level' dia. Daya pengamatan anak-anak adalah terhad dan ia meningkat mengikut peringkat umurnya. Disarankan untuk anak-anak kecil untuk bercakap serapat mungkin dengan dia kerana ia akan melambangkan kita mudah didekati. Lakukannya dan lihat perubahan mereka ketika menggunakan teknik ini.


Riak wajah
Ekspresi wajah sangat memainkan peranan terutama pada anak-anak yang kelainan upaya pendengaran. Ini kerana melalui ekspresi wajah tadi, kita telah memberikan isyarat bahawa status perasaan kita pada ketika itu sama ada gembira, sedih atau marah. Kita juga dapat membaca riak wajah anak sebagai tindak balas apabila mereka mendapat arahan atau mesej yang kita sampaikan.

Sumber: expertbeacon.com


Buat bersama
Lakukan bersama-sama anak anda adalah salah satu contoh yang boleh kita lakukan disamping merapatkan hubungan antara kita dengan anak. Contohnya sekiranya kita mahu mereka makan dengan sopan dan teratur, maka kita buat bersama-sama mereka cara makan sopan dan teratur. Bahasa lainnya adalah 'lead by example' dan cara ini akan melambangkan kita pandai cakap serta pandai buat. Nilai kita tunjukkan tadi mudah-mudahan dapat diikut mereka.


Kurangkan atau berhenti melabel (labeling)
Melabel adalah perkara yang paling tidak enak dilakukan dihadapan anak. Perkataan seperti 'degil', 'bongok', 'lembab' dan seumpamanya akan tertanam dalam minda anak tadi. Sekiranya ia disebut berulang-ulang, maka anak tadi akan beranggapan yang sifat tadi adalah sebahagian dari dirinya. Disini akan mengurangkan keberkesanan mesej yang kita mahu sampaikan kepada anak. Seeloknya buang terus tabiat ini.



Sumber: scmp.com


Riak tubuh atau bahasa tubuh
Selalunya ibu bapa Asia kurang mengekspresikan bahasa tubuh dengan betul. Pada mereka bahasa tubuh yang betul adalah sentuhan tubuh atau 'body contact'. Contohnya seperti cubit dan sekeh dikepala anak. Hulurkan maksud positif lebih banyak melalui bahasa tubuh seperti anggukan, tepukan atau bahasa jawanya 'cap jempol' kepada anak. Mesej ini akan memberikan isyarat bahawa anak telah melakukan tugasan dengan baik dan anda gembira dengan hasilnya.


Fokus bila bercakap
Ibu bapa yang sibuk sedikit sebanyak kurang ambil perhatian ketika bercakap dengan anak. Ibu selalu berleter panjang tanpa isi yang konkrit dan ayah pula sambil bercakap, membaca surat khabar atau terdampar di sofa separa sedar. Fokus ketika bercakap dengan anak dengan cara berhenti membuat kerja yang sedang dilakukan. Tidak lama pun kalau ikutkan. Cukup sekadar berhenti seketika dan meneruskan kembali perkara yang sedang dilakukan selepas bercakap.


Sekiranya majoriti dari 7 cara ini kita gunakan, anak akan lebih memahami atau sedia menerima arahan tanpa perlu kita seringkali ingatkan. Namun begitu, usaha ini adalah usaha berterusan dan memang akan menguji kesabaran kita. Iyalah, anak-anak bukan robot yang boleh diprogramkan.
Mereka pun kadangkala seperti kita, nakal bukan main. Tak begitu? -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2018 11:39 PM From the mobile phone | Show all posts
This is so true
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 07:07 PM GMT+8 , Processed in 0.048000 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list