
“Kenapalah tiba-tiba ramai pulak kawan aku yang mengandung ni. Tengok FB pun sama, scroll punya scroll semua cerita orang mengandung. Elok pulak tu semua serentak. Macam berpakat je.” Pernah tak terfikir macam mana kita boleh mengandung serentak dengan kawan baik kita? Kalau siapa yang rajin baca kisah artis, anda mesti ingat satu masa dulu Sharifah Shahira dan Sakinah pernah hamil serentak. Begitu juga kesnya dengan kedua-dua isteri Ashraf Muslim. Sebenarnya, mungkin ramai yang menganggapnya sebagai kebetulan. Tapi tahukah anda bahawa kajian menunjukkan bahawa aura kehamilan ini boleh ‘berjangkit’? BENARKAH AURA KEHAMILAN BOLEH ‘BERJANGKIT’?
Dalam sebuah kajian yang dilaporkan oleh sebuah jurnal pada tahun 2014 menerusi American Sociological Association, aura kehamilan yang dimiliki oleh seseorang wanita mengandung boleh mempengaruhi rakan-rakan terdekat mereka untuk turut hamil! Bahkan, sebuah lagi penyelidikan mendapati bahawa ‘risiko’ seseorang wanita untuk hamil akan meningkat apabila lebih ramai rakan mereka yang mengandung dan melahirkan anak dalam tempoh 3 tahun terkini.
Apapun, perlu dijelaskan di sini bahawa aura tersebut hanya ‘merebak’ dan ‘berjangkit’ melalui cara psikologi, dan bukanlah secara proses biologi. Maksudnya, kehamilan kawan-kawan terdekat akan mempengaruhi keinginan seseorang wanita untuk turut memiliki zuriat sendiri, walaupun sebelum itu mereka mungkin tidak terfikir untuk menimang cahaya mata dalam masa terdekat.
|