CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1561|Reply: 11

[Tempatan] 'Buru' capaian Internet untuk ikuti kelas dalam talian. Merayau-rayau dan guna

[Copy link]
Post time 22-1-2021 04:28 PM | Show all posts |Read mode
'Buru' capaian Internet untuk ikuti kelas dalam talian

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -kelas-dalam-talian

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 January 2021 @ 4:03 PM

Nur Izzati Mohamad
[email protected]



NUR Alea (kiri) dan Hanis Syuhada Razali (kanan) masing-masing berusia 16 tahun yang menetap di Pulau Aman terpaksa keluar belajar di luar rumah.  FOTO Nur Izzati Mohamad.

Nibong Tebal: Terpaksa merayau-rayau dan menggunakan lebih daripada satu telefon pintar antara usaha pelajar yang menetap di Pulau Aman, di sini, bagi mengikuti sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) yang bermula sejak Rabu lalu.

Ia berikutan masalah capaian Internet kurang baik selain kerap terputus hingga memberi kesukaran kepada pelajar di pulau terbabit untuk belajar secara dalam talian.

Pelajar Tingkatan Empat Nur Alea Soffiyah Ahmad Hanif, 16, berkata dia terpaksa membuka 'hotspot' pada telefon bapanya dan disambungkan kepada telefon pintarnya bagi mendapatkan capaian Internet lebih baik bagi mengelak terlepas kelas 'Google Meet'.

"Disebabkan perlu belajar dalam talian ekoran pandemik Covid-19 yang belum berakhir, saya berusaha sebaik mungkin untuk mengikuti kelas 'Google Meet' apabila membeli data Internet tanpa had.

"Namun, saya sering berdepan masalah untuk mendapatkan capaian Internet yang baik, malah kerap berlaku gangguan sehingga terpaksa meninggalkan kelas dengan lebih awal.

"Masalah ini juga menyebabkan saya penat apabila terpaksa merayau-rayau sehingga ke hujung kawasan pulau ini untuk mencari capaian Internet," katanya.

Anak sulung daripada lima beradik itu berkata, dia memahami 80 peratus ilmu yang diajar gurunya secara dalam talian, namun berharap Covid-19 dapat berakhir secepat mungkin.

Katanya, kaedah pembelajaran bersemuka adalah lebih baik apatah lagi dia bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), tahun hadapan.

"Jika masalah capaian Internet berlarutan, saya hanya mampu memohon maaf kepada guru dan mujur guru memahami masalah dihadapi," katanya ketika ditemui, di sini, hari ini.

Rakannya, Hanis Syuhada Razali, 16, berkata dia turut menghadapi masalah sama seperti Nur Alea hingga sesi pembelajarannya menjadi kelam-kabut.

"Jika Alea menggunakan data, saya pula menggunakan perkhidmatan jalur lebar (broadband) tetapi tetap berdepan masalah sama.

"Bagaimanapun, saya tidak berputus asa dan sanggup belajar di tepi tingkap untuk mencari capaian Internet.

"Pada masa sekarang memang kena usaha sendiri jika tidak memang saya akan tercicir dalam pelajaran," katanya.

Hanis Syuhada dan Nur Alea masing-masing belajar di Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin di Bukit Mertajam.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Pulau Aman, Saidi Abd Majid berkata, penduduk di kawasan berkenaan sudah lama berdepan dengan masalah capaian Internet.

"Apa yang menjadi kerisauan ialah jika pelajar terpaksa keluar rumah semata-mata ingin mendapat akses Internet pada waktu malam sekali gus menimbulkan risiko keselamatan mereka," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2021 04:34 PM | Show all posts
Boleh beli dongle macam TPlink wifi adapter tu kan
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 05:14 PM | Show all posts
tak suka on Bluetooth, hotspot..
henpon panas..
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 09:25 PM | Show all posts
apa kata kerajaan berikan ipad kepada semua pelajar untuk golongan b40 dan m40? ataupun buat 1 skim dalam bentuk pinjaman bagi ibu bapa golongan tersebut untuk mendapatkan ipad, boleh contohi bagaimana kerajaan singapura buat terhadap pelajar-pelajar mereka, just pendapat sahaja
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 09:30 PM | Show all posts
Kembalikan saja persekolahan mcm biasa.

Kerajaan pun xperlu dicerca

NaK TUNGGU XTahu berapa lama nak tunggu.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Alah...xyah yg dok pedalaman..yg kat area bandar di selangor ni pun internet dok le lagging aje...nyampah aihhh..line cikgu pun tersekat2..line anak murid pun xbgs kdg2..tu kira pkai maxis home fiber tuh...unlimited...unifi pun lbh kurg je lagging nye..cemana tuh...kelaut semuanya...pastu kpm budget all prestasi bgs...mmg le cikgu n parents stress mcm ni...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-1-2021 09:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Internet masih kat level Burundi Uganda setelah 60 tahun diperintah Umno. Tepukkkk
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Mybe kalau semua buat prerecorded lecture / kelas and students boleh tgk anytime.. ulang2 sampai paham.. kalau tak paham boleh contact cikgu personally
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2021 12:52 PM From the mobile phone | Show all posts
setiap generasi ada cabaran masing2.   generasi dulu berdepan dgn serangan Siam.  beratus ribu kena bunuh di kedah dgn siam perut hijau.  

generasi seterusnya kena dgn askar jepun. anak bini kena rogol dgn jepun.

generasi seterusnya kena dgn komunis berpuluh2 tahun. asyik kena perintah curfew.

generasi terkini kena dgn pandemik covid.  merungut & meracau mcm nak mati sbb x boleh keluar rumah.  acah2 kena curfew.  
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2021 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
KIM.K replied at 22-1-2021 04:34 PM
Boleh beli dongle macam TPlink wifi adapter tu kan

Kalau kau kat bukit fraser pakai dongle alah macam tu pun capaian internet mobil still macam pan tart sis.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2022 03:09 PM | Show all posts
kenapa tidak menggunakan komputer?
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2022 03:15 PM From the mobile phone | Show all posts
pyropura replied at 22-1-2021 09:49 PM
Internet masih kat level Burundi Uganda setelah 60 tahun diperintah Umno. Tepukkkk

manifesto bukan kitab suci-
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 08:37 AM GMT+8 , Processed in 0.053024 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list