CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1538|Reply: 1

Anak Tak Boleh Berenggang, Bapa Pasrah Bawa Anak Masuk Tandas

[Copy link]
Post time 26-2-2021 11:08 PM | Show all posts |Read mode
Anak Tak Boleh Berenggang, Bapa Pasrah Bawa Anak Masuk Tandas

Mempunyai anak yang masih kecil boleh menjadi cabaran untuk ibu bapa. Lagi-lagi kalau anda sudah biasa berada dengan mereka dan langsung tidak boleh berenggang. Pantang kena tinggal, mula lah drama tangisan air mata berlaku.

Sama macam yang dilalui oleh seorang bapa ini apabila dia terpaksa membawa anaknya sekali ke tandas untuk membuang air. Melalui video yang dikongsikannya ini, anaknya yang masih kecil turut dibawa bersamanya di hadapan tandas.

“Korang yang bujang-bujang dah kahwin dah ada anak nanti, anak jenis tak boleh berenggang, nasib la korang.. HAHAHA.”




Di dalam video yang dikongsikan di Tik Tok itu, lelaki tersebut terpaksa mengambil alih tugas menjaga anaknya itu memandangkan isterinya tiada di rumah. Anak perempuannya yang baru saja berusia satu tahun itu pula langsung tidak boleh berenggang jauh darinya dan terpaksa dibawa ke mana-mana di dalam rumah.

Sampaikan dia juga tidak dapat pergi ke tandas berseorangan. Bapa itu sempat mengusik anak perempuannya yang menunggunya di hadapan tandas kerana mengikutinya. Akhirnya, anaknya yang kecil itu hanya mampu menangis selepas dimarahi.

Di ruangan komen, rata-ratanya turut dapat memahami situasi yang dialami lelaki ini. Biasanya kaum ibu yang sudah biasa melaluinya kerana meluangkan masa bersama anak di rumah semasa suami bekerja. Ramai juga yang berkongsikan tabiat anak masing-masing jika ditinggalkan.

“Anak saya mengikut tapi tunggu depan pintu siap ketuk pintu tanya lama lagi ke tu.”






Rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat anak kecilnya ini yang tidak boleh ditinggalkan. Sampaikan mahu ke tandas pun mahu diikutnya. Nampaknya mak-mak memang dah biasa lalui perkara ini rupanya.

Mungkin inilah lumrah mempunyai anak yang masih kecil kan. Pantang ditinggalkan, mesti akan menangis. Tapi kenangan ini lah yang akan dikenang semasa anak membesar nanti.


Sumber:https://himpunanceritalawak.com

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2021 11:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 06:18 AM GMT+8 , Processed in 0.213052 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list